Wedding Ain & Zaide,Kajang

Bismillahirrahmanirrahim



Alhamdulillah, urusan perpindahan ofis aku berjalan lancar. Semoga dengan perpindahan di tempat baru ni semangat kerja pun bertambah. Staff lebih produktif dan lebih ikhlas ketika menjalankan tugas. Sebenarnya kalau niat keluar bekerja tu betul insyaallah rezeki yang kita perolehi juga berkat untuk diri dan keluarga. Rezeki yang berkat juga buatkan hati kita lebih bersih, tenang dan jauh dari sifat2 yang tidak elok.

Kali ni aku nak update majlis perkahwinan Ain & Zaide yang diadakan di Kajang. Aku cover dari majlis nikah, sanding hingga majlis bertandang di rumah Zaide. Ain ni memang ceria orangnya, asyik gelak je. Zaide plak nampak agak serius kalau tak kenal, hehe. Tapi sebenarnya dua2 sangat peramah dan berikan kerjasama yang sangat baik sepanjang majlis.

Layan sikit sekitar majlis pernikahan diaorang ni.

ain4

ain5

ain6

ain7

ain8

ain9

ain10




Majlis persandingan diadakan pada keesokkan harinya. Satu yang menarik masa majlis diaorang ni ialah Zaide kena tahan nak masuk rumah sebab ada tol kat pintu. Sebab ramai saudara mara Ain datang dari Johor :) Pengantin2 lelaki kat Selangor semua memang pokai, mana bawak duit masa pakai baju pengantin. Raja maa :)

Pengapit pun 2×5 je tak bawak duit. Jadi benda2 tak terjangka tu memang boleh buat pengantin gelabahlah :) Tapi alhamdulillah semuanya berjalan lancar. Boleh jadi kenangan buat kedua mempelai.

ain11

ain12

ain13

ain14

ain15

ain16

ain35

ain17

ain18

ain19

ain20

ain21

ain22

ain23




Sesi outdoor kitorang buat kat dalam UPM. Tempat baru yang tak pernah aku shoot dan rasanya aku pun tak pernah nampak orang shoot outdoor kat sini lagi, hehe. Terima kasih kepada sahabat baik aku Khairul Hafiz a.k.a Cot yang tunjukkan tempat ni.

Sebenarnya pada sesi outdoor ni aku juga ditemani sahabat dan sifu aku Rashdi Amin (Peveyhack) dan Kamal Sufian. Terