Wedding Ica & Akmal

Bismillahirrahmanirrahim



Aku nak kongsi satu tazkirah yang aku dengar kat masjid semalam iaitu tentang berkongsi ilmu. Kenapa? kerana semua ilmu yang kita ada sekarang tidak pernah jadi milik mutlak kita. Semuanya milik Allah. Allah hanya pinjamkan kepada kita ilmu tersebut seperti nikmat-nikmat Allah yang lain. Sebenarnya dengan memberi tidak pernah mengurangkan apa yang ada pada diri kita, malah menyuntik subur berkat dan kemajuan dalam diri. Wallahua’lam.

Kali ni aku nak update majlis perkahwinan Ica & Akmal. Majlis pernikahan diadakan di Berek Polis Jalan Pudu, Kuala Lumpur. Pertama kali aku sampai sini :) Ica antara client aku yang tempah awal untuk majlis beliau ni. Jadi kesimpulannya kalau nak guna khidmat aku memang kena tempah awal, haha.

Layan sikit sekitar majlis pernikahan diaorang ni.



Majlis persandingan pasangan ni diadakan di Dewan Tan Sri Mahfoz Khalid, JKR. Pertama kali juga aku sampai sini. Aku suka baju wedding Ica :) Baju tu dijahit sendiri oleh kakak Ica dan dipasang manik oleh Ica sendiri. Hasilnya sangat cantik. Serius!! Aku dengar dia nak sewakan kepada sesiapa yang berminat, hehe. Bolehlah hubungi dia ye untuk urusan tersebut :P

Majlis berlangsung dengan meriah. Rasanya gambar2 yang aku post kat sini sedikit sebanyak memberikan gambaran tentang majlis beliau tersebut. Kalau korang follow blog aku ni mesti korang sedar yang aku suka kekalkan warna-warna neutral. Sebab aku sendiri bukan peminat gambar editing yang keterlaluan. Layan sekitar majlis persandingan diaorang ni.


Sesi outdoor kitorang buat dekat Tugu Negara. Seumur hidup aku baru pertama kali jejak kaki kat sini, haha. Terima kasih kepada semua sahabat-sahabat Ica yang turut sama dalam sesi outdoor tersebut. Korang memang best :)

Terima kasih kepada sahabat baik aku Saipi yang menolong aku dalam majlis ni. Terima kasih juga kepada semua ahli keluarga Ica yang memberikan kerjasama baik sepanjang majlis berlangsung. Untuk Ica & Akmal, didoakan semoga Allah merahmati dan melimpahi rahmat kepada korang berdua selama-lamanya, Amin.


Nota kaki : Aku bizi di tempat kerja sekarang. Aku akan reply mail bila keadaan lapang sikit nanti. Terima kasih semua!!


Wassalam.


Mohd Faisal bin Hj Mohd Rahim aka Acaii
Photographer
Email : faisalhjrahim@yahoo.co.uk
Blog : http://www.faisalrahim.com/blog
Facebook : http://www.facebook.com/acaiijawephotography