Bismillahirrahmanirrahim



Selepas tadarus, aku selalu berborak-borak kosong dengan imam di masjid qariah aku. Dia sering bercerita tentang pengalamannya tinggal di Mesir selama beberapa tahun melanjutkan pelajaran. Apa yang menarik perhatian aku ialah ceritanya tentang suasana dan budaya penduduk negara tersebut apabila tiba bulan Ramadan terutamanya melibatkan Al-Quran.

Beliau menceritakan bila tiba bulan Ramadan, kebanyakkan orang sana sini memegang Al Quran di tangan. Sama ada dalam bas, di tepi-tepi jalan, di pasar-pasar semuanya membaca Al-Quran. Termasuklah mat mat rempit pun membaca Al-Quran di atas motornya. Boleh lihat peniaga-peniaga menanti pelanggan sambil membaca Al-Quran dan polis-polis yang menjaga keamanan juga turut membaca Al-Quran walaupun semasa berdiri. Subhanallah.

Dia pun menjadi bersemangat dan biasanya dapat khatam quran beberapa kali semasa bulan Ramadan. Tetapi budaya tersebut tiada di negara kita. Maksudnya amat jarang kita nampak orang membaca Al-Quran dalam LRT, bas, komuter, dalam kereta, shopping complex dan sebagainya. Ada tapi sangat jarang dilihat. Kalau ada, biasanya orang sekeliling akan pandang semacam. Bukan non-muslim tapi orang Islam sendiri. Mesti ada yang berkata “Alaa, macamlah baik sangat. Akupun baca Quran tapi takdelah nak menunjuk-nunjuk baca kat tempat awam”. Sedih, tapi itulah cara berfikir dan budaya masyarakat kita sebenarnya.

Hinggakan orang yang berbuat baik sering dipersoal dan dinilai keikhlasannya, selalu dipandang serong dengan melabel mereka menunjuk-nunjuk dan sebagainya. Walhal kalau orang yang berbuat maksiat tiada pula orang mengambil kisah. Budaya apa ini? Tahukah antara sebab Allah menghalang bala bencana turun ke sesebuah negara adalah adanya orang-orang beriman yang taat kepada Allah. Sekiranya mereka tiada, mungkin banyak bencana yang turun kepada kita semua. Wallahua’lam.


Nota kaki: Jangan lupa membayar zakat fitrah. Boleh buat bayaran melalui SMS je sekarang :) KLIK SINI UNTUK INFO LANJUT




Wassalam.


Mohd Faisal bin Hj Mohd Rahim aka Acaii
Photographer
Email : faisalhjrahim@yahoo.co.uk
Blog : http://www..faisalrahim.com/blog
Facebook : http://www.facebook.com/acaiijawephotography
Twitter : http://www.twitter.com/acaiijawe

Thanks for Comments
one says:

oh ada typo x sempat tgk sb cik fesal dgn patnasnya,eh,pantasnya telah betulkan..he2
..tapi kalu entri itu pun serius juga..seolah satu muhasabah..yg penulis ni season da :p

abu idris says:

arrayah.info – Kaji Selidik – 70% Mahukan Al-Quran Berbanding Perlembagaan Warisan Penjajah

Wak_Joyosintono says:

Bagusla ustaz acaii.
Mungkin satu hari nanti negara kita akan menjadi seperti ini. Dah tgk iklan ni? Tengokla kalo belum http://www.youtube.com/watch?v=vCUxNNon6mU

Acaii Jawe says:

Nazreen – hahahaha, siotlah ko wak nazreen :) Thanks sharing youtube iklan tu.

zool says:

Aku bersangka baik kepada Acaii.

Masy says:

gelak dulu dgn typo yg jelas nyata tu LOL

ramai segan. akak pun segan gak, kadang nk baca quran kat umah pun slow2 sbb segan org dgr, nanti org ckp apeplk. haihhhh… padahal bila buat jahat takde plk nk segan2.

contohnye mcm cot tu, tak segan pun menjahat kutuk acaii hihihih

Acaii Jawe says:

Kak Masy – Salam kak,hehe. Kalau kenal saya memang biasalah kak ni typo2,hehe. Betul2 kekadang nak buat baikpun rasa segan tpai kalau nak buat jahat tu rasa bangga pplak,huhu

Zool – Hahaha, siot jelah ko zool :)

cot says:

Assalamualaikum caii…
tak abis² typo ko ye..
sia² ade cikgu BM kat rumah tu…
apedaaa CACATAN…CATATAN…
dah 2 entry salah ni…
wakkakkakaka…

ahad minggu dpn jom qiam kat masjid upm :)

Acaii Jawe says:

Cot – Wslm cot, Wakakakakaka siot betul. Aku memang fail betulla hbab ejaan ni,hehe. Terima kasih cot betulkan,hehehe. Ahad depan punya program nanti aku bagitau,hehe.