Aku cemburu

Bismillahirrahmanirrahim Aku cemburu kepada lelaki yang istiqamah solat berjemaah di masjid. Lidahnya sentiasa basah dengan zikir dan selawat. Taat dan berkhidmat pada kedua ibu-bapanya. Lemah-lembut dan penuh kasih sayang kepada isteri dan anak-anaknya. Ramah mesra dengan handai taulan. Halal mata pencariannya. Selalu menolong dan memberi kepada orang lain. Aku juga cemburu lelaki yang sentiasa berjuang menegakkan Islam di dalam diri … Read More

Yana & Hafiz, Tasik Titiwangsa

Bismillahirrahmanirrahim Lama sungguh tak update blog kat sini. Dah hampir 2 minggu kita masuk bulan Syawal. Aku harap semua dapat mengambil peluang untuk berpuasa 6 hari bulan Syawal walau betapa sibuk sekalipun kita. Pahalanya seperti kita berpuasa selama setahun. Rugi sangat sangat kalau tinggalkan. Insyaallah selepas raya ni makin banyak shoot majlis wedding. Walaupun aku dah mengurangkan kerja-kerja shoot gambar … Read More

Eid Mubarak

Bismillahirrahmanirrahim. Allahu Akbar. Allahu Akbar. Allahu Akbar! Aku ucapkan selamat menyambut raya aidilfitri kepada semua sahabat-sahabat di sini. Hari raya ini adalah masa terbaik untuk kita rapatkan lagi hubungan silaturrahim sesama ahli keluarga. Bukan masa untuk bersosial media, berinternet dan tengok TV. Masa untuk menziarahi saudara mara. Semoga Allah terima amalan kita sepanjang Ramadan lepas dan jadikan kita semua insan … Read More

Ramadan datang lagi

Bismillahirrahmanirrahim. Alhamdulillah Alhamdulillah Alhamdulillah!! Marhaban ya Ramadan. Subhanallah, walaupun aku banyak sangat berbuat dosa tetapi Allah masih berikan kesempatan untuk berjumpa bulan Ramadan tahun ini. Beberapa hari menjelang Ramadan ni, aku terima berita kematian sahabat dan ahli keluarga mereka. Semoga Allah limpahkan rahmat kepada mereka semua. Kepada kita yang masih hidup, bersyukurlah atas peluang yang Allah berikan ini. Sempena bulan … Read More

Hari ibu

Bismillahirrahmanirrahim, Hari ibu baru berlalu beberapa hari lepas. Begitu banyak pengorbanan seorang ibu beri kepada kita. Terlalu sedikit kesempatan masa untuk membalasnya. Jasa terbesar kita sebagai seorang anak bukanlah setakat berbakti kepada kedua ibu bapa ketika mereka masih hidup di dunia ini. Tetapi yang lebih penting ialah memastikan kita sekeluarga bersama-sama berjumpa di syurga nanti. Jika ada keaiban ibu bapa, … Read More

Shahmil & Amelia, Taman Maluri, KL

Bismillahirrahmanirrahim Bulan Rejab dah sampai. Ia merupakan salah satu dari 4 bulan haram dalam Islam. Kurang 2 bulan lagi, kita semua akan menyambut Ramadan. Ya Allah, rasa rindu sangat dengan aura Ramadan. Suasana kebaikan mengelilingi kita. Keseronokkan bertarawikh pada malam hari. Kegembiraan berbuka puasa. Kenikmatan beribadah. Semoga kita semua dipanjangkan umur oleh Allah untuk bertemu sekali lagi dalam bulan Ramadan … Read More

Selepas GST

Bismillahirrahmanirrahim, 2 minggu telah berlalu sejak perlaksanaan GST di negara kita. Suara-suara bantahan walaupun ada nampaknya dah semakin kurang. Mungkin kerana sedar, tak banyak yang mampu kita lakukan. Mahu ataupun tidak kita kena buat adjustment terhadap perbelanjaan kita. Dalam tazkirah yang aku dengar semalam, sebenarnya kita tidak perlu takut kepada GST kalau kita benar-benar percaya rezeki Allah. Sebab hakikatnya, perasaan … Read More

Ketidakadilan dalam hidup

Bismillahirrahmanirrahim Nak berkongsi sedikit tazkirah yang aku dengar baru-baru ini. Hidup ini kadangkala penuh dengan dukacita dan ketidakadilan. Ada insan yang bijak dan sungguh-sungguh berusaha tapi selalu tidak bernasib baik dalam hidupnya. Ada pula orang yang kurang pandai dan malas tetapi hidupnya sangat selesa dan senang kerana beliau lahir dalam keluarga yang kaya raya. Ada sebab Allah takdirkan begitu. Allah … Read More