Wedding Ain & Zaide,Kajang

Bismillahirrahmanirrahim



Alhamdulillah, urusan perpindahan ofis aku berjalan lancar. Semoga dengan perpindahan di tempat baru ni semangat kerja pun bertambah. Staff lebih produktif dan lebih ikhlas ketika menjalankan tugas. Sebenarnya kalau niat keluar bekerja tu betul insyaallah rezeki yang kita perolehi juga berkat untuk diri dan keluarga. Rezeki yang berkat juga buatkan hati kita lebih bersih, tenang dan jauh dari sifat2 yang tidak elok.

Kali ni aku nak update majlis perkahwinan Ain & Zaide yang diadakan di Kajang. Aku cover dari majlis nikah, sanding hingga majlis bertandang di rumah Zaide. Ain ni memang ceria orangnya, asyik gelak je. Zaide plak nampak agak serius kalau tak kenal, hehe. Tapi sebenarnya dua2 sangat peramah dan berikan kerjasama yang sangat baik sepanjang majlis.

Layan sikit sekitar majlis pernikahan diaorang ni.

ain4

ain5

ain6

ain7

ain8

ain9

ain10




Majlis persandingan diadakan pada keesokkan harinya. Satu yang menarik masa majlis diaorang ni ialah Zaide kena tahan nak masuk rumah sebab ada tol kat pintu. Sebab ramai saudara mara Ain datang dari Johor :) Pengantin2 lelaki kat Selangor semua memang pokai, mana bawak duit masa pakai baju pengantin. Raja maa :)

Pengapit pun 2×5 je tak bawak duit. Jadi benda2 tak terjangka tu memang boleh buat pengantin gelabahlah :) Tapi alhamdulillah semuanya berjalan lancar. Boleh jadi kenangan buat kedua mempelai.

ain11

ain12

ain13

ain14

ain15

ain16

ain35

ain17

ain18

ain19

ain20

ain21

ain22

ain23




Sesi outdoor kitorang buat kat dalam UPM. Tempat baru yang tak pernah aku shoot dan rasanya aku pun tak pernah nampak orang shoot outdoor kat sini lagi, hehe. Terima kasih kepada sahabat baik aku Khairul Hafiz a.k.a Cot yang tunjukkan tempat ni.

Sebenarnya pada sesi outdoor ni aku juga ditemani sahabat dan sifu aku Rashdi Amin (Peveyhack) dan Kamal Sufian. Terima kasih kepada korang berdua. Ada satu gambar aku ambil dari atas pokok. Pertama kali aku panjat camtu. Dahlah kalau jatuh masuk tasik. Nasib pokok tu kukuh nak tampung berat aku yang tak berapa nak ringan sangat ni. Panjat tak sampai 2 meter termengah-mengah mengalahkan orang berlari. Gemuk punya budak!!

Layan plak sesi outdoor tersebut.

ain24

ain25

ain26

ain27

ain28

ain29

ain30

ain31

ain32

ain33

ain34




Untuk akhirnya terima kasih kepada seluruh ahli keluarga Ain & Zaide atas kerjasama yang baik sepanjang majlis berlangsung. Terima kasih juga kepada sahabat aku Cot dan Halim Wahid yang bantu aku sepanjang majlis ini. Tahniah untuk korang berdua. Berdua tu maksud aku Ain & Zaide, bukan Cot & Halim. Nanti korang ingat diaorang gay plak. Mari kita semua doakan kesejahteraan dan kebahagian pasangan pengantin baru ini :) Tunggu majlis bertandang diaorang plak pasni.



Nota kaki : Mulai dari entry ni aku terpaksa guna flickr untuk upload gambar2 dalam blog ni. Dengan cara ni bandwidth blog aku dapat dikawal dengan lebih baik. Boleh aku upload lagu lagi pasni :)


Wassalam.


