Diana & Azizi, Masjid Shah Alam

Bismillahirrahmanirrahim, Hidup ini tidaklah selalu indah. Warna warni kehidupan dilukis oleh takdir tanpa dipinta. Namun ketabahanlah yang akan menyebabkan kita menikmati hidup seadanya. Kerana apa? kerana dunia ini hanya sementara dan begitulah jua dengan ujiannya. Kita dididik agar menghadapi yang sementara dengan sikap sederhana. Gembira jangan sampai melonjak, nestapa jangan sampai terhenyak. Pada setiap episod ada syukur dan sabar, ada … Read More

Nazwa & Ijad, Shah Alam

Bismillahirrahmanirrahim, Kata orang, kita tidak akan nampak keaiban pada orang yang kita kasihi. Bahkan sedikit keaibannyapun kita tak nampak bila kita menyintainya. Mata yang redha itu rabun untuk melihat kelemahan dan keaiban insan yang kita sayang. Sedangkan mata yang benci itu sentiasa nampak kesalahan dan kesilapan orang yang sudah tidak kita sayang lagi. Tidak mengapa. Apa yang berlalu itu tak … Read More

Outdoor Aizatul & Firdaus, Shah Alam

Bismillahirrahmanirrahim     Alhamdulillah bersyukur dapat mencoretkan sesuatu di sini. Dalam tazkirah yang aku dengar baru-baru ini, ustaz bagitau antara cara nak tahu kita ini seorang yang sombong dan ego ialah kita sangat terasa hati bila orang ada orang menegur dan betulkan kesilapan kita. Lebih-lebih lagi apabila yang menegur itu tarafnya lebih rendah dari kita. Kata ustaz lagi setiap teguran … Read More

Pernikahan Aizatul & Firdaus, Shah Alam

Bismillahirrahmanirrahim Alhamdulillah dapat tulis entry lagi di sini. Aku nak kongsi satu tazkirah di ofis semalam. Ustaz kata orang beriman ini perlulah bijak. Jangan sebarkan sesuatu berita tanpa berfikir. Dan jangan sibukkan dengan perkara sia-sia. Banyak isu dan berita di sekeliling kita yang berlaku setiap hari. Penceraian, pergaduhan di kalangan artis ataupun teman-teman dan sebagainya. Kadangkala tanpa disedari ramai termasuk … Read More

Wedding Aqmalina & Fadly, Shah Alam

Bismillahirrahmanirrahim Alhamdulillah syukur kepada Allah atas segala nikmat yang dikurniakan kepada kita. Dalam tazkirah yang aku dengar baru-baru ni, ustaz bagitau antara perkara yang Allah larang tetapi kita suka buat ialah saling berbangga antara satu dengan lain dengan harta kita, anak kita, ilmu kita, rupa paras kita dan rezeki-rezeki lain yang kita ada. Tanpa sedar ketika kita berkongsi semua rezeki … Read More

Pernikahan Raihan & Akmal, Shah Alam

Bismillahirrahmanirrahim Antara kelebihan menjadi photographer yang aku suka ialah dapat mendengar banyak khutbah nikah setiap minggu :) Tanpa disedari, intipati dalam khutbah nikah sebenarnya sangat bermakna kepada pasangan yang baru mengikat janji bersama maupun kepada pasangan yang telah lama berkahwin:) Sebab tu dari kaca mata Islam, akad nikah sebenarnya jauh lebih penting daripada kenduri itu sendiri. Ini kerana tatkala lafaz … Read More

Outdoor Zaide & Ain, Shah Alam

Bismillahirrahmanirrahim Rasa macam dah lama gila tak update blog ni. Alhamdulillah, semua projek dan kerja yang agak berat di kantor hampir berlalu. Tinggal beberapa kerja rutin yang perlu diselesaikan. Aku ada hutang beberapa entry nak publish di sini. Insyaallah aku cuba selesaikan dalam masa terdekat ni. Entry kali ni adalah sambungan dari entry lepas iaitu pasangan Zaide & Ain. Kali … Read More