Bismillahirrahmanirrahim


Kebelakangan ni aku perasan ada beberapa orang client yang berjumpa aku bersama ibu dan bapa mereka:) Aku tak tahu orang lain tapi aku rasa ia satu perkembangan yang positif. Rasa seronok melihat ibu bapa yang ambil berat hingga pemilihan photographer untuk majlis anak mereka. Aku percaya kebanyakkan pasangan lebih selesa memilih berurusan sendiri tetapi sebenarnya tiada masalah meminta pendapat orang tua tentang beberapa pilihan kita tentang majlis tersebut.

Teaser Aizuddin & Nurul Sofa, Bandar Baru Bangi.


Sebenarnya mereka bukannya kisah tentang gambar atau album sangat. Tapi biasanya mereka nak lihat dengan sapa anak mereka berurusan dan akan bekerja pada majlis tersebut. Instinct orang tua kita ni kekadang ada betulnya. Mungkin berdasarkan pemerhatian dan pengalaman mereka tentang majlis kawan2 mereka dan perkara yang mereka tidak berkenan dengan vendor-vendor dalam majlis kahwin anak mereka. Ia mungkin menimbulkan masalah kepada mereka kelak.

Jujurnya aku suka kalau berjumpa keluarga. Selain dapat kenal keluarga bakal client dengan lebih awal ia juga membuktikan sesuatu. Dalam dunia sekarang yang kurang norma-norma positif institusi keluarga, masih ada ikatan kekeluargaan yang boleh menjadi contoh kepada kita. Aku percaya hubungan rapat seperti itu memberi impak positif dalam perkembangan anak-anak mereka. Ada juga photographer tak setuju ngan aku sebab tak tahu nak berborak ngan orang tua :) Wallahua’lam.



Nota kaki : Semalam hari yang terkenal dengan madness sport. New Zealand juara Piala Dunia Rugby, Marco Simoncelli mati di Litar Sepang, Lee Chong Wei kalah final badminton dan Manchester United kalah 1-6 kepada Manchester City di tempat sendiri :)




Wassalam.


Mohd Faisal bin Hj Mohd Rahim aka Acaii
Photographer
Email : faisalhjrahim@yahoo.co.uk
Blog : http://www..faisalrahim.com/blog
Facebook : http://www.facebook.com/acaiijawephotography
Twitter : http://www.twitter.com/acaiijawe

Thanks for Comments
Sarah says:

Salam Acai.

Waktu saya berurusan dengan awak dulu, semua guna email dan fon je. Takde pun jumpa2. 1st sebab dah yakin dengan mutu kerja awak. 2nd sebab memang dah taknak orang lain, nak awak je jadi OP. So tak jumpa pun takpe. Mak ayah siap tanya dapat ke awak yang jadi OP. Diorang pun risau kalau saya tak dapat. Since awak pun memang dah kenal mak agah saya, so kira ok la kan tak jumpa dulu sebelum majlis. Hehe.

Acaii Jawe says:

Sarah – Salam Sarah, terima kasih :) Alahai rasa terharu pula awak cakap camni. Sebab rasanya masih banyak yang saya kena belajar dan perbaiki dalam kerja saya yang ni. Saya perlukan gear yang lebih baik supaya dapat push lagi ke depan,ceewaahh :P Best sangat dapat kenal family awak sekeluarga :) teringat makan kat dapur rumah awak ngan tok ngan mak awak,hehe. Makan ikan patin :)

nn says:

suka entry ni acaii..

saya sokong penglibatan ibu bapa. mungkin hadirnya untuk berkenalan dgn photographer, untuk memberi restu, untuk menyatakan sokongan, sebagai main sponsor majlis ataupon peneman supaya anaknya tidak berduaan :)

tak kisah apa pon alasannya, sangat sweet :)

Acaii Jawe says:

nn – salam nn, terima kasih sudi singgah dan tinggalkan komen kat sini ye :) Betul2, kalau photographer jumpa family rasanya itu lebih memberi keyakinan kepada client yang photographer tu memang betul2 serius dengan tugas mereka :)

Kerul Shukor says:

aku pernah customer bwk mak dia msa deliver album..kecut gak perut aku msa mak dia belek album,haha..tp alhamdulillah,dorang suka..

p/s: acai ko dah gemuk..main bdmnton lah..xda bran ke..??

Acaii Jawe says:

Kerul Shukor- Hahahahhaa, siot je!! kalau jumpa amik album aku tak pernah lagi,hehehe :) aku main futsal sekarang ni kerul. Kalau dah ok baru start main badminton plak,hehe:)

ejal says:

salam kang…aku x penah plak jumpa pengantin bw mak ayah..tp bawa kwn2 byk ler..tp bagus gak..boleh smbil nyelam minum air kn..hahaha…
p/s:tang ayat Manchester United kalah 1-6 kepada Manchester City di tempat sendiri :) mmg x boleh blah..tgk tv pun rasa nak matikan jer..huahahaha

Acaii Jawe says:

ejal – Salam ejal,hahahahahha:) aku tumpang takziahlah ejal atas kekalahan terbesar itu,hehe :) Aku dah beberapa kali sebenarnya jumpa ngan mak ayah. Tu yang aku buat entry pasal ni,hehe

Ijankahar says:

Salam Sahabat,
Saya rasa klu dpt kenal dgn keluarga client lebih baik. Lagi mudah berurusan bila tiba majlis nnt.Lagipun kita boleh bincang apa yg pengantin mahu dan ibu bapa pengantin mahu. Sepakat membawa berkat :)

Acaii Jawe says:

Izan – Salam Sahabat, terima kasih. Aah memang setuju sebenarnya sebab kalau dah kenal memang kekadang lebih mudah untuk berurusan :) Setuju dengan sepakat membawa berkat tu,hehe