Bismillahirrahmanirrahim



Aku ada seorang sahabat yang suka berfalsafah. Dia pandai buat sajak, karang pantun dan bermadah pujangga. Sesuatu yang agak mustahil untuk orang seperti aku. Satu hari ada seorang sahabat lain yang bersedih putus cinta. Tahu apa yang dinasihatkan kepada dia?. “Hidup ni umpama basikal yang bergerak, kita tak boleh berhenti. Nanti tidak seimbang dan jatuh. Berhenti sejenak itu boleh sahaja. Tetapi destinasi kita masih jauh. Tidak akan sampai kalau perjalanan tidak diteruskan..”. Terkesan aku ngan kata-katanya.

Kali ni aku update majlis perkahwinan Ain & Hanafi yang diadakan di Cheras. Dewan ni kat bangunan sebelah stesen LRT Bandar Tun Razak di tingkat 8. Pertama kali aku shoot kat sini. Majlis berlangsung dengan sangat meriah dengan kehadiran ramai tetamu dari kedua belah keluarga. Layan sikit sekitar majlis tersebut.


Kalau amik gambar dewan sekarang kena lebih peka dengan masa sebenarnya. Sebab ada sesetengah dewan memang ‘strict‘ dengan masa sewaan di dewan tersebut. Kalau pukul 4 petang abis sewa diaorang dah matikan sebahagian lampu dan lampu kat pelamin. Susah juga nak shoot gambar bersama saudara mara dan rakan-rakan kalau pelamin dah gelap :) Jadi berhati-hati kepada bakal-bakal pengantin. Rancang sebaiknya.

Masa kitorang nak kuar outdoor, hujan lebat turun. Jadi kitorang decide amik gambar kat sekitar bangunan dewan tersebut sahaja. Untuk sesi outdoor korang kena ada back-up plan sekiranya ujan turun dengan lebat ketika waktu outdoor hendak dijalankan.



Terima kasih kepada sahabat aku Kenit Lee yang follow majlis ni, memberi tunjuk ajar dan membantu hingga akhir majlis. Terima kasih juga kepada seluruh ahli keluarga Ain & Hanafi yang memberikan kerjasama yang baik sepanjang 2 hari majlis berlangsung. Tahniah kepada kedua pasangan yang diraikan. Semoga ikatan yang terjalin dirahmati dan diberkati Allah dan terus kekal bahagia hingga ke syurga,amin. Mohon maaf sekiranya ada salah dan silap sepanjang bekerjasama :)




Nota kaki : Terima kasih atas pertanyaan untuk quotation. Sekali lagi untuk makluman, aku dah tak available hingga akhir tahun ni. Tarikh tahun depan hingga bulan Mac juga hampir penuh. Aku hargai pertanyaan semua. Insyaallah aku cuba jawab pertanyaan secepat mungkin.



Wassalam.


Mohd Faisal bin Hj Mohd Rahim aka Acaii
Photographer
Email : faisalhjrahim@yahoo.co.uk
Blog : http://www..faisalrahim.com/blog
Facebook : http://www.facebook.com/acaiijawephotography
Twitter : http://www.twitter.com/acaiijawe

Thanks for Comments
nik mazlee says:

salam. satu pendekatan baru untuk outdoor shot. sangat happening. mabruk sifu! tips skit utk shot ain58. :) syukran.

Acaii Jawe says:

Nik Mazlee – Salam jumaat nik :) Afwan. Inipun sebab hujan kat luar takde tempat nak outdoor,hehe. Sy gunakan transmitter cap ayam je dalam gambar tu :)

CMRatu says:

cantik sgt semua gambar kat sini.. suka sgt tgk..

Acaii Jawe says:

CMratu – Salam bro, terima kasih sudi singgah sini dan tinggalkan komen ye :) Salam kenalan bro

Tho says:

1st picture tu mcm pernah nampak katun tu

Acaii Jawe says:

Tho – Hahahaha, akupun sebenarnya perasan thaariq:) Tapi tak buat signboard,hehe

taqo says:

salam kang. wah wah. main lighting lah. ngeh3. :P
picture 2nd last tu nice kang.
sebab kaler awan dia dah edit skit an. hehe. kool. :P

mila says:

cantik..cantik..cantik!!

suka..suka..suka!!

betul..betul..betul!!

(versi upin ipin..hehe)

Acaii Jawe says:

mila – salam mila, terima kasih ye mila. Kalau ada salah silap tolong betulkan ye.

Taqo – Salam kang :) terima kasih kang. Aah tu edit ntah apa2 kasi mood naik sikit,hehe

ajey says:

perghhhhh….. ajar la aku bro… muahahah..

Acaii Jawe says:

ajey – salam wak, nak aku ajar pa nih?hehe

Masy says:

cemne veil pengantin tu bole terbang naik tu? comel sgt!

azieazah says:

Salam dindaku ESAL,
seronoknya Kak Azie dapat tengok gambar2 perkahwinan pernikahan persandingan yang cantik macam ni. Tabik!

Sampai Kak Azie berangan nak juga gambar2 gini kalu anak-anak nak kahwin nanti. Cewahhhh…

Sudi jadi jurugambar? Tempahan awal, tapi tahun tak tau lagi bila. Harap tak pencen awal la eh? hehehehe

Acaii Jawe says:

Kak Azieazah – Salam kak zie yang dihormati, terima kasih kak zie. Insyaallah nanti ada rezeki boleh je sy amik wedding anak kak zie,hehe. Tapi masa tu saya dah tak boleh baring2 dan panjat pokok sangatlah,hehe :)

Kak Masy – Salam kak, haaa tu skill namanya. Saya tiup je jadi camtu,hahaha.