Bismillahirrahmanirrahim

Hari ni aku nak cerita tentang pertelingkahan para sahabat selepas kewafatan Rasulullah s.a.w. Memandangkan kisah ni panjang, aku bahagi beberapa bahagian untuk Perang Jamal dan Perang Siffin. Aku mula dengan peperangan Jamal antara Khalifah Ali dengan Saidatina Aisyah, isteri Rasulullah. Peperangan ini disertai oleh beberapa sahabat Rasulullah yang dijamin masuk syurga dan mereka mati dibunuh orang Islam sendiri. Bagaimana kedudukan mereka di sisi agama?

Tujuan aku buat begini kerana aku dapati masih ramai yang tidak tahu serta keliru dan hampir semua buku teks sejarah Islam masa sekolah dulu dicemari dengan fahaman Syiah yang membuatkan kita rasa benci dengan ramai sahabat Rasulullah termasuk aku dahulu. Aku rasa sebagai Ahli Sunnah Wal Jamaah, kita kena mengetahui kedudukan sebenar perkara ini serta pandangan ulama’ sunnah mengenainya. Aku cuba terangkan dalam bahasa paling mudah dan ringkas.

KEMATIAN UMAR AL-KHATTAB

Umar Al-Khattab mati dibunuh ketika sedang solat subuh oleh seorang Majusi (penyembah api) bernama Luluah al-Farisi. Berbeza ketika Khalifah Abu Bakar meninggal dunia, beliau hanya menamakan Umar sebagai penggantinya yang layak sebagai khalifah. Tetapi Umar Al-Khattab telah menamakan 6 orang pengganti jika beliau mati.

Antaranya Abu Ubaidah Al Jarrah, Ali bin Abi Talib, Abdul Rahman bin Auf dan Usman bin Affan. Sebenarnya pilihan pertama Umar adalah Abu Ubaidah Al-Jarrah tetapi beliau telah meninggal dunia ketika itu akibat penyakit taun. Sahabat lain yang dicadangkan menolak dan hanya tinggal Ali, Abdul Rahman dan Usman sahaja.

Abdul Rahman bin Auf juga menarik diri tetapi beliau menawarkan diri untuk menjadi orang tengah. Beliau akan membuat bancian di kalangan penduduk Madinah sama ada mahu Ali bin Abi Talib ataupun Usman bin Affan sebagai khalifah. Setelah membuat bancian beliau telah berjumpa dengan keduanya dan mereka redha dengan apa juga keputusan Abdulrahman.

Lalu Abdulrahman mengangkat tangan Usman dan menyatakan orang Madinah lebih ramai memilih beliau. Perkara ini menjadi titik tolak perpecahan umat Islam ketika itu kerana pihak yang menyokong Ali mendakwa Abdulrahman tidak berlaku adil kerana beliau mempunyai hubungan persaudaraan dengan Usman (sepupu).

PEMERINTAHAN USMAN BIN AFFAN

Personaliti Khalifah Usman adalah sangat berbeza dengan Khalifah Umar. Umar adalah seorang yang tegas dalam pemerintahan hingga empayar Islam semakin luas di zamannya. Manakalah Usman adalah seorang yang lemah lembut dan lebih banyak bersabar. Ketika Usman memegang jawatan khalifah umurnya hampir 80 tahun.

6 tahun pertama pemerintahannya Madinah dalam keadaan aman. 6 tahun selepas itulah dikatakan pemberontakan semakin banyak dalam negara Islam. Abdullah Ibn Saba’ merupakan seorang yahudi dari Son’a yang memeluk Islam telah bergerak ke satu negeri ke negeri lain menyebarkan fitnah kepada Usman di kawasan jajahan takluk Islam seperti Kufah, Basra dan Mesir.

Beliau mendakwa Usman telah salah guna kuasa dengan memberi kekayaan kepada keluarganya dan saudara maranya, merampas tanah orang miskin, gabenor2 Usman yang dilantik adalah zalim dan sebagainya. Walaupun Usman telah menghantar surat menjelaskan perkara sebenar kepada jajahan pemerintahan Islam setelah berita itu tersebar tetapi ia tidak meredakan fitnah tersebut.

Abdullah Ibn Saba’ telah mengumpulkan pemberontak dari negeri Kufah, Basrah dan Mesir datang ke Madinah untuk berdialog dengan Usman. Usman menjawab semua pertanyaan mereka hingga mereka tidak mampu memberikan hujah lain. Menjawab pertanyaan beliau menyeleweng harta negara, Usman memberitahu kini beliau hanya mempunyai 2 ekor kuda untuk menunaikan haji ke Mekah sedangkan sebelumnya beliau seorang yang kaya raya. Para sahabat di Madinah ketika itu mencadangkan supaya Usman menahan pemberontak ini dari keluar dari Madinah. Kalau di zaman Umar mereka ini pasti kena hukum. Tetapi Usman berlembut dan memaafkan mereka.

PEMBUNUHAN USMAN (FITNAH BESAR UMAT ISLAM)

Tindakan Usman memaafkan mereka menyebabkan pemberontak ini semakin berani. Mereka membuat surat palsu dari Ali (kepada penduduk Mesir), Zubir Awwam (kepada penduduk Kufah) dan Abi Talhah (kepada penduduk Basra) untuk memujuk mereka menyerang Madinah kecuali Syam. Mereka menggunakan ketiga-tiga mereka kerana mereka sahabat nabi yg dijamin syurga dan dihormati. Syam (Syiria) tidak dipengaruhi oleh pemberontak ini kerana diperintah oleh Muawiyah yang merupakan saudara kepada Usman. Muawiyah seorang yang tegas dan beliau dilantik oleh Khalifah Umar sebelum ini.

Akhirnya mereka datang dari pelbagai penjuru Madinah ketika musim haji. Mereka memilih musim haji kerana ramai sahabat nabi akan pergi menunaikan haji ke Mekah. Pemberontak ini mengepung rumah Usman. Terdapat beberapa sahabat yang cuba menolong Usman termasuk Abu Hurairah, Hisam yang dihantar Ali dan beberapa orang lain. Tetapi Usman menyuruh mereka pulang dan tidak perlukan perlindungan.

Sebenarnya Usman dah merasakan beliau akan dibunuh pada hari tersebut. Ia ada disebutkan dalam hadis Rasulullah tentang pergolakan yang akan berlaku ketika pemerintahan Usman. Malah beliau bermimpi bertemu Rasulullah dan berbuka dengan baginda pada malam itu. Beliau mengenakan seluar iaitu pakaian yang berbeza daripada pakaian arab lain pada ketika itu. Beliau khuatir auratnya akan tersingkap jika beliau mati nanti.

Pada ketika itu Usman telah berusia 90 tahun. Beliau berpuasa pada hari tersebut. Ketika pemberontak menyerbu masuk ke rumahnya, beliau sedang membaca masyhaf Al-Quran. Pemberontak tersebut menghentak kepala Usman dengan besi hingga darahnya terkena masyhaf Al-Quran tersebut. Masyhaf tersebut masih boleh dilihat pada masa ini. Pemberontak kemudiannya memotong jari tangan isteri Usman iaitu Nailah.

Maka terjadilah fitnah terbesar dalam dunia Islam ketika itu iaitu pembunuhan seorang khalifah Islam yang menyebabkan perpecahan yang lebih besar dari sebelum ni. Selama 5 hari selepas itu umat Islam tiada pemimpin. Pemberontak yang membunuh Usman masih berada dalam Madinah. Jumlahnya kira-kira 2000-3000 orang.

Dalam bahagian 2 nanti, aku ceritakan pula bagaimana Ali menjadi khalifah selepas itu. Kenapa kumpulan pimpinan Saidatina Aisyah bersama Abi Talhah dan Zubair bin Awwam yang semuanya dijamin syurga keluar dari Mekah menuju ke Madinah selepas mendengar pemberontak mengepung rumah Usman. Adakah mereka mahu berperang dengan Ali yg dilantik selepas itu? Cerita inilah yang diputar belit oleh orang-orang Syiah yang banyak ada dalam buku teks sejarah Islam. Tunggu sambungannya.

