Catatan Ramadan 4 : Meriam Buluh

Bismillahirrahmanirrahim

Semalam aku ada program sahur di sebuah kampung kat Klang. Dalam perjalanan ke sana dalam pukul 12 malam camtu aku dengar bunyi yang sangat aku familiar. Meriam Buluh!! Memandangkan aku membesar bermain meriam, aku tahu beza bunyi meriam buluh, meriam besi mahupun bunyi mercun. Perlahan-lahan aku berhentikan kereta mencari-cari bunyi tersebut. Betul tekaan aku ada sekumpulan pemuda sedang bermain meriam buluh di satu simpang jalan.

meriam

Gambar meriam buluh, sumber dari google.



Buluh untuk buat meriam ni susah nak cari sekarang. Teringat dulu abah cari dari hutan depan kampung. Sebelum boleh main, abah ikat buluh tu belah atas dan tengah buluh dengan dawai serta getah tiub motor. Tujuannya supaya tidak crack ataupun pecah ketika meletup nanti. Masa sekolah rendah dulu, aku selalu simpan duit belanja sebelum puasa. Tujuannya nak beli karbait. Karbait itulah yang buat main meriam nanti.

KLIK SINI kalau tak pernah nampak karbait. Orang dulu-dulu biasanya guna karbait untuk hidupkan pelita. Lebih jimat dari guna pelita minyak tanah. Selain tu ia juga digunakan utk cepatkan proses pemeraman buah seperti pisang, ciku, jambu, pelam dll. Karbait ni kalau dibiar kena udara lama-lama dia jadi debu. Kalau kena air, dia mendidih dan panas kalau dipegang. Pastu jadi hampas warna putih.

Tapi kalau karbait dimasukkan dalam meriam 2-3 ketul. Taruk air sikit. Pastu dengar dari corong depan tu bunyi tak mendidih lagi. Agak-agak berhenti bunyi je, terus cucuh kat lubang kat bawah tu. KEBABOOMM!! Berdesing telinga. Tapi timing kena betul. Kalau terlalu cepat atau lambat cucuh, bunyinya dah tak power. Kalau mahir boleh dpt timing yg optimum untuk bunyi paling kuat. Dulu atap rumah aku guna zink. Kalau meriam tu meletup, zink tu bergegar dan berlaga dengan kayu alang-alang macam tepi rumah kena bom je. Menjeritlah mak kat atas rumah :)

Masa tu berlawan-lawan sapa bunyi meriam yang paling power. Biasa satu rumah ada 2-3 meriam sekaligus termasuk meriam besi. Sapa bunyi boleh dengar satu kampung atau sampai kampung sebelah memang champion. Fuh, memang nostalgik untuk dikenang.


Nota kaki: Kita dah masuk 10 malam terakhir Ramadan. Takkan setakat itu je ibadah kita?




Wassalam.


Mohd Faisal bin Hj Mohd Rahim aka Acaii
Photographer
Email : faisalhjrahim@yahoo.co.uk
Facebook : http://www.facebook.com/acaiijawephotography
Twitter : http://www.twitter.com/acaiijawe

Thanks for Comments

Waaaa…entry yg dinanti2..
jgn lupa plak gambar lepas raya nanti meriam2 nih
Baru..gempakkk..

Pesanan aku mainlah mercun dengan penuh berhati-hati…haa..haa

Salam…org2 dulu main meriam/mercun ikut standard piawaian. Budak2x sekarang main tak. Mercun sediada diubahsuai bg power..tu yg putus jari….:-P

wongjowo – salam pi, hahaha piawai apa pi? dulu2 pun ramai gak yang putus jari rasanya. Diaorang kena belajar lebih pasal kemahiran hidup dan cara2 mengendalikan serbuk letupan,hehe.

awe – haha, nanti aku bawak kamera time raya ye awe,hehe. Ko amik gambar banyak2 raya nanti awe,hehe

Salam dindaku ESAL,

Kak Azie masih ingat Esal pernah tulis tentang bulan posa, beli air batu ketul yg salut dgn serbuk kayu.

Bulan posa memang meriah bila kita berada di kampung dikeliling kaum keluarga.

Selamat meneruskan ibadah puasa.

kenangan yg patut dibuat pengajaran.
arwah ayah dulu,bukan takat meriam,bunga api yg sposen 2-3 batang pun memang tak kasi main. teringat dulu,ada sekali beli dlm 50 posen kot sebab nak main sangat wt balik rumah. nsib dia nampak,tkena rampas,pastu siang2 bolong diikatnya bunga api itu satu rumpun pada satu batang paip pvc yg panjang,pastu pasang. hangus duit mcm tu x sempat malam..

one – salam one, waaa garang juga ye arwah ayah dulu :) mungkin dia risaukan keselamatan anak2 dia. Lelagi kalau perempuan,hehe.

azieazah – Salam kak zie, moga sihat2 hendaknya ye :) selamat berpuasa juga kak zie. Mesti meriah rumah akak time bulan puasa ni,hehe

hehehe.. aiseh entry ni buat teringat waktu kecik2 jer. Dulu orang tak berapa kisahkan budak2 nak main meriam buluh tapi skrg orang risaukan keselamatan budak2 tu jer. Saya ada satu kenangan pasal mercun ni. pernah sekali main mercun terbaling mercun tu kat dalam surau. pastu member2 suma pakat lari cepat2 menyorok. hehehe

maria – hahaha :) biasanya maria. Orang kampung yang dah tua memang beginilah,hehe.

najmi – Salam bro najmi, betul tu. Kekadang kalau terlalu overprotective pun boleh sekat kreativiti budak2 sekarang ni,eheh :) kalau dah masuk dalam surau tu memang betul2 degil,hahaha

Zool – meriam buluh paling best sekali kat dunia ni,hehehe :)

best kan cai.dulu2 main xganggu org pun sebenarnya.tapi skang ni.betul2 mengganggu.tambah2 budak dok main kat tepi masjid masa kita tgh tarawikh.nostalgia dulu2 mmg dah xdpt pun skang ni :-(

hehe.. vinil dulu men meriam paip@kok orang kedah panggil… tanam dalam tanah.. sebab lagi berdegung… keh3…
yang lagi best sebab lawan ngan kampung sebelah.. wohoo skali cucuh.. abih berdebu tanah… abih style ooo… :)

Vinil – waaa bestnya penah main gak,hehehe :) haaaa yang main dalam tanah tu pun memang pernah main gak,hehe :) bagus2.

SisHoney – Salam sis :) betul tu sis. Dulu rasanya ramai orang faham. LAgipun tak banyak hiburan lagi masa tu. Sekarang kalau tengah tengok tv orang main mercun memang sangat mengganggu,hehe :)

akak rasa bunyiknye smpi ke shah alam kot, sbb aritu dgr bunyik kanmain kuat. rasanya takat mercun takde bunyik mcm nk perang camtu huhuhuuhuh

Kak Masy – Salam kak, hahaha mana ada bunyi jauh camtu kak. Ingat ni bom perang ke? :P Tapi meriam yang bunyi kuat memang takde mercun sekarang boleh lawan bunyinya,hehe