Bismillahirrahmanirrahim



Aku nak kongsi satu tazkirah yang aku dengar kat masjid semalam iaitu tentang berkongsi ilmu. Kenapa? kerana semua ilmu yang kita ada sekarang tidak pernah jadi milik mutlak kita. Semuanya milik Allah. Allah hanya pinjamkan kepada kita ilmu tersebut seperti nikmat-nikmat Allah yang lain. Sebenarnya dengan memberi tidak pernah mengurangkan apa yang ada pada diri kita, malah menyuntik subur berkat dan kemajuan dalam diri. Wallahua’lam.

Kali ni aku nak update majlis perkahwinan Ica & Akmal. Majlis pernikahan diadakan di Berek Polis Jalan Pudu, Kuala Lumpur. Pertama kali aku sampai sini :) Ica antara client aku yang tempah awal untuk majlis beliau ni. Jadi kesimpulannya kalau nak guna khidmat aku memang kena tempah awal, haha.

Layan sikit sekitar majlis pernikahan diaorang ni.



Majlis persandingan pasangan ni diadakan di Dewan Tan Sri Mahfoz Khalid, JKR. Pertama kali juga aku sampai sini. Aku suka baju wedding Ica :) Baju tu dijahit sendiri oleh kakak Ica dan dipasang manik oleh Ica sendiri. Hasilnya sangat cantik. Serius!! Aku dengar dia nak sewakan kepada sesiapa yang berminat, hehe. Bolehlah hubungi dia ye untuk urusan tersebut :P

Majlis berlangsung dengan meriah. Rasanya gambar2 yang aku post kat sini sedikit sebanyak memberikan gambaran tentang majlis beliau tersebut. Kalau korang follow blog aku ni mesti korang sedar yang aku suka kekalkan warna-warna neutral. Sebab aku sendiri bukan peminat gambar editing yang keterlaluan. Layan sekitar majlis persandingan diaorang ni.


Sesi outdoor kitorang buat dekat Tugu Negara. Seumur hidup aku baru pertama kali jejak kaki kat sini, haha. Terima kasih kepada semua sahabat-sahabat Ica yang turut sama dalam sesi outdoor tersebut. Korang memang best :)

Terima kasih kepada sahabat baik aku Saipi yang menolong aku dalam majlis ni. Terima kasih juga kepada semua ahli keluarga Ica yang memberikan kerjasama baik sepanjang majlis berlangsung. Untuk Ica & Akmal, didoakan semoga Allah merahmati dan melimpahi rahmat kepada korang berdua selama-lamanya, Amin.


Nota kaki : Aku bizi di tempat kerja sekarang. Aku akan reply mail bila keadaan lapang sikit nanti. Terima kasih semua!!


Wassalam.


Mohd Faisal bin Hj Mohd Rahim aka Acaii
Photographer
Email : faisalhjrahim@yahoo.co.uk
Blog : http://www.faisalrahim.com/blog
Facebook : http://www.facebook.com/acaiijawephotography

Thanks for Comments
sue says:

salam acai.
saya nak tanye contact number ica boley? kamu kata die mahu menyewakan baju sanding nya :)

Salam sue, hehe. aritu dia memang ada cakap nak sewa :) nanti saya tanya dia semula dan maklumkan semula kat sue ye :) Thanks sue.

sil says:

suka gila gambar2 masa akad nikah tu =) nampak suci je.

aishh angger kena tempah awal2 kepiye to. kawennya tak tau lagi kapan. hihi. kena reserve harge lame utk org2 kampung ni. ehh silap, org sblh2 kampung =)

Terima kasih sil :) hahaha, angger wes entok tarikh ne cepat2lah bagitau ye sil :)

zam says:

Salam,perkongsian berguna saling ingat dan mengingati antara ilmu dunia dan akhirat, makin byk gambar detail hang yg umpphhh..:)

Salam zam :) terima kasih zam.

Faiz Faiza says:

Salam Acai

Sekarang musim hujan. Jadi sy nak kongsi tentang doa ketika hujan. Elok sangat la kita semua amalkan, terutama tpt teman2 yg banjir (kg sy xbnjir. Alhamdulillah)

Doa ni pun sy dpt drpd seorg adik.

Ketika hujan turun dengan lebat, disunatkan berdoa:

اللهم حوالينا ولا علينا, اللهم على الآكام والظراب وبطون الأودية ومنابت الشجر

“Ya Allah, (turunkan hujan) di sekitar kami dan bukan ke atas kami (agar kami tidak binasa), ya Allah halakanlah ia ke pergunungan, ke kawasan perbatuan, ke lembah yg luas dan ke tempat tumbuhnya pokok-pokok…..” (Riwayat Bukhari dan Muslim)

Indahnya Islam mengajar kita bukan minta Allah hentikan hujan. Tapi halakan ke tempat lain utk tujuan menyuburkan. Wallahua’lam.

p/s: gambar dekat dinding tu WOW! SubhanALLAH.

p/ss: berjaya jgk akhirnya tinggal jejak kt sini. Moga rezeki SisHoney & Acai bertambah berkat ^____^

Salah Faiza,

Syukran Jazilan atas perkongsian yang sangat berguna tersebut. Semoga kita semua yang baca kat sini mendapat manfaat dan dapat diamalkan untuk kebaikan kita semua. Semoga awakpun diluaskan lagi rezeki yang halal serta berkat lagi insyaallah,amin.

SisHoney says:

salam sahabat..

untuk komen pasal photo.apa lagi yg boleh dikomen sbb semuanya terbaik :-).tapi sis suka pembuka entri kali ni.sharing is caring.dengan berkongsi ilmu dan rejeki kita insyaAllah akan berlipa kali ganda kan cai

SisHoney – Salam sis :) betul tu sis. Kekadang kalau ada ilmu ada yang rasa kedekut nak berkongsi dengan orang lain. Tak kisahlah ilmu agama ke, ilmu dlm bidang makenik ke, IT ke dsb :) Padahal semua tu pun kita dapat dari orang lain yang berkongsi juga :)