Nota kaki : Cerita ini boleh didapati dalam tesis dan buku ‘Pertelingkahan Para Sahabat Nabi s.a.w: Antara Ketulenan Fakta Dengan Pembohongan Sejarah ‘ oleh Dr Asri dan buku-buku arab yang diceritakan oleh guru-guru aku.

Nota kaki 2 : Klik ni untuk baca bahagian kedua : Perang Jamal Part 2

Wassalam.

Mohd Faisal bin Hj Mohd Rahim aka Acaii
Photographer
Email : faisalhjrahim@yahoo.co.uk
Blog : http://www..faisalrahim.com/blog
Facebook : http://www.facebook.com/acaiijawephotography
Twitter : http://www.twitter.com/acaiijawe

Thanks for Comments
Rahim says:

Sedih mengenangkan perbalahan umat islam, sebenarnya adu domba umat islam berlaku sehingga kini. Kalau dilihat sejarah islam , tidak ada seorang khalifah atau pemimpin islam Yg tidak ditentang oleh org islam sendiri, mereka Yg menentang merasakan mereka lebih islam dari Yg lain walaupun khalifah – khalifah ini telah berjihad meluaskan negara islam dan banyak berjasa kepada dunia islam. Wallahualam.

serre says:

Ini petikan dari kitab Al-Bidayah Wan Nihayah:

Kata2 Abdur Rahman Bin Auf sebelum berbaiat dgn Usthman:
“Wahai sekalian manusia! Aku telah menanyakan keinginan kalian baik secara peribadu mahupun di depan umum, namun aku tidak dapati seorang pun yang condong kepada salah seorang dari mereka berdua baik Ali maupun Uthman..”

Penduduk Madinah tidak memilih Uthman mahupun Ali. Tetapi Ali menolak untuk dilantik khalifah apabila ditanya Abdur Rahman Auf selepas itu. Maka Uthman terpaksa mengalah dan menerima perlantikan sebagai khalifah.

iza azwati says:

alamak,tgh syok2 baca sambung plak..cepat ye tuan tanah.:)

Acaii Jawe says:

Iza azwati – Salam kak iza :) Terima kasih kak sudi singgah sini. Dah lama tak dengar khabar. Hope sihat2 hendaknya ye:) Kena curi masa nak taip cerita ni lagi kak,hehe.

Wak_Joyosintono says:

Salam ustaz Acaii,

Ilmu sejarah yang ramai xtahu dan ramai yg salah erti bagi yg tlh mengetahuinya. Teruskan usaha murni ni ustaz..

p/s: Part2 kasi naik cepat2 yer.

Acaii Jawe says:

Wak Joyosintono – Wslm Nazreen :) Insyaallah nanti aku karang lagi,hehe. Ko kena bagi semangat ni nazreen :)

Kerul Shukor says:

fitnah zaman sekarang pun semakin berleluasa..makin merebak dan parah..semoga kita semua dijauhkan dari fitnah2 , amin.

Acaii Jawe says:

Kerul Shukor- Salam kerul, betul tu kerul. Fitnah ni memang buruk padahnya. Ia memang sampai beratus tahun dan terus pecahkan kita. Mudah2an kita dijauhkan dari fitnah tersebut.

wahh. dah lama xlayan kisah mcm ni tapi, dalam ‘versi senang faham.’ thx kang. ^^ tunggu lagi sambungannya.

Acaii Jawe says:

taqo – Salam kang, insyaallah mudah2an kita semua dapat manfaat dalam perkara ni. Mohon sebar2kan kepada sahabat yang mana yang beri manfaat.

Rudy says:

Artikel yang bagus kang. Suka & tak sabar tunggu next entry!

Acaii Jawe says:

Rudy – Salam kakang, insyaallah hari isnin nanti aku update lagi. Aku tak sempat tulis panjang2 tadi,hehe.