Bismillahirrahmanirrahim

zazateaser

Teaser wedding Zaza & Zaidi



Cinta sederhana adalah rasa cinta kepada manusia yang seharusnya ada dalam diri kita semua. Maksud cinta sederhana ialah cinta yang mampu menerima segala kekurangan pasangan kita sepertimana kita terima kelebihan yang ada pada mereka. Cinta tersebut perlu disedari dan difahami bahawa ia hanya datang dengan izin Allah dan boleh ditarik bila-bila masa sahaja.

Cinta sejati biasanya tidak ditunjukkan secara berlebih-lebihan. Ia tidak mempunyai matlamat jangka pendek yang perlu tergesa-gesa untuk membuktikan dan menyerahkan segala-galanya. Ia masih perlu berada dalam landasan yang tidak bertentangan dengan norma masyarakat dan agama. Dinikmati dengan sepenuhnya dengan berlandaskan rasa ikhlas dan jiwa yang suci.

Cinta yang dimulai dengan baik atas landasan dan niat yang betul tiada mempunyai titik akhir. Biasanya hanya kematian yang mampu memisahkan keindahan sebuah cinta. Tetapi cinta sejati boleh sahaja berlanjutan sehingga selepas kematian. Iaitu bila Allah memberikan kesempatan untuk melanjutkan cinta itu di akhirat nanti. Itulah matlamat kita dalam bercinta dengan pasangan kita. Wallahua’lam.




Nota kaki : Rasa excited nak shoot seorang sahabat di Pahang minggu ni :) Nak makan ikan patin tempoyak, hehe.


Wassalam.


Mohd Faisal bin Hj Mohd Rahim aka Acaii
Photographer
Email : faisalhjrahim@yahoo.co.uk
Blog : http://www..faisalrahim.com/blog
Facebook : http://www.facebook.com/acaiijawephotography

Thanks for Comments

suka belog acaii sebab boleh dengo lagu :)

Reen – Thanks reen :) nak lagu apa reen?hehe

jimi says:

hehe..awal bulan 4 ek..ok je..nanti aku roger k.. ;)

hana – salam hana, hehe. Insyaallah hana. Tapi ada lagi 2 entry kena upload sebelum majlis sarah tu,hehe

jimi – salam jimi, orait :) jimi. Nanti aku reply text ko,hehe.

hana says:

nnt update pic kawen dr sarah banyak2 ek..sangat x sabaq nk tgk dia atas pelamin :)

din says:

Salam cai – wah.. cam ne la agknye karya acai dlm bahasa jawe pulak. bila nak buat entri jawe cai? hehee..
~waa.. mase laynan kahwin baru aku perasan dia ada invite aku kat fb. xperasan. nak pegi lak mase tu ade kije. selamat pengantin baru dan selamat berbahagaia dunia dan akhirat laynan. *oh, di manakah kau cinta??

din – salam takziah din, aku tahu ko mesti masih bersedih. Itulah Wenger takde taktik lain nak apply kat team Arsenal tu :) Dia memang nak ajak ramai orang tapi tak tau camne nak invite. Kalau jumpa ko mesti dia jemput ko sekali. Dahlah kita satu team bola sebelum ni,hehe

joelaily says:

terbaik lah dr otai saya yg dok jauh disana..

tak sabo nak tgu gambo² yg cantik dari mu..

joelaily – salam sifuuu, alaa saya nak menuntut lagi ngan sifuu ni :) tunggu nanti gambar sy yang tak seberapa ye.

Amor Mie says:

akak rasa paper BM ms SPM ko dl dpt 1 yer? :)

Amor Mie – salam kak, hahhahaha. Dalam SPM mana da buat karangan camni,kekeke.

jimi says:

salam faisal,

ayat jiwang tu..tp memg bagus..hehe..

singgah sini jap..nak timba ilmu..gambar ape2 yg faisal ambik semua terbaik..look professional..

jimi – salam jimi, hehehe. Alaa ko mesti lagi terer buat ayat kan jimi,hehe. Jimi, kata nak join amik gambar,hehe. Awal bulan 4 free? jom kat KL :)

ejal says:

salam kang…
ko punya penulisan mmg dah mcm karyawan merangkap penulis novel a.k.a org seni la..terbaek bro..hehehe..pahang kat mana weh?temerloh ker..aku nk blk pahang gak..tp chini la..

ejal – salam jal, hahahahah siot jelah ko jal. Aku tinggal nak buat entry dalam bahasa jawe je plak nanti,heheh :) Weh dah dekat tu. Aku kat temerloh je,hehe. 30 minit sampai? Aku hari sabtu ngan ahad :)

azieazah says:

Salam Dinda ESAL.

Bersederhana adalah yang paling dalam apa juga perbuatan. Kita manusia biasa yang banyak kelemahan dan kekurangan..

Andai bertemu di “sana” tentu boleh bercinta puas-puas, kan? :)

Kak Azieazah – Salam kak zie yang dihormati, terima kasih kak sudi singgah dan tinggalkan nasihat :) betul tu kak, kita manusia memang banyak kelemahan dan kekurangan yang kadangkala kita sengaja buat2 tak sedar. Dalam masa sama harapkan pasangan kita perfect. Moga akk sekeluarga sihat2 hendaknya ye :)

SisHoney says:

salam wahai sahabat…

rasa mcm dah lama sangat menitikkan komen disini.kekadang leka dgn urusan duniawi.hehehe.cai.sis suka entri ni.sedih je rasa almaklumlah insan2 ni baru putus chenta.ecehhh.hurm cai.sis pun xsabar nak tunggu entry majlis sahabat cai tu.sbb dia pun sahabat sis gak.cuma sis xberkesempatan nak hadir…huwaaaaa!!!

Sis honey – salam sis :) hehe, sis bizi ke sebab manutd kalah sis?kekekke :) alaaa sis, semua yang berlaku mesti ada hikmah yang kita tak tahu dan kita tak sedar. Kena percaya dan yakin dengan Allah :) Laa ingat boleh jumpa sis kat temerloh sana,hehe. Tunggu gambar sahabat kita kat atas pelamin ye,hehe

zazazaidi says:

wahh.. x sabar rasanyer nk tgk full entry teaser ni acaii..
entry yg mnarik jgk.. thanks acaii

zaza – Waaaa pengantin,hehe. Dah masuk kerja ke za? Apapun tahniah sekali lagi untuk korang ye. Tunggu full entry majlis ni tak lama lagi :)

Masy says:

dalam Islam pun memang kita digalakkan bersederhana.. :)

N – Salam N, hehehe. Ni namanya sambil berjalan2 :) lagipun cuti sekolah masa tu,hehe

Kak Masy – Salam kak, yup, betul tu. dalam semua perkara kita digalakkan bersederhana :)

~N~ says:

waa…..jauhnye shoot…
xsbr nk tgk lg gmbr2 yg chanteek:)

cot says:

tacing plk bace entry ko ni caii…
hehehe…
selamat ke pahang mggu ni…
pasal kt selayang tu nnt aku roger ko..
hehe

cot – salam cot, morning :) bestnya chelsea menang hari ni,kekeke. Orait, semoga selamat cot. Papehal bagitau aku cot,hehe.