Wedding Eja & Firdaus

Bismillahirramanirrahim



Masa mula-mula ceburi bidang fotografi ni antara kata-kata perangsang dari otai2 dalam bidang ni ialah “Kamera tu tak penting, tetapi orang belakang kamera tu yang lebih penting”. Memang benda tu tidak dinafikan kebenarannya. Tetapi bila dah sampai satu tahap tertentu, sebenarnya kamera+lens sama pentingnya dengan skill sebab setiap kamera memang ada limitnya. Kadangkala ia tidak dapat hasilkan apa yang kita inginkan dengan kamera entry-level biasa.

Bila dah terasa limitasinya, itulah masa yang sesuai untuk upgrade equipment2 kita. Ramai tidak tahu bila mereka lihat gambar2 cantik sebenarnya ia mungkin dihasilkan oleh kamera professional yang harganya mencecah RM20,000 dan ke atas. Perbezaan dari segi warna, sharpness, kelajuan, bokeh dan lain-lain berbeza dengan kamera berharga RM2,000. Jadi adalah tidak adil sebenarnya membandingkan output mereka yang menggunakan pro DSLR dengan entry-level DSLR. Kereta proton waja walau di modified enjin camne sekalipun takkan dapat kalahkan kelajuan Ferrari :)

Ok, aku update lagi Majlis Persandingan Eja & Firdaus yang lepas. Layan dulu ye.



Dalam majlis Eja & Firdaus ni, diaorang tukar baju sampai 3 kali. Bersanding, potong kek dan outdoor..:) semua baju diaorang cantik2 dan aku suka sangat. Aku juga suka kek diaorang, sampai ada orang rembat cupcakes tu sebelum majlis potong kek tu, huhu.

Kitorang buat outdoor kat Taman Botanic, Klang dekat Bukit Tinggi tu. Ni kali pertama aku amik gambar kat sini. Bila dah petang memang ramai sangat orang kat sini. Memang pengantin akan jadi perhatian dan orang kat belakang pengantinpun akan ramai yang interframe nak masuk album pengantin, hahaa. Kalau nak amik outdoor kat sini jangan sampai lewat petang sebab susah nak dapatkan shoot yang baik bila terlalu ramai orang awam.


Sebenarnya kalau ikutkan aku teringin sangat nak pakai Pro DSLR dengan Full-Frame Body :) Aku percaya aku mampu hasilkan gambar yang lebih baik dari sekarang sekiranya gunakan equipment tersebut seperti sahabat2 aku yang lain. Tapi kata orang ukur baju badan sendiri, mungkin satu hari nanti bila kemampuan dah mencukupi baru aku upgrade :) buat masa ni aku gunakanlah apa yang ada, hehe.

Aku ucapkan tahniah kepada kedua mempelai sahabat aku ni Eja & Firdaus. Semoga rumahtangga yang dibina berkekalan bahagia hingga ke akhir hayat. Pahala orang yang bernikah ni diumpamakan seperti mendirikan sebuah masjid. Syaitan sangat benci dan sentiasa berusaha meruntuhkannya dengan pelbagai cara. Sabar dan sentiasa berada di landasan agama boleh mengelakkan terjadi benda seperti itu. Terima kasih kepada sahabat baik aku dari dulu Halil Hayon yang follow aku amik gambar.

Ni gambar yang dia amik aku bersama pengantin :) Jarang ada gambar aku ngan pengantin, hehe.


Terima kasih.



Nota kaki : Aku dah terima beberapa pertanyaan tentang majlis pada bulan November dan Disember 2010 ini. Insyaallah aku akan reply email secepat mungkin. Aku terpaksa berlaku adil dan utamakan mana yang bayar deposit dulu ye. Terima kasih semua.

Wassalam.


Mohd Faisal bin Hj Mohd Rahim aka Acaii
Photographer
Email : faisalhjrahim@yahoo.co.uk
Blog : http://blog.faisalrahim.com
Old Website : http://faisalrahim.fotopages.com

Thanks for Comments

cantik pic2 yg ko ambil.
rupanya kat klang byk tempat yg cantik.
nanti ada job, hello kat aku ya.

(BeraNGAN..nanti jadi 1st customer bila en fesal dpt utilize sume equipmt tu..)
skang pn dah guna apple kan dlu cpU gedabak..
tak lama lagi bleh dpt la,mana tau kot2 rezki anak..

nimajid – salam bro :) yeaay setuju ngan aku,hehehe

toqo – salam toqo, terima kasih sudi singgah dan tinggal komen ye..sila beri tunjuk ajar lagi ye..:)

FM – Salam sifo firdaus, terima kasih..kalau boleh aku memang nak dapat komen orang2 hebat cam sifo, hehe..memang betullah daus, kekadang bila fikir2 balik memang rasa cam dah cukup cam kata ko..tapi memandangkan kiri kanan member semua dah berhijrah ke FF memang ada perasaan jeles tu,hehe..lelagi bila tengok hasil diaorang memang best dan kamera kita perlu byk step nak dapat hasil yang sama :) termasuklah ko bro,hehehe..nanti kalau perlukan nasihat insyaallah akan dirujuk kepada orang pakar ni,hehe..thanks ye bro..

