Bismillahirrahmanirrahim

yana

Lama sungguh tak update blog kat sini. Dah hampir 2 minggu kita masuk bulan Syawal. Aku harap semua dapat mengambil peluang untuk berpuasa 6 hari bulan Syawal walau betapa sibuk sekalipun kita. Pahalanya seperti kita berpuasa selama setahun. Rugi sangat sangat kalau tinggalkan.

Insyaallah selepas raya ni makin banyak shoot majlis wedding. Walaupun aku dah mengurangkan kerja-kerja shoot gambar wedding sepanjang tahun ini, masih ada ramai yang bertanya tentang quotation. Insyaallah aku akan terus shoot dalam 1-2 majlis sebulan. Sekadar untuk teruskan minat aku dalam bidang ini.

Seronok jadi sebahagian dari hari bahagia pasangan yang mulakan ikatan suci ini. Alhamdulillah, dah lebih 250 pasangan pengantin aku shoot sejak 9 tahun lepas. Ramai yang masih berhubung sampai sekarang. Banyak kenalan baru dan manfaat diperolehi. Mudah2an Allah rahmati.

Update sikit tentang pasangan Yana & Hafiz, Kuala Lumpur.

yana3
yana6
yana1
yana5
yana7
yana8
yana9
yana10
yana12
yana13
yana14
yana11

Mari kita doakan semoga kedua pasangan ini sentiasa berada dalam lindungan, rahmah dan mawaddah dari Allah. Bahagia dan bercinta sampai ke syurga. Tahniah korang ye.

Malas nak ulas tentang rombakan kabinet hari ini. Mungkin ulas di blog personal aku kalau ada masa. Sampai jumpa lagi.

Wallahua’lam.

Thanks for Comments