Bismillahirrahmanirrahim


Insan ini tiada yang sempurna. Kita terdedah kepada kesusahan dan kesakitan. Terdedah kepada dukacita dan sengsara. Kadangkala iman kita bertambah dan kadangkala ia juga berkurang. Satu masa kita lakukan kebaikan dan di masa yang lain juga melakukan dosa. Kerana itu Allah tidak menetapkan penghuni syurga itu bagi orang yg hanya melakukan amal kebaikan sahaja tanpa sebarang dosa.

Dalam Surah al-Qariah ayat 6, Allah berfirman orang yang masuk syurga ialah orang yang berat timbangan amalan baiknya melebihi dosanya. Allah tahu setiap kita tidak sunyi dari kesalahan.Cuma beza antara orang baik dan yang buruk, seorang baik itu memohon keampunan dari Allah dan berusaha membaiki diri.

Ada orang yang melakukan dosa tetapi hati mereka selalu menyesal. Mereka tak menafikan apa yang mereka lakukan itu satu dosa. Allah maha mengetahui. Apabila kita berbicara soal kejahatan manusia, janganlah sampai kita lupa unsur kebaikan yang ada sehingga kita memadamkan baiknya dan menghukumnya melebihi kadar yang patut. Rasulullah juga melarang dlm hadis tentang sahabat peminum arak yang dicela sahabat yang lain. Wallahua’lam.

Kali ni aku nak update sesi outdoor majlis Ida dan Izar yang diadakan di Taman Tasik Titiwangsa, KL.


Sebenarnya ni kali pertama kali shoot majlis kahwin kat tepi tasik. Paling dikhuatiri kalau majlis kat luar ni adalah musim hujan yang tidak menentu akhir tahun ni. Tapi Alhamdulillah majlis ni berjalan lancar sampailah ke petang. Aku belum dapat update full entry majlis sebab kesibukan di akhir tahun. Institusi zakat memang hanya peak 2 kali setahun iaitu Ramadan dan Disember. Tahniah sekali lagi kepada pasangan Ida & Izar:) Semoga kehidupan berumahtangga ni membawa ke Jannah, amin. Wallahua’lam.



Nota kaki: Semoga bencana banjir di pantai timur berkurangan. Setiap ujian Allah ada hikmah yang kita semua tidak ketahuinya.

Wassalam.


Mohd Faisal bin Hj Mohd Rahim aka Acaii
Photographer
Email : faisalhjrahim@yahoo.co.uk
Blog : http://www..faisalrahim.com/blog
Facebook : http://www.facebook.com/acaiijawephotography
Twitter : http://www.twitter.com/acaiijawe

Thanks for Comments
azieazah says:

Salam dindaku Esal,
orang yang buat salah/dosa tapi tak mengaku di mulut, sebenarnya hanya nak sedapkan hati sendiri saja. Tapi jauh di sudut hati dia sendiri tahu itu suatu dosa.

Shooting di tepi tasik, memang cantik. Baju pengantin nampak menyerlah!

Acaii Jawe says:

Azieazah – Salam kak zie yang dikasihi, betul tu kak. Orang yang buat salah sebenarnya dalam hati dia memang tahu dia sedang lakukan dosa. Lumrah manusia beragama.

muktasim says:

gambar2 di blog ini menjadi inspirasi saya.. :)

Acaii Jawe says:

muktasim – Terima kasih akhi. Sila beri tunjuk ajar kalau ada salah silap ye.