Melawat cahaya mata Halil & Nana

Bismillahirramanirrahim



Weekend lepas ni aku sempat melawat sabahat baik aku yang baru menimang cahaya mata sulungnya. Nama diberi Muhammad Ammar bin Norhalil :) Alhamdulillah baby sihat je walaupun terpaksa duduk seminggu kat hospital sebab lahir awal. Berat masa lahir tu 1.7kg je. Semoga Halil sekeluarga diluaskan rezeki yang halal dengan kehadiran orang baru dalam keluarganya.

Bila tengok wajah seorang bayi memang terasa tenang je. Kita tahu mereka bersih suci dari sebarang dosa berbanding kita yang lakukan terlalu banyak dosa kepada Allah. Sekarang terpulang kepada ayah dan ibunya mahu mencorakkan cara hidup, akhlak dan didikan agama anak mereka sama ada berada dalam landasan yang betul atau sebaliknya.



Sebenarnya ketika janin berusia 120 hari, telah ditentukan 4 perkara baginya iaitu rezeki, jodoh, usia serta takdir baik dan buruknya. Namun ia tidak datang secara mutlak. Maksudnya kita tidak boleh menyerahkan segalanya kepada takdir sebab masih perlu ada usaha dan ikhtiar. Selebihnya akan ditentukan oleh Allah sama ada ujian atau nikmat yang diberikan kepada kita semua.

Jadi sama-samalah kita berusaha perbaiki diri kita supaya kembali kepada fitrah. Aku bukanlah bagus sangat nak ingatkan tentang semua ini. Tapi ustaz aku pernah cakap dulu kalau kita terima satu peringatan atau ilmu dari seseorang, ambil yang baik darinya. Tak kira sama ada kamu benci atau tidak suka kepada orang tersebut. Walluhua’lam.


Nota kaki : Kurang 2 bulan dari sekarang dah masuk Ramadhan. Bulan Rejab ni digalakkan berpuasa sunat. Sapa2 yang belum ganti puasa tu berusahalah untuk ganti supaya tak kena fidyah ye:) Tak sabar tunggu Ramadhan..

Wassalam.


Mohd Faisal bin Hj Mohd Rahim aka Acaii
Photographer
Tel : +60122767662
Email : admin@faisalrahim.com
Blog : http://blog.faisalrahim.com
Old Website : http://faisalrahim.fotopages.com

Thanks for Comments

nadia – slm nadia,hehe..tahniah untuk diaorg berdua juga..:) waaa, bahaya ni nadia nak gigit anak orang,hahaha..:) takpe, tunggu giliran nadia plak pasni,hihi..berita pe nadia? :P

bighafidz – Slm bro otosan..:) thanks singgah sini..:) hahaha..kitaorang berbeza lain mak dan lain bapak fiz,kekeke..:) dia dah otai..aku baru lagi..:)

airizz – slm airizz, waaa ni bakal mak budak ni :P..kena tengok byk2 gambar bady nih,hihi..baby ni memang tak bosan kan kalau tengok mukanya lama2..:)

tahniah buat bro halil & sis hana. huhu. comelnya baby tu. macam nak geget je. adoii. lagi sentap ni. tengok baby le pulak. waaaaaaaaa

hah. acaii. xde berita lagi ke? tambahan ahli keluarga?

hehehe

=p

Kak Masy – Insyaallah kak :)

dek one – Slm awk, hehe..budak2 memanglahinnocent muka dia kan..:) kamera phone tak sharp sangat,ceewahh..

tahniah…
sunggoh inosen,alhamdulillah sehat budak tu..
guna teknik ka?ingak guna camera fon je

as – Slm as, yup itulah yang saya maksudnya..suka tengok sebab tulus suci lumrahnya mereka..:)

muiz – hehee, sabar kang..angger enek rejekine insyaallah entok..:) benda kayo kuie kerjo gusti Allah..:)

Glizzy – kekeke..memang kena kreatif nak dapat shoot best..:) tapi memang ada kebarangkalian masuk habuk dalam sensorlah kalau careless,hehe..

~Waahh, 50mm pn hng kasi reverse jgk.. Hebat bebenor la skrg ni ek.. Nnt jmp bole la kasi ajar macam2..

(,”) Merci..

Romzi – Itulah ji, sama ngan anak ko yang baru sambut besday tu..:) umh dia dekat je ngan gaga,hehe

noli – slm noli,hehe..aah, cute kan..rasa nak bwak balik je,hahahahaa