Dunia bukan tempat bersaing.

Bismillahirrahmanirrahim. Dalam kuliah tadi tadi aku tertarik dengan apa yang disampaikan oleh ustaz. Alangkah indah kalau dunia ni bukan tempat untuk kita bersaing dan menunjukkan kelebihan kita berbanding orang lain. Tak perlu bersusah payah berusaha menjadi orang bijak, orang kaya mahupun orang yang cantik tetapi akhirnya hanya berniat untuk pamerkan kelebihan itu kepada orang lain. Ramai orang tidak sedar, mencari … Read More

Orang baik

Bismillahirrahmanirrahim, Indahnya sebuah persahabatan yang bermanfaat. Sahabat yang baik bila kita berada di sisinya, kita akan rasa tenteram dan ingat Allah. Segan nak buat apa-apa dosa di hadapan mereka. Kehidupan ini singkat sahaja kawan. Carilah sahabat yang bahagiakan hati dan tenangkan jiwa. Kalau kita berusaha menjadi orang baik, insyaallah Allah akan hadirkan sahabat-sahabat yang baik bagi membantu kita dekat dengan … Read More

Tentang kawan kita

Bismillahirrahmanirrahim Kongsi tazkirah pagi tadi, kalau kita sentiasa berkawan dengan orang yang kaya dan berharta, kita akan terdorong untuk berbelanja lebih dari kemampuan dan suka menunjuk-nunjuk kesenangan kita. Kalau kita berkawan dengan orang yang cantik dan berfesyen, kita akan terdorong untuk mengikuti jejak langkahnya membeli barang tidak perlu. Kalau berkawan dengan dengan sahabat-sahabat yang alim dan baik agamanya, insyaallah kita … Read More

Amni & Afifi, Paroi Negeri Sembilan

Bismillahirrahmanirrahim, Dalam satu tazkirah yang aku dengar tadi,¬†ustaz bagitau untuk kita jadi seorang yang baik, perlukan perjuangan, bukan secara kebetulan! Kita kena usaha. Setakat rindukan dan sukakan kebaikan sahaja tak jadikan kita orang lebih baik. Kita kena usaha lawan perasaan malas untuk solat berjemaah, malas bangun awal pagi untuk solat sunat sebelum subuh, lawan perasaan dengki kepada kelebihan orang lain, … Read More

Apa tujuan hidup

Bismillahirrahmanirrahim. Kongsi tazkirah yang aku dengar tadi. Cuba jawab persoalan ini dengan jujur. “Berapa banyak gaji yang anda perlukan sebulan supaya boleh tumpukan ibadah dengan sungguh-sungguh kepada Allah?” Kata ustaz lagi, hakikatnya kita takkan pernah rasa cukup. Bila pendapatan bertambah, kita akan tambah pula perbelanjaan kita. Akhirnya, kita akan usaha lebih keras untuk dapat pendapatan lebih banyak lagi. Sedar-sedar usia … Read More

Amirul & Nani, Kelanang

Bismillahirrahmanirrahim, Kongsi tazkirah pagi tadi. Ustaz bagitau bila ada orang berkata buruk kepada kita, sebenarnya ia mungkin satu cara Allah menegur kita agar dapat turunkan lagi ego yang tinggi dalam diri. Ego ini kita tak sedar membesar dalam diri. Bila kerap orang memuji, tanpa sedar ego kita meningkat. Sebab kita akan sentiasa harapkan pujian serta penghargaan orang lain dalam setiap … Read More

Solemnized Amnani & Amirul, Manjalara

Bismillahirrahmanirrahim Syawal hampir berakhir. Mudah-mudahan kita sempat untuk berpuasa 6 syawal bagi merebut ganjaran pahala seperti berpuasa sepanjang tahun. Minggu ini ada 2 berita kematian yang aku terima. Salah satunya adalah sahabat photographer iaitu Azlie yang dikenali sebagai Cik Lee. Semoga Allah ampuni dosa-dosa arwah dan menempatkan beliau di kalangan hambaNya yang beriman. Mati itu pasti untuk kita. Cuma masa … Read More