Bismillahirrahmanirrahim

Kali ni aku nak sambung kisah yang berlaku selepas kematian Khalifah Usman dalam Perang Jamal Part 1. Sebelum itu, sahabat2 semua kena faham ketika berlaku pembunuhan Usman ini suasana di negara Islam terutama di Madinah ketika itu agak tegang. Mereka bercakap-cakap tentang pembunuhan dengan versi berbeza-beza. Para sahabat juga tidak tahu buat pendirian sebab perkara ini tidak pernah berlaku sebelum ini.

PERLANTIKAN ALI SEBAGAI KHALIFAH

Selepas kematian Usman, lebih ramai pemberontak masuk ke dalam kota Madinah hingga jumlahnya mencecah 5,000-6,000 orang. Mereka mencadangkan 3 nama untuk menggantikan Usman iaitu Ali bin Abi Talib, Abi Talhah dan Zubair bin Awwam. Kedua-dua Zubair dan Abi Talhah menolak. Pemberontak mengugut Ali untuk membuat pertumpahan darah di Madinah sekiranya Ali tidak menerima jawatan tersebut.

Akhirnya Ali berijtid untuk mengambil jawatan tersebut dengan niat mengembalikan keamanan di kota Madinah dan negara-negara jajahan takluk Islam lain. Ketika itu suasana sangat getir. Namun begitu, kenaikan Ali menyebabkan ramai dikalangan penduduk Mekah, Mesir dan beberapa kawasan lain yang pernah mendapat surat palsu daripada Ali untuk serang Madinah persoalkan perkara tersebut.

Kalau Ali menafikan beliau hantar surat palsu untuk menjatuhkan Usman, kenapa Ali naik sebagai khalifah sejurus selepas kematian Usman? Diburukkan lagi, Ali lebih tumpukan untuk perkukuhkan dahulu negara Islam dan tenangkan pergolakkan yang berlaku sedangkan ramai yang mahu Ali mencari pembunuh Usman terlebih dahulu.

PEMERINTAHAN ALI

Kebanyakkan yang bermasalah dan menimbulkan pertanyaan adalah bukan di kalangan sahabat. Golongan sahabat tiada masalah. Malah mereka telah berjumpa Ali untuk menyatakan Bai’ah (janji taat) kepada Ali termasuk Zubair dan Talhah. Tetapi dalam masa sama mereka meminta Ali membunuh pembunuh Usman (Qisas) yang ada di kota Madinah ketika itu.

Ali berkata “Bagaimana aku hendak bertindak dengan kaum yang kita tidak kuasai? Tiada cara hendak cari pembunuh Usman kerana mereka ramai dan tiada saksi ketika pembunuhan di rumah Usman. Siapa yang tahu cara untuk mencari pembunuh Usman sila bagitau aku!“. Sahabat semua diam dan akhirnya mereka taat kepada Ali. Zubair dan Talhah telah keluar dari Madinah menuju Mekah selepas itu.

Satu perkara yang Ali lakukan dengan tergesa-gesa dalam keadaan gawat ialah beliau telah memecat semua gabenor-gabenor yang dilantik oleh Usman termasuk Muawiyah di Syam (Syiria). Ali berpendapat ia dapat meredakan kemarahan orang yang tidak suka kepada gabenor pemerintahan Usman sebelum ini. Tetapi hal ini semakin menimbulkan prasangka di kalangan sahabat yang lain. Malah seorang sahabat iaitu Al-Mughirah menasihati Ali supaya jangan memecat gabenor Usman ketika itu. Usman tidak pernah memecat gabenor yang dilantik oleh Umar sebelumnya. Ia akan menimbulkan fitnah. Tetapi Ali meneruskan hasratnya.

TENTERA AISYAH

Sebenarnya Aisyah telah mengumpulkan tentera di Mekah untuk membantu Usman menghadapi pemberontak di Madinah. Pada masa itu, Aisyah baru berumur 40 tahun dan masih cergas serta bersemangat. Ketika dalam perjalanan menuju ke Madinah lah Usman telah dibunuh. Ketika itu para sahabat mempunyai beberapa cadangan kepada Aisyah. Pertama, pergi ke Syam untuk bertemu Muawiyah untuk sama-sama menyerang Madinah (ditolak). Terus menyerang Madinah (ditolak) dan pergi ke Basrah untuk mengumpulkan kekuatan sebelum ke Madinah untuk menghapuskan pemberontak (diterima).