Nida – salam nida, terima kasih sebab sudi singgah dan tinggalkan komen ye..sy masih belajar lagi ni..:)

awe – salam awe, kekekekeke..aah nampak daus lagi hensemlah dalam gambar,hehe..:) orait awe, nanti aku tengok..perrghh, jarang siot dapat shoot selebriti tu,hehe…

Salam acai, tahniah, kali ni gambar² makin ‘kemas’, utk mata aku yg masih nubis lagi ni…huhu

ko mmg dah layak pakai fx, tapi apepun acai, cuba fikir semula, dengan gear yg kita ada pun dah cukup sebenarnya, dan kita akan sedari kita di level mana, kemampuan dan ilmu kita mengenainya, tapi kadangkala tak dapat nak tepis rachun rakan di sekeliling…rakan di sekeliling ko pun fx belaka kan…hehe, kalau mahu ditambahkan racun itu insyaAllah aku akan terus menyokong malah menyatakan kelebihan² yg ada darinya…cewah…

Nampak hensem plak Daus dalam gambar…kat luar sebaliknya nampak lain.

Sensei aku dapat shot gambar Dato Siti Nurhaliza hari tu…tgk kat aku punya entry. Tapi aklu ada gear best mesti lagi cun..huuu…huuu cun ke gambar aku.??

amyn – salam amyn, aah lawakan merah dia..:) ni yang kat andalas aritu,hehe

cikpingu – hahahahaha, sory sory cikpingu..:) taip laju sangat tak perasan,hihi

Mr Fathi – salam bro, hahaha takpe, dia faham tapi tak reti cakap ko,keke..kan daus kan?

atong – hahaha kuielah tong..kelalen arek calling2 riko plak..:) angger enek menang aku call lah..

Vinil – salam bro vinil..thanks ye..:) aah, kat outdoor lah yang biasanya kita dapat variasi kan gambar2 kita..tang lain biasanya lebih kurang sama je..:)

hehehe nice nice….

outdoor la part paling best n akan menguji kreativiti kita sebagai photog kan…

nway kipidap… nice artwork as usual…

syafirol – keciknya dunia..:) dia ada tanya aku aritu kenai hang tak..dia dulu satu kelas ngan aku kat utm,hehe..:) tak tau plak hang orang utara :P

cikpingu – salam cikpingu, terima kasih..sian pengantin kena gigit semut pas baring tu,hihi..

ina – salam ina, terima kasih ye masih sudi singgah sini..:) hish masih jauh dari professional ni..masih byk kekurangan yang perlu diperbaiki..

Kerul – salam kerul, betul tu..buat masa ni guna jelah apa yang ada..cuma aku tetap jeleslah ngan ko,hahahaha..kalau aku ada cukup fulus mesti aku ajak ko nanti,hihi..thanks kerul..

fairuz – salam kang, terima kasih kang..:) tapi masih jauh ketinggalan jika dibandingkan ngan gambare riko kang,huhu

syafirol – salam piiown, hehe, kurangkan angka ye..:) rasanya kalau upgrade tu boleh jadikan gambar kita lebih baik dan berkualiti tidak mengapa..janji bukan kita bertukar kerana terpengaruh dengan hype dan gadget2 latest dipasaran..:) piiown, ko ada kenai chikia? member UTM aku dulu..dok jitra..

hehe..xpe la cai..
kita guna apa yg kita ada dulu..
aku prcaya..
ko mmpu hasilkan gmbar² yg lg umphhh..

tapi kalo ko ada rezki lebih nti, ajak lah aku ke kedai kamera skali ye..hehhe,aku sudi menemani mu..hihi

hai acai..

lama betul xtgk website acai…
cantik sangat gmbar2 ni…lebih2 lagi kat taman botanic tu..
tahniah utk acai..dah jd cameraman professional skrng:)

aku pun dah rasa apa yg ko rasa sifuu.. terasa sudah tiba masanya utk kurangkan angka pada model dslr skrg. lensa pun dah cukup puas berbakti pada tuannya.

semoga idea2 baru tercipta. rajin2la tgk movie2 yg dikategorikan best Cinematography.

bahdin – salam din..:) hahaha..takdelah din..biasalah, kita memang kalau boleh nak peralatan yang terbaik..tapi nanti kalau dah ada jadi malas plak,huhu..kalau ada equipment yang biasa2 tu yang buat kita rajin nak bersaing dan push to limit kemahiran kita untuk bersaing..:)

Me Fathi – salam bro, hahahhaa, pengantin lanang wong jowolah..reti ngomong jowo kie..:) tu tunjukkan aku yang shoot diaorang,haha

ni la gambar paling umpphh…

*wooiitt ngantinan lanang…yo arek turu pun nang ngomah la….

gambar pun cantik…siap ambong2 lagi…hehe

photoshoot kat outdoor pun cantik…

Apsal la nyibuk kat tengah2 pengantin tu…potong line btol….

Salam cai – kamera cm ni pun da lawa apentah lg bile da ade kamera yg ko nak tu. sure lg superb.. cayalah cai.. gmbr mmber lawa. seronok ak tgk gmbr daus ngn bini diaa.. slmt berbahagia daus.. =)

sil – salam sil..:) bandar ngan tmanpun ada kat situ sil,hehee..:) klang sekarang dah maju lor,hehe

xora – salam xora, aah yang ni lah yang kena rempat cupcakes yang lawa tu,hehehe..:) ada gambar potong kek tapi tak lawa sebab takde tengah2 tu..:)

bandar botanic ke taman botanic eh? ala tak kisah janji gambar2 ni lawa sangat. natural landscape environment. xcaye ade camni kat bandar klang ;D