Bismillahirrahmanirrahim
Setiap manusia yang hidup dalam muka bumi ni pernah menempuh pelbagai bentuk ujian oleh Allah. Ujian adalah guru yang tidak bercakap, tetapi ia sangat mengajar dan mendidik. Banyak sebab Allah menguji kita. Apa yang pasti setiap ujian mempunyai rahsianya tersendiri yang kita tidak pernah tahu.
Biar apapun yang terjadi, sekiranya kita bersabar dan redha dengan ujian tersebut mungkin Allah akan berikan rezeki melalui jalan lain yang tidak kita sangka-sangka. Jauhkan dari berburuk sangka kepada Allah kerana ia menunjukkan kita tidak bersyukur dengan segala nikmat lain yang Allah berikan sebelum ni.
Aku update sikit majlis bertandang pasangan Zulhusni & Azzah yang diadakan sehari selepas majlis belah Azzah sebelum ni. Majlis diadakan di Dewan Politeknik Ungku Omar, Ipoh Perak. Ramai betul tetamu majlis kat belah Zul ni. Memang terasa kemeriahannya :)




















Sebenarnya semasa sesi outdoor tu ujan turun agak lebat. Macam takde lokasi je nak pergi. Nasib lokasi gua yang Zul pilih ni teduh dari ujan tersebut :) Aku sebenarnya lupa nama gua tu, hehe. Tapi kalau ada lebih banyak masa di gua tu memang banyak lagi gambar boleh buat kat sini. Sebab tempat tu cantik sangat walaupun agak gelap dalam tu :)
Untuk akhirnya, terima kasih sekali lagi kepada kedua pasangan Zulhusni & Azzah di atas layanan yang sangat baik kepada kitorang semua :) Korang berdua memang best!! Semoga Allah memberkati dan melimpahkan berkat kepada korang berdua. Wallahua’lam.
Nota kaki : Takziah kepada sahabar baik aku yang kena ragut beg kameranya :( Bayangkan barang bernilai lebih RM20,000 hilang sekelip mata. Barang yang dikumpul beberapa tahun untuk cari rezeki. Kejamnya peragut tersebut. Semoga Allah berikan pengajaran terbaik untuknya kelak. Berhati2 semua.
Wassalam.
Mohd Faisal bin Hj Mohd Rahim aka Acaii
Photographer
Email : faisalhjrahim@yahoo.co.uk
Blog : http://www..faisalrahim.com/blog
Facebook : http://www.facebook.com/acaiijawephotography
Twitter : http://www.twitter.com/acaiijawe




























































































