Apabila Ali mendengar berita Aisyah mengumpulkan tentera menuju ke Madinah, beliau juga mengumpulkan pasukan untuk melihat apa yang berlaku dengan tujuan untuk mendamaikan Aisyah. Malangnya kebanyakkan tentera yang mengikut Ali adalah dikalangan pemberontak. Ramai sahabat tidak mahu serta dalam rombongan tersebut. Abu Musa dan Hassan bin Ali telah menasihati Ali supaya jangan keluar kerana ia lebih membawa keburukan. Tetapi ijtihad Ali adalah untuk membawa keamanan.

Jadi kita dapat lihat di sini kedua-dua Ali dan Aisyah bukan berniat berperang seperti yang diceritakan oleh buku-buku Syiah. Dalam buku mereka (termasuk buku teks kat Malaysia), Aisyah datang bersama tentera untuk berperang dengan Ali untuk menuntuk bela kematian Usman. Syiah menghukum Aisyah dan sahabat yang menyertai Aisyah seperti Zubair dan Talhah adalah kafir.

PEPERANGAN JAMAL

Setelah Aisyah sampai di Basrah, tentera Ali pun ke sana dan mereka berjumpa untuk berbincang. Aisyah, Zubair dan Talhah menyuruh Ali mencari pembunuh Usman. Tetapi Ali dengan tegas menjelaskan dalam keadaan sekarang ia adalah mustahil. Aisyah memberitahu tenteranya mereka tersilap dalam hal ini. Mereka sepatutnya berbai’ah (taat) kepada Ali. Mereka berjanji akan selesaikan salah faham dan sama-sama bergabung untuk cari pemberontak tersebut.

Pada malam itu, pemberontak yang rasa terancam dengan perdamaian tersebut merancang sesuatu. Jumlah mereka dalam tentera Ali ketika itu dikatakan mencecah 1,000 orang. Tanpa disangka mereka menyerang tentera Aisyah yang sedang tidur. Tentera Aisyah menyangka pasukan Ali telah khianat dan mula menyerang balas tentera Ali tersebut.

Apabila tentera Ali nampak tentera Aisyah menyerang mereka, mereka menjerit “Tentera Aisyah menipu! mereka menyerang kita ketika waktu malam!” Lalu terjadilah peperangan pertama yang melibatkan sesama orang Islam. Peperangan ini dinamakan peperangan Jamal(unta) kerana Aisyah menunggang unta ketika berperang.

Dalam peperangan ini unta yang dinaiki Aisyah telah dibunuh dan Aisyah terjatuh dari unta tersebut. Zubair bin Awwam dan Abi Talhah (sahabat yang dijamin syurga) juga telah dibunuh oleh tentera Ali. Ramai dikalangan umat Islam terbunuh dalam peperangan ini. Namun tiada pihak yang menang dalam peperangan ini.

Peristiwa ini ada dijelaskan dengan khusus oleh ramai ulama’ seperti Ibnu Taimiyyah, Abu Bakr bin Al-‘Arabiy, Imam Adz-Dzahabi dan ramai lagi yang bersetuju ijtihaj Aisyah ketika itu adalah berniat kebaikan. Tetapi berlaku sebaliknya dan Aisyah sangat menyesal dengan perkara tersebut.

SELEPAS PEPERANGAN JAMAL

Ali sangat berdukacita dengan peperangan ini. Ketika beliau nampak Abi Talhah mati, beliau telah turun dari kuda mengangkat mayat Abi Talhah dan menangis sambil berkata “Semoga Allah merahmatimu Aba Muhammad, sesungguhnya aku berasa amat sedih melihat engkau dibunuh di bawah bintang di langit. Kalaulah aku mati dahulu hingga aku tak lihat peristiwa ini“.

Tentera Ali juga membawa pedang Zubair bin Awwam yang dibunuh Amr ibn Jarmouz dengan gembira dan menyatakan mereka berjaya membunuh Zubair. Lalu Ali berkata mereka akan diberikan neraka kerana Ali mendengar Rasulullah berkata dlm hadisnya yang menyatakan, berikan neraka kepada pembunuh Zubair. Zubair ini adalah penolong nabi. Rasulullah pernah berkata “Setiap nabi mempunyai seorang penolong, Zubair ini adalah penolongku“. Ali telah sembahyangkan mayat dari kedua-dua tentera.

