Bismillahirrahmanirrahim



Pada satu hari, ketika Rasulullah sedang berehat di rumahnya, ada seorang arab Badwi yang membuat persembahan dengan tarian di dalam masjid sambil dikelilingi orang ramai. Lalu Rasulullah memanggil Aisyah sambil berkata “Humairah, mahukah engkau melihat persembahan tersebut?” Aisyah gembira dan bersetuju. Lalu baginda bersama Aisyah bersama menonton persembahan arab Badwi tersebut.

Diriwayatkan, Aisyah meletakkan dagunya dibahu Rasulullah dari belakang sambil menonton persembahan tersebut. Hingga pipinya bersentuhan dengan pipi Rasulullah. Setelah beberapa ketika Rasulullah bertanya “Adakah kamu telah selesai?” Aisyah menggelengkan kepalanya. Kemudian selepas beberapa ketika Rasulullah bertanya lagi “Adakah kamu telah puas melihat persembahan itu?” Aisyah masih lagi mahu melihat persembahan tersebut.

Kemudian masuk Umar Al-Khattab ke dalam masjid. Apabila beliau melihat orang Arab Badwi tersebut menari-nari dalam masjid beliau mengambil seketul batu dan mahu balingkan kepada orang tersebut. Lalu Rasulullah menegahnya sambil berkara “Biarkan mereka (orang badwi) Umar. Aku tidak mahu masjid menjadi seperti rumah Yahudi..”

Banyak kita boleh ambil pengajaran dari kisah tersebut. Peranan masjid itu luas. Rasulullah tidak menghalang orang Badwi tersebut melakukan persembahan dalam masjid, malah bersama-sama Aisyah menyaksikannya. Baginda juga melarang Umar melakukan kekasaran terhadap mereka. Rasulullah tidak mahu masjid menjadi seperti rumah ibadah yahudi ketika itu yang fungsinya semata-mata untuk beribadah.

Lihat juga akhlak Rasulullah terhadap isterinya, Aishah. Kalaulah Rasulullah ada dikalangan kita sekarang, apa reaksi Rasulullah apabila melihat keadaan kita umat Islam sekarang?

Nota kaki: Aku suka tengok cerita ‘Lau kana Bainana’ kat TV Al-Hijrah 114 setiap hari jam 5:30 pagi (sahur-ulangan). Program realiti kat arab yang tengok sejauh mana umat Islam sekarang masih mengamalkan sunnah Rasulullah. Intro cerita tu.




Wassalam.


Mohd Faisal bin Hj Mohd Rahim aka Acaii
Photographer
Email : faisalhjrahim@yahoo.co.uk
Facebook : http://www.facebook.com/acaiijawephotography
Twitter : http://www.twitter.com/acaiijawe

Thanks for Comments
azieazah says:

Salam dindaku ESAL.

Terimakasih berkongsi info dan berpesan-pesan.

Semoga kehidupan kita menjadi lebih baik dari sehari ke sehari.

megat says:

assalam acai, lama tak terjah kesini.

kenapa aku tak dapat tengok rancangan tersebut eh? bunyi macam menarik!

oh mungkin aku takde astro @ channel tersbut tak dapat kot!?

Acaii Jawe says:

megat – salam sahabat, salam lebaran :) lamanya tak dengar khabar, moga sihat2 hendaknya. Alaa cerita tu boleh juga didapati di youtube bro megat,hehe

azieazah – salam kak zie, amin kak zie, semoga kita jadi bertambah baik selepas ramadan ni,amin.

Amyn says:

Memang best chai.tangkap syahdu wooo.

Acaii Jawe says:

Amyn – Waaa bagusnya min ko pun layan gak,hehe :) Aah, baru tahu betapa banyak sunnah Rasulullah yang kita tinggal sebenarnya.

AWE says:

Salam sensei, kat oasis pun ada rancangan ala-ala mcm tu…CUBAAN…pengacara Ust Akhil Hail.

Acaii Jawe says:

Awe – Salam awe, waa aku tak pernah tengok lagi tu,hehe. Aku aku tengok iklannya macam agak kasar gaklah cara dia dekati orang tu,hehe

SisHoney says:

dulu jiwa sis hilang.sis sll masuk blog acai.sis dpt motivasi dari cerita2 cai.itu kisah 5 tahun lepas.tapi skang,tatkala jiwa sedang hilang…rindu betul entri2 cai…hehehe

Acaii Jawe says:

Sis honey – Salam sis, hehe terima kasih sebab selalu singgah kat blog acai dan jadi sahabat acai ye sis :) insyaallah semoga hubungan persahabatan ni memberi manfaat kepada kita semua. Kalau ada salah silap acai sila beri tunjukkan dan betulkan acai ye sis :)