Majlis Nikah+Berinai Ria & Mazid, JB

Bismillahirramanirrahim



Kali ni aku nak update job wedding kat Johor Bahru yang lepas. Aku tak tahu nak gambarkan camne rasanya rindu kat Johor Bahru, ceewahh. Kali terakhir aku pergi sana 6 tahun lepas selepas habis belajar. Lepas tu tak pernah pegi sana lagi. Alhamdulillah dapat juga job kat sana, kalau tak jangan harap aku nak ke JB. Inilah untungnya jadi photographer, hehe.

Banyak jalan dan bangunan baru muncul sampai aku boleh sesat kat sana, haha. Sempat gaklah aku jalan2 ngan wife dalam UTM dan kawasan sekitar. Tapi tak dapat pusing2 sangat sebab jadual aku pack. Sampai je aku dah kena siap sedia shoot majlis nikah sebelah petang. Pastu sambung ngan malam berinai sampai tengah malam. Esoknya shoot majlis bersanding sampailah lewat petang, huhu.

Selepas je grad dulu, aku dapat kerja kat satu syarikat swasta kat Shah Alam. Kak Ria ni lah yang banyak bagi aku kata2 semangat sebab dapat bos yang garang gila yang suka mencarut dan baling barang, haha. Aku cepat2 resign bila dapat tawaran kerja yang lebih baik :) Tapi alhamdulillah, kitorang masih berhubung sampai sekarang. Aku sangat berbesar hati dapat shoot hari berbahagia kak ria dan abang mazid ni:) Layan dulu majlis nikah dan malam berinai diaorang.



Kalau sebelum ni aku pernah duduk kat majlis akad nikah yang lebih sejam. Kat sini pulak terbalik. Aku rasa dari imam tu masuk rumah sampailah dia balik tak sampai 15 minit. Laju gila. Aku baru setting2 kamera dan test shoot tiba-tiba imam dah salam nak nikahkan. Dengan pengantin lelakipun terkejut gak, hehe.

Malam tu diadakan pula majlis berinai. Sebenarnya akupun tak tahu ada berapa versi majlis berinai orang melayu ni, hehe. Sebab pengalaman aku shoot kat majlis kahwin memang berlainan lah ikut tempat. Kalau aku tak amik gambar kahwin mesti akupun tak tahu apa2 pasal tu. Sebab kat tempat aku tak pernah ada lagi majlis berinai ni, kekeke.


Sebenarnya, kalau kita shoot majlis bersendirian kita tak boleh fokus nak hasilkan gambar2 kreatif je. Kita kena selesaikan shoot gambar2 wajib dahulu. Sebab kita takde back-up yang shoot benda2 lain. Bila dah selesai tu baru kita boleh cari gambar kreatif dengan angle yang berlainan dari biasa. Sebab tu photographer selalu ada team mereka untuk cover sesuatu majlis. Boleh buat pengkhususan kerja..:)

Cuma bila dah selalu kerja dengan team dan tiba-tiba terpaksa cover sendiri memang boleh buat orang tu gelabah lah,hehe. Emm percaya tak ada photographer yang tak boleh kerja bersendirian? hehe. Sebab tu aku cuba variasikan kemahiran aku untuk shoot bersendirian. Sampai satu tahap boleh hasilkan angle2 seperti shoot berkumpulan:) Pasni aku upload majlis sanding dan outdoor plak ye.


Nota kaki : Selangor cuti jumaat ni besday DYMM Sultan. Napelah besday tu disambut sekali je. Kalau sambut berkali2 aku rasa rakyatpun tak kisahkan, hehe.


Wassalam.


Mohd Faisal bin Hj Mohd Rahim aka Acaii
Photographer
Email : faisalhjrahim@yahoo.co.uk
Blog : http://blog.faisalrahim.com
Old Website : http://faisalrahim.fotopages.com

Thanks for Comments

Kak Ria – Salam kak ria si pengantin baru..:) congrats lagi sekali ye kak..terima kasih sebab suka gambar2 ni ek..tunggu album siap kak ye..dah hilang lum penat kak?hehehe..semoga ikatan perkahwinan yang dibina akan kekal bahagia hingga akhir hayat,amin..mohon maaf kalau ada keterlanjuran kata2 atau tingkahlaku kat sana ye..:)

Rais- Salam bro rais,hehe..minggu ni aku tersangat bizi ngan kerja2 ofislah bro..insyaallah kalau sempat aku update gak minggu ni,hehe..thanks bro.

muiz – kekekkee, jangan lupa sinoman sblh rumah aku ye minggu ni,hehehe..boleh jumpa..

