Majlis Nikah Aizuddin & Nurul Sofa, Bangi

Bismillahirrahmanirrahim


Salah satu impian aku dari dulu ialah nak memiliki rumah dekat dengan masjid atau surau. Kalau boleh aku nak jalan kaki je ke masjid setiap kali waktu solat. Abah seorang yang suka bermasyarakat. Dari kecil aku dah terbiasa camtu dan selesa begitu. Biarlah rumah aku nanti tu sederhana je tapi mudah access ke masjid. Ia lebih aku suka daripada memiliki banglo besar dan cantik tapi nun jauh dari orang ramai. Susah nak ke masjid dan bermasyarakat. Rugi pahala jemaah. Hari tua dilalui sendirian.

Rumah Nurul Sofa, pasangan pengantin yang aku shoot weekend lepas ni pun sebelah surau je :) Aku suka hantaran dan hiasan majlis ni. Layan sikit majlis pernikahan diaorang ni.


Alhamdulillah dengan sekali lafaz je Nurul Sofa menjadi isteri yang sah kepada Aizuddin. Kalau cinta didasari dan dibentengi oleh syariat, insyaallah kemanisan berumahtangga itu lebih terasa bila menjadi seorang suami dan isteri yang halal di sisi agama. Jadi kepada pasangan yang masih merancang berumahtangga jagalah syariat. Aku bukanlah orang yang baik sangat untuk berkata-kata soal ini tapi tiada salahnya saling mengingati. Tahniah untuk kedua mempelai. Tunggu aku update majlis persandingan diaorang plak pasni ye :)



Nota kaki : Hari ni hari terakhir bulan Zulkaedah. Malam ni dah masuk bulan Zulhijjah. Bulan Haji. Ya Allah, jemputlah aku dan semua pembaca blog ni jadi tetamu mu di Baitullah satu hari nanti,amin.



Wassalam.


Mohd Faisal bin Hj Mohd Rahim aka Acaii
Photographer
Email : faisalhjrahim@yahoo.co.uk
Blog : http://www..faisalrahim.com/blog
Facebook : http://www.facebook.com/acaiijawephotography
Twitter : http://www.twitter.com/acaiijawe

Thanks for Comments

mmg terbaik dr abe acai ni…. kepingin je nk berguru ngan abe acai tp masih x berkesempatan..

muiz – salam muiz, haha terima kasih kang :) Suie ne orak ketemu. Kapan arek kenduri umah baru kang?hehe

taqo – Wslm bro :) aah bilalah dapat nak bekerjasama ni,hehe.

Assalam kang.

wes suei orok jelok jelok blog.
nice shot kang! :D hehe
Semat betul kek diorg nih. siap ade tulisan jawi. hehehehe.

ni saje nak tny kang.
apa yg best untuk 35mm dan 85mm?
boleh share? thx kang.

taqo – Salam kang :) Thanks ye. Aah best betul ada tulisan jawi semua tu,hehe. Waa kayanya kang :) Ni untuk body Fx ke Dx sebab kedua2nya memang berikan impak yang berlainan. Biasanya kalau prome yang tu memang sesuai kat body Full Frame. Tapi 35mm tu memang tight sangat kalau nak pakai kat body Dx :) 85mm tu bergantung kepada style dan penggunaan photographer tu lah :)

Fatihah – Salam fatihah :) terima kasih sudi singgah sini dan tinggalkan komen kat sini ye. Pengantin ni memang kreatif :)

Salam Sahabat,

Saya suka bunga dekat hantaran tuh, nice colors.

Dan paling saya suka Nota Kaki itu, semalam hantar saudara kat airport utk menunaikan haji. Perasaannya lain mcm sikit. Mudah-mudahan kita juga dijemput menjadi tetamu Allah di baitullah…amin, Insya-allah.

Izan – Salam Izan :) aah memang cantik kan hantaran dia :) Insyaallah izan. Semoga satu haji nanti kita semua dapat menunaikan kewajipan rukun Islan ke5 tersebut,amin.

salam caii..

terase kerdil je gambar aku bile tengok gambar ko..hehehehe..
aku malas nak komen pasal gambar..nanti makin jeles aku…

eleh..point utama sini ko nak bagitau ko dah beli rumah kan…kekekeke :P