Mohd Faisal bin Hj Mohd Rahim aka Acaii
Photographer
Email : faisalhjrahim@yahoo.co.uk
Blog : http://www.faisalrahim.com/blog
Facebook : http://www.facebook.com/acaiijawephotography

Thanks for Comments

eh,cincin nye berseri..model believable,suka part yg derang pegang kerewang ke apa yg masuk lubang ngam2 muka pengantin tu..

utk acaii-betoi tu,halim kena ada…boleh try camera n lens mahal dia..output pun mantap bro..

utk halim- mmg bau kedai x hilang lg…kena hujan pun bau kedai ada lg…haha..

saipi – salam pi, bila nak follow lagi pi?hehe. ko daftarlah facebook pi kalau taknak bukak blog,hehe. at least boleh taruk gambar riko,hehe

Salam cai – waaa.. terbaik!! cam biase memang lawa belaka.
betula la cai.. bila ada lagu rasa lebih feel bace blog ko.
semoga ko sekeluarga sihat² belaka cai. amin.. :)

aku pun teringin sgt nak rasa kamera baru la..sampai terbawak2 dlm mimpi..mesti bingkai baru ni lagi luas..dgr2 info dari org jek,tp belum berpeluang ngk & rasa sendiri body yg ada bau kedai lagi tu..ekekekekekeke…

aku lagi sanggup kena tarik teliga daripada Nabi x mengaku umat..ekekeke..

thanks gak bagi aku follow ko..nape tak boleh nak shoot sama2 plak kang..ko dah x bagi aku follow ko lg ke lepas ni?? sedih ni..:(

Halim – hahahah, siot je lah ko halim :) mestilah aku suka ko ikut. Sesekali boleh merasa kamera mahal,hehe. Nak beli lum mampu lagi,kekeke

eh,pengantin dah masuk ek..tahniah skali lagi ain&zaide..terima kasih utk makanan+cendol+door gift..semoga berbahagia hingga ke syurga..:)

Halim – Hahahahaha, jangan ko lim. Kang ada orang tarik telinga ko baru tau,hehe :) terima kasih banyak lim follow pada hari kejadian. Gambar2 ko makin mantap, tak lama lagi mesti dah tak boleh nak shoot sama2 ngan ko,hehe

statement last tu mmg xleh blah kang..siap ko gosipkan aku dgn cot..lagi siot..kalo cot tu awek,aku boleh terima lagi…hahahaha..

siti – Salam siti, hehe terima kasih ti :) waaa, jangan risau, mesti ok punya nanti hilang jerawat,hihi :) flickt tu tpt sy simpan gambar je siti. tak payah tengok takpe sebab sama je :)

Halim Wahid – wakakakaka, siot je ko lim ek :)

ain – Waaaa pengantin dah sampai ni,hehe :) tahniah sekali lagi untuk ain dan Zaide. Semoga ikatan yang terbina berkekalan bahagia hingga ke syurga Allah,amin. Thanks ain ye.

acai,
as expected memang meletops! i loike.heh hari ni rase nk senyum all the day sbb dpt tgk gmbr cantek.=D

salam…pic memang besh gilerr..pic siti nnt jerawat kasi touchup ek..heheheee..flickr tu dah create ke lom?tak jumpe pungg…huhuhuuu

mmg dorg slowkan speed u aksess flickr…
aku rase laa…
hehehe
same²..
xdehallah…
kalu free aku folo je..
weh reply la mesej aku smlm..
hehehe

cot – oooo akupun rasa camtulah sebab mmg boleh buat camtu,hehe. erkk, ko ada msge ke? nanti aku cari balik dan reply,hahaha. thanks cot.

makin susah la aku nk tgk gmbr ko ni caii…
internet upm ni kalu bukak flickr mmg slow…
ni dh setegah jam xabis² lg load gmbr….
hehehee….
tp untuk kebaikan xpe…
blog ko ringan skitlah…
hehehe

*statement last tu xleh blah…wakakakkaa

cot – ooooo nape boleh slow cot kalau buka flickr? aku punya gambar ni tak besar sangat tapi aku dapat rasa memang agak slowlah masa bukak,huhu. Thanks cot follow aku pada hari kejadian ye,hehe.

Kerul the besday boy, hehe – Thanks kerul. Aah, dah ok ni,hehe. Tapi leceh betullah nak kena grap satu2 kat flickr. Dahlah aku selalu upload 30-40 keping sekaligus,huhu. Susah nak main kat code dia sebab dia auto generate,hehe