Dengan peperangan ini, semangat membantah kepada Ali semakin tinggi terutamanya Muawiyah bin Abu Sufiyan. Muawiyah berpendapat Ali sepatutnya melakukan Qisas dan mencari pembunuh Usman bila mula memerintah. Walaupun telah dipecat oleh Ali sebagai gabenor tetapi seluruh negara Syam masih lagi taat kepada Muawiyah.Beliau takkan berbai’ah kepada Ali sehingga pembunuh Usman dibunuh. Inilah yang menyebabkan berlaku peperangan Siffin yang akan aku ceritakan selepas ini.

KESIMPULAN PEPERANGAN JAMAL

Ramai ulama’ Ahli Sunnah berpendapat Saidina Ali dan Aisyah berperang dengan tidak sengaja kerana mengikut ijtihad masing-masing. Perang ini berlaku diluar pengetahuan mereka. Aisyah ke Basrah bukan untuk berperang. Aisyah berijtihad (berpendapat) keluarnya beliau dari Mekah itu membawa kebaikan kepada umat Islam. Namun sebaliknya yang berlaku.

Pendapat Syiah menyatakan Aisyah telah kumpulkan tentera untuk menyerang Ali sebagai khalifah yang sah di Madinah. Sedihnya inilah yang diajar kepada kita melalui buku di sekolah dan maklumat inilah yang ditulis di Wikipedia oleh orang-orang Syiah. Wallahua’lam

Nota kaki : Selamat bercuti kepada semua guru-guru di Malaysia :)

Nota kaki 2 : Cerita ini boleh didapati dalam tesis dan buku ‘Pertelingkahan Para Sahabat Nabi s.a.w: Antara Ketulenan Fakta Dengan Pembohongan Sejarah ‘ oleh Dr Asri dan seperti tafsiran buku-buku arab yang diceritakan oleh guru-guru aku.

Wassalam.

Mohd Faisal bin Hj Mohd Rahim aka Acaii
Photographer
Email : faisalhjrahim@yahoo.co.uk
Blog : http://www..faisalrahim.com/blog
Facebook : http://www.facebook.com/acaiijawephotography
Twitter : http://www.twitter.com/acaiijawe

Thanks for Comments
ameer iskandar says:

terima kasih lama saya cari yang macam ni akhirnya jumpa jugak alhamdulillah

hakim says:

Asslm…sykran..prkgsian yg mnfaat…sy trcari2 alhmdulillah jmpa blog akhi..moga blh brkgsi jg mngenai perg siffin…..sgt ingin tahu..

Acaii Jawe says:

Hakim, insyaallah akan di sambung bulan Ramadan nanti kim :)

Ct Nurbayya says:

Terima Kasih kerana membuka mata & hati kami kepada kebenaran. Syok baca cerita ke-Islaman begini bila mahu mula kerja…

Acaii Jawe says:

Ct Nurbayya – Salam kak, lama tak nampak kat sini dan bertanya khabar :) Hope akk sekeluarga sihat2 hendaknya. Insyaallah mana yang beri manfaat boleh dikongsi kak ye. Terima kasih.

Wak_Joyosintono says:

Terima kasih atas ilmu. Semoga ia dapat mengeruhkan segala salah faham yg ditimbulkan oleh ahli fitnah..

salam pagi kang.
kalau nak dgr org cerita memang berputar belit. atau xpaham mcm mane boleh MULA peperangan ni. bila dah bace sendiri yg senang paham. rasanya patut share kisah penting ni untuk tatapan umat islam sendiri. ^^ thx kang.

Acaii Jawe says:

Taqo – Insyaallah, cerita camni sebenarnya kita tahu sekali dan boleh cerita sampai bila2 kepada orang lain. Untuk kebaikan kita juga ahlil sunnah wal jamaah.

wak joyosintono – Terima kasih rin. Insyaallah, amin:)

ouh. ini yg sebenar benar kisah nya kang? faham dah. terima kasih untuk perkongsiannya kang.

Acaii Jawe says:

taqo – Salam kang, mugo waras2 yo :) Insyaallah mana yang baik boleh ambil manfaat. Nak elakkan salah faham dengan cerita2 versi syiah :)