Salam adik..thanks for the nice shots..semua cantik2 akak tgk..hrrmmm..tak sabo nak tunggu album siap nih..neway, nice working with both of u..bukan pengantin je letih, yg amik gambo lagi letih siap baring2..abg mazid pun suka banget tgk gamba2 nih..senyum manjang je dia *masa tgk gamba nih*..huhu..once again, TQVM..

muiz – hahaha, thanks muiz..lama tak nampak kang? tak balik rtb ke?hehe

fairuz – salam bro fairuz..) thanks..hanya orang yang memahami je tahu camne rasanya bersendirian,kekekek…

one – salam awk, err sedih sebab pe wak? thanks..tu namanya gambar detail,hehe..

sulaiman akhlaken – hahahahaha, nampak macam panjat..tapi sebenarnya aku tak panjat..dan memang tak bolhe panjatpun sebab aku berat gila, takut roboh almari tu kang,hehe..

shaifulsafar – salam pul, thanks..:) alaaa, berkat tunjuk ajar kawan2 gak..memanglah ko hepy pul sebab ko kerja kat klia tu,hahaha..:)aku rasa jelah, best kalau kita ada ramai sultan ke,hehe..

amin – salam amin,hehe..thanks bro..gabar tu aku tak panjat almari..guna trick,hehe

atong- thanks atong..takde masa aku nak amik gambar kat luar negara tong..aku ni kecil2an jelah,hehe..wei, apesal boleh rosak plak lens ko tu? tukar baru jelah semua tong,kekeke

kak masy – hahahahah, camno nak panjat syiling kak? sy kan suka cari angle yang lum pernah dibuat oleh orang lain.:)thanks kak..

salam..mcm sedih gak terkenangkan cite2 cik fesal tu. gambar yg ada keris cam best (:

salam cai… gambo ko mmg selalunya best!…

tang cuti tu…. bulan ni adalah yang terbest dalam 2009… sebab 3 minggu berturut2 cuti hari jumaat… even aku duk kat negeri sembilan…. aku happy!… wakakakaka… sesedap hati ko je erk nak suruh sambut banyak kali… hahahaha

Salam… Saje singgah… Erm, x jahanam ke almari pengantin tue?
Beli mahal2 smpai rm8 ribu, ko panjat lak!

acai gilaakk panjat lemari hehehe tp niceee..

gud work hadek :)

nanti try panjat kat siling plak, ala2 spiderman ;)

gilo lar caii.kretif tahap cicak man.wah satu negara pusing.selatan ke utara nampak.pas nie ada member g oversea lar lak ambik gambar.ape pun idup jowo.
*nota sedih:camera anta repair.lens lak rosak.

hidayatsaidi – salam bro, thanks sudi singgah sini ye..:) alaa, akupun masih belajar lagi..lum layak nak mengajar orang,hehe..jom sama2 belajar!!

Zizei – salam zei, hahaha..siot je..kaler ko pun sekarang dah ganaslah zei..jeles gak aku..:) nanti jumpa aku ajar ko ek,hehe..ko memang lone ranger zei..tu dari dulu aku tahu,hehe..tapi masih dapat hasilkan gambar yang cun..sbnrnya bagus gak sendiri2 ni sebab boleh concentrate..tapi ada masanya rasa sunyi dan bosan..lelagi kalau tunggu pengantin siap dsb,haha..makanpun sorang2 je,hihi..

cik pingu – salam cik pingu, waaa nanti baju wedding warna pe?hehe..dah decide ek?

bahdin – salam din, hahahhaha…aku orak penek an lah din..tak pasal2 roboh plak almari orang tu..tapi memang ada part2 yang aku nak jatuh kerusi sebab tak stabillah,hehe…tinggi tau bingkai kat katil tu..aku boleh panjat,hahaha..

Vinil – Salam bro, thanks..:) memang selagi boleh panjat aku panjat,hahaha…tapi betul cakap ko, kena kejar gamabr wajib dulu..:)

zam – thanks zam ye..:) orak kena bekerja keras nak hasilkan gambar2 yang best kan zam..

Kak Azieazah – Salam kak zie yang dihormati, moga akk sihat2 bersama keluarga ye..:) waaaa dah ebsar2 ye anak kak zie tu,hehe..:) tak lama lagi dapatlah kak zie menantu..nanti jangan lupa jemput sy tau kak zie,hehe..

Memang betul tu, kekadang time ada job jauh2 ni lah boleh amik masa nak lihat tempat orang, budaya yang lain dan sebagainya..kalau kat area tempat kita je mmg susahlah nak kenal semua tu kan kak..:) Gambar tu tangan sy je berada atas almari kak,hehe..badan masih kat bawah lagi..susah gila nak amik tau kak,hahaha

Firdaus – Salam bro, hahaha..thanks bro..memang bener banget tu..orang buat album bukan nak gambar kreatif je..diaorang nak tengok muka adik beradik, sedara mara dsb..:) gambar kreatif tu kira macam bonuslah..hahah, aku kalau cuti memang sangat seronoknya..

