Bismillahirrahmanirrahim



Bila tengok kanak-kanak bersolat tarawikh aku teringat zaman membesar dulu. Kalau pergi solat tarawikh kat masjid mesti main je dengan kawan-kawan. Main basikal, main kejar2, main baling selipar dan lain-lain. Tapi kitorang ada musuh ketat. Wak Lias namanya. Besar orangnya, suaranya garau. Kalau dia dapat tangkap, memang confirm kitorang kena cubit sebab buat bising masa jemaah masjid sedang solat. Dia boleh cubit 2 orang dalam satu masa kat perut. Sakitnya ya amat.

Sampai merah dan berbirat perut aku. Tapi aku rasa budak lelaki ni memang ada masalah ingatan jangka pendek yang ketara. Sebab esok mesti kitorang main lagi. Kekadang siap kena cubit lagi. Kalau imam dah tahiyat akhir nak bagi salam baru berlari masuk amik kedudukan masing2, haha. Dah abis tarawikh muka kitoranglah tercongok duduk depan talam tunggu moreh. Padahal makan kuih lapis merah putih je.

Tapi itu dulu. 20 tahun lepas. Weekend lepas ni aku balik kampung untuk berbuka dengan mak ngan abah. Dapatlah jemaah dan solat sama2 kat masjid kampung. Suasana dah berbeza. Ramai orang tua kampung aku dah agak uzur. Kalau dulu tenaga mereka kuat boleh jerit-jerit kat kitorang sekarang cakap pun perlahan je. Ada yang dah berjalan menggunakan tongkat. Ada yang solat duduk di atas kerusi.

Rambut mereka ada yang dah putih. Wak Lias pun dah tak segarang dulu. Walaupun ramai budak-budak buat bising dia dah tak kisah. Seperti abah, kebanyakkan mereka sudah banyak kedut-kedut di mukanya menunjukkan usia yang semakin lanjut. Pandangannya dah redup. Pergerakkan ketika solat nampak sukar. Genggaman tangan ketika bersalam dah tak sekemas dulu.

Aku doakan mereka semua sentiasa sihat sepanjang masa. Memang mereka lebih berusia, tapi belum tentu mereka yang pergi dulu meninggalkan kita. Mungkin kita yang muda, kuat dan bersemangat ni mati dahulu daripada mereka. Allah maha mengetahui akan sesuatu. Wallahua’lam.


Nota kaki: Kita dah masuk 1/3 bulan Ramadan yang kedua iaitu bahagian rahmat. Kejapnya masa berlalu.



Wassalam.


Mohd Faisal bin Hj Mohd Rahim aka Acaii
Photographer
Email : faisalhjrahim@yahoo.co.uk
Blog : http://www..faisalrahim.com/blog
Facebook : http://www.facebook.com/acaiijawephotography
Twitter : http://www.twitter.com/acaiijawe

Thanks for Comments
one says:

Salam cik fesal..ingat ag x cite yg cik fesal semayang jemaah dgn member..yg cik fesal siap merangkak keluar masjid sedangkan smayang x abeh ag..hah2

terawih di kampung masa kecil2 dlu xde baca surah panjang2. time ada program ke,ada hafiz jemputan baharu dibuat.

Acaii Jawe says:

one – Salam one :) haha, betul2. Dulu tarawikh kat kampung mana ada guna tahfiz. Semua imam2 kampung je :)

reen says:

org skang kalau anak kena cubit dgn org lain, mesti dhmarah2 kan? org dulu xkesah pun..

Acaii Jawe says:

Reen – betul betul reen :) sekarang ni memang cara mendidik lembut sampai kadangkala kalau tak kena cara boleh nampak macam kurang ajar je budak tu di mata orang lain,hehe.

AWE says:

Aku suka cerita Wak Lias. Boleh wat drama ni psal Wak Lias ni. Cerita geng tarawih…

Acaii Jawe says:

Awe – Salam Awe, thanks betulkan awe :) aah, cite wak lias tu boleh masuk geng tarawikh,hehehe.

AWE says:

Kita dah masuk 1/3 bulan Ramadan yang kedua iaitu bahagian rahmat. Kejapnya masa berlalu-ayat sensei.

Pembetulan sikit boleh ya. dari aku yang naif jua.

Hadisnya mcm ni.

Ertinya: “Bulan Ramadhan, awalnya rahmah, tengah-tengahnya maghfirah dan akhirnya adalah pembebasan dari neraka“.

Selamat berpuasa sensei

SisHoney says:

salam cai,

semalam balik dari tarawikh.baru sis cdg nak tulis entri memori tarawikh.tup tup hari cai dah tulis.*tak aci* hahahaha.

betul cai.best betul igt kenangan dulu2.dulu2 kita nakal.budak2 skang lg nakal.ngeh2.

Masy says:

yelah kan. yg kitorang pompuan pun ade gak akak tgk dulu, akak xde la wat cenggitu sbb masa solat, mak akak soh solat seblah dia hahahaha. kadang2 je bila ramai org, baru laa dpt solat dgn mber2. waaa ade sorg tu akak ingat lagi dia ajak borak masa tgh solat. yg akak plk bisik kt dia ‘tgh smyg xleh ckp la nanti batal’. hahahahhahahaha

romzi says:

terawih mana tahun ni tuan? kat BK5 atau kat Surau BK2 tu?

Acaii Jawe says:

Romzi – Salam bro romzi, salam ramadan :) Lamanya tak bersua muka. Selalu pergi ke masjid BK5 lah tu,hehe.

Kak Masy – Hahaha, nakal jugak akak rupanya :) tapi kenangan camtulah kan kak yang kita tak dapat lupakan :)

Sishoney – Salam sis honey, itulah sis bulan puasa ni memang malas betul nak update blog,hehe. Harap pasni boleh rajin sikit nak update :P