Sumbangan kita untuk agama

Bismillahirrahmanirrahim,

liana_adib

Liana & Adib, Jalan Kebun, Klang

Dalam kuliah yang aku dengar baru-baru ini, ustaz bagitau apapun pekerjaan yang kita buat kena niatkan ibadah dan azam membantu agama kita terus berkembang dengan kemahiran kita masing-masing.

Setiap kita mempunyai kemahiran berbeza-beza. Ada yang mempunyai pengetahuan dalam bidang komputer, mempunyai ilmu luas dalam bidang perniagaan, kedoktoran, termasuklah mempunyai kekuatan tubuh badan untuk membuat kerja-kerja berat setiap hari. Semua itu pinjaman dari Allah. Semua itu mampu digunakan untuk kebaikan agama kita.

lina_hafifi

Lina & Hafifi, Cheras

Setiap usaha kecil kita akan dinilai oleh Allah. Dengan amal ibadah kita setiap hari yang sangat sedikit dan belum pasti Allah terima, kita kena usaha jadi orang yang beri banyak manfaat kepada ramai orang, insyaallah.

Mari azam jadi insan yang selalu disenangi oleh semua orang, suka membantu orang lain dan menyebarkan kebaikan ke seluruh alam. Setiap hari.

Wallahua’lam.

Tahun Baru 2016

Bismillahirrahmanirrahim,

Kenangan bersama keluarga di Sabak Bernam.

Kenangan bersama keluarga di Sabak Bernam.

Alhamdulillah. Alhamdulillah. Alhamdulillah.

Tiada nikmat yang lebih besar kita perolehi dalam dunia melainkan nikmat keimanan. Tanpa sedar kebahagiaan, ketenangan fikiran, ketenteraman jiwa juga merupakan rezeki terbesar yang Allah beri yang jarang kita syukuri.

Aku harap dapat improve diri dalam tahun 2016. Dapat tambah lingkungan kawan yang baik-baik, yang selalu ingatkan kebaikan, yang tegur aku bila aku malas ke surau/masjid, yang selalu ajak ke majlis ilmu, yang bila aku tengoknya aku teringat perkara baik-baik.

Aku usaha kurangkan kawan-kawan yang negatif. Aku taknak ambil tahu cerita tentang orang lain yang tidak berkaitan. Cuba elak baca komen kat status sosial media/youtube/blog yang biasanya negatif, elakkan berdebatan dan bergaduh perkara yang tidak beri manfaat.

Semoga Allah lindungi dan rahmati kita semua.

Jika kita mati tahun ini, mudah-mudahan Allah ampunkan dosa-dosa kita yang lepas, terima amalan pahala kebaikan kita dan juga kepada seluruh keluarga, sahabat dan muslimin muslimat yang telah meninggalkan kita lebih awal.

Wallahua’lam.

Dunia bukan tempat bersaing.

Bismillahirrahmanirrahim.

AJP_6119a

Haziq & Mimi, Putrajaya

Dalam kuliah tadi tadi aku tertarik dengan apa yang disampaikan oleh ustaz.

Alangkah indah kalau dunia ni bukan tempat untuk kita bersaing dan menunjukkan kelebihan kita berbanding orang lain. Tak perlu bersusah payah berusaha menjadi orang bijak, orang kaya mahupun orang yang cantik tetapi akhirnya hanya berniat untuk pamerkan kelebihan itu kepada orang lain.

Ramai orang tidak sedar, mencari kemasyhuran dan pengiktirafan manusia kadangkala tiada bezanya dengan mencari cara untuk tambah keegoaan dan kesombongan diri. Kita akan penat hidup sebegitu.

Alangkah indah hidup ni kalau kita semua berusaha membawa ahli keluarga dan sahabat kita ke arah yang lebih baik bersama-sama. Tiada persaingan dan kedengkian sesama kita sebab tujuan hidup bukan untuk mencari yang terbaik di kalangan kita. Kita berusaha untuk berjaya bersama-sama, menjadi kaya bersama-sama, banyakkkan amal ibadah sama-sama.

Mudah-mudahan kita perbaiki kelemahan diri.

Orang baik

Bismillahirrahmanirrahim,

Ijad & Nazwa, Shah Alam

Ijad & Nazwa, Shah Alam

Indahnya sebuah persahabatan yang bermanfaat.

Sahabat yang baik bila kita berada di sisinya, kita akan rasa tenteram dan ingat Allah. Segan nak buat apa-apa dosa di hadapan mereka.

Kehidupan ini singkat sahaja kawan.

Carilah sahabat yang bahagiakan hati dan tenangkan jiwa. Kalau kita berusaha menjadi orang baik, insyaallah Allah akan hadirkan sahabat-sahabat yang baik bagi membantu kita dekat dengan agama.

Nota : Insyaallah aku akan update full entry pasangan ini. Lokasi outdoor semalam tepi jalan Seksyen 24, Shah Alam.

Tentang kawan kita

Bismillahirrahmanirrahim

AJP_2304

Nazwa & Ijad, Jenjarom Banting

Kongsi tazkirah pagi tadi, kalau kita sentiasa berkawan dengan orang yang kaya dan berharta, kita akan terdorong untuk berbelanja lebih dari kemampuan dan suka menunjuk-nunjuk kesenangan kita.

Kalau kita berkawan dengan orang yang cantik dan berfesyen, kita akan terdorong untuk mengikuti jejak langkahnya membeli barang tidak perlu.

Kalau berkawan dengan dengan sahabat-sahabat yang alim dan baik agamanya, insyaallah kita akan sentiasa cuba dekat dengan Allah dan agama walaupun kita banyak dosa. Walaupun kita kurang pengetahuan agama.

Apa tujuan hidup

Bismillahirrahmanirrahim.

AJP_1686

Wawa & Fikry, Banting

Kongsi tazkirah yang aku dengar tadi. Cuba jawab persoalan ini dengan jujur.

“Berapa banyak gaji yang anda perlukan sebulan supaya boleh tumpukan ibadah dengan sungguh-sungguh kepada Allah?”

Kata ustaz lagi, hakikatnya kita takkan pernah rasa cukup.

Bila pendapatan bertambah, kita akan tambah pula perbelanjaan kita. Akhirnya, kita akan usaha lebih keras untuk dapat pendapatan lebih banyak lagi. Sedar-sedar usia kita dah semakin tua.

Kalaulah kita mati kemalangan atau mati sakit ketika muda? Kebanyakkan masa, tenaga, fikiran dalam hidup kita ini hanya untuk kerja dan menambah ‘kesenangan’ sahaja.

Sedangkan amal ibadah kita sangat sedikit jika dibuat perbandingan.

Apa tujuan sebenar hidup kita?

 

Amirul & Nani, Kelanang

Bismillahirrahmanirrahim,

nani_kelanang-0

Kongsi tazkirah pagi tadi. Ustaz bagitau bila ada orang berkata buruk kepada kita, sebenarnya ia mungkin satu cara Allah menegur kita agar dapat turunkan lagi ego yang tinggi dalam diri.

Ego ini kita tak sedar membesar dalam diri. Bila kerap orang memuji, tanpa sedar ego kita meningkat. Sebab kita akan sentiasa harapkan pujian serta penghargaan orang lain dalam setiap kebaikan yang kita buat.

Jadi sesekali kena kutuk, hina dan orang lain berkata buruk tentang kita sama ada ia benar atau tidak, adalah satu cara Allah nak sedarkan kita yang kedudukan kita bukanlah tinggi sangat di sisi Allah.

Kali ni aku update lagi sikit outdoor Amirul & Nani yang diadakan di Kelanang, Morib Banting.

nani_kelanang-25
nani_kelanang-24
nani_kelanang-32
nani_kelanang-30
nani_kelanang-28
nani_kelanang-26
nani_kelanang-23
nani_kelanang-22
nani_kelanang-18
nani_kelanang-17
nani_kelanang-16
nani_kelanang-13
nani_kelanang-10
nani_kelanang-9
nani_kelanang-8
nani_kelanang-6
nani_kelanang-4
nani_kelanang-2
nani_kelanang-5

Alhamdulillah majlis kedua mempelai ini berjalan dengan lancar dan meriah untuk kedua-dua belah pihak. Bila dah 2 minggu bekerjasama dari majlis nikah sampai bertandang, biasanya memang hubungan photographer dan pengantin akan lebih rapat.

Mari kita doakan semoga kedua pasangan bercinta ini kekal bahagia sampai ke syurga, amiin.

Jumpa next entry insyaallah.

Wassalam.

Aku cemburu

Bismillahirrahmanirrahim

Amni & Afifi, Paroi Negeri Sembilan

Amni & Afifi, Paroi Negeri Sembilan

Aku cemburu kepada lelaki yang istiqamah solat berjemaah di masjid. Lidahnya sentiasa basah dengan zikir dan selawat.

Taat dan berkhidmat pada kedua ibu-bapanya. Lemah-lembut dan penuh kasih sayang kepada isteri dan anak-anaknya. Ramah mesra dengan handai taulan. Halal mata pencariannya. Selalu menolong dan memberi kepada orang lain.

Aku juga cemburu lelaki yang sentiasa berjuang menegakkan Islam di dalam diri dan lingkungannya, di mana sahaja dia berada.

Ya Allah, kami cemburu pada lelaki itu. Jadikanlah kami seorang daripadanya. Amin.