syafirol – salam bro, sangat betul..cara kita mengatur langkah dan gerak sepanjang majlis juga berbeza kan kalau shoot sorang2..:) kita terpaksa berfikir lagi keras berbanding kalau ada pembantu..thanks bro..:) kekadang kalau aku boring memang aku boleh fikir angle2 yang camtu,haha..:)

salam acaii..
kaler utk gambar kat atas ni mmg cantik gila laa.. huh..!! bila nak bukak kelas aku nak join hehe..

team atau solo.?? aku terbalik, tak biasa keje dgn team, lebih selesa kalo solo, bila keje lebih dari sorang mesti haru biru.. hehehe

eheheh abih tilam… almari,,, semua abam acai panjat… huhoo~~
btw semua nice…

yeah… kenkadang kita kejar view and angle best… part2 gambar yang wajib, macam family.. kawan2.. semua terlepas kan…

kipidap bro…

Salam cai
~ dasyat r cai suke men panjat2, bahaye weh.. takut2 almari tu tak kuat, ko kan abot.. heheee..
~ ke kreatifan ko mmg xdapt dinafikan cai. =), mmber ak ada amik job ni ngn wife dia. asal ade job je musti brdua dan xmustahil kalo ko pn akan cm tu nt.. =)

Hmmmm Kak Azie pun orang Selangor, tapi kerja dlm area Wilayah.. Akak kisah okeyyyy…?

*Hari tu Kak Azie saja jer sakat anak2 dara kat umah tu.

“Mak ada kawan yang jadi photographer, amik gambar pengantin lawo-lawo, nanti kita ambik dia ek..?”

Depa jawab, “Mak cakap aperrr niii…” Pastu dua-dua masuk bilik. Hehehehe depa baru umur 19 dan 17 tahun laaarrr…

Salam dindaku ESAL…

baru nak tanya, ko panjat almari rumah pengantin tu ker? uishhh.. lawo tapi musykil ni.. Kau mesti panjat dinding macam Cicakman tu kan?

Itulah kelebihan seseorang dlm bidang kerjanya. Dapat berjalan merata, melihat negeri orang, kampung laman orang dan budaya. Itu pengalaman mahal tu, lebih dari nilai upah rasanya.

ESAL pernah dapat BOS garang? mak aiii.. baling barang tu melampau wehh report jer kat Teledera..hehehe

betui sifoo acai. jurufoto yg bergerak solo dan berkumpulan mmg lain. cara berfikir dan pergerakan mereka lain. pergerakan mesti 360. berfikir mesti pantas.

* aku suka cara ko cari kelainan angle sampai ke atas almari. bila ada kelainan di setiap majlis baru pelanggan suka. kalau tak nanti cik kak tu cakap eh gambar ni macam gambar dalam album kawan akak la. samala.

mmb bener acai, keje sorang mmg letih, gamba wajib mesti ada dulu, baru boleh berkreativiti dgn angle² yg lain, apepun ko mmg superb, walaupun sorang, tapi shot sumer kreatip belaka….tabik sama acai ;)

weh, kalau hari² besday sultan, aku pun seronok jugak…walaupn hari² aku bleh cuti sendiri…hehe

Saufwan – salam bro, gambar kat almari tu apa lagi, panjatlah,hahahahahah…thanks bro..

cot – kekekeke, ko ni suka je panjat2 ye..:) siot je..akupun menghadapi kesukaran gak kalau sorang2..:) sebab tak dapat buat banyak shoot2 kreatif,hehe…:) minggu depan kalau ko free blehlah follow aku ari sabtu,hehe..:)outdoor kat tepi pantai,hehe

aku suke no 2..
gmbr no 2 tu ko angle ats almari ke pintu…kekekkeke
sokong kate ko..
kalu shoot sensorang susah skit lah nak buat kreatif..
kene tumpu gmbr wajib dulu…
aku xheran pn kalu ko blh shoot sorg²..
ko kn sifooo..
wakakkaaka..
bile lg mau polo ko ni..
kekekkee

sishoney – salam sis, hehehe..bolehlah ajar sikit2 sis..:) benda tu kan memang kena ada minat, tak boleh paksa2,heheh..:) waaa bukan mian kencang lagi sis sekarang,hehe..siap amik cuti lagi tu..:) good luck sis ye..semoga dapat lakukan tugas dengan baik minggu ni..jumpa lagi 2 minggu sis..:)

salam cai,

wah dah upload photo-photo kat jb ek.best kan kalau ada majlis berinai ni :p.takpe cai asah mata cik isteri tajam.tak lama nanti leh buat team dgn dia :)

gambar mata ikan dr belakang kerusi pengantin itu sangat buat sis jeles…huhuhuhu.wah bestla selangor cuti kan cai.berturut2 dr minggu ni sampai new year cuti hr jumaat.sis pon cuti gak jumaat ni.tapi kena amik cuti sendiri la sbb nak cover akad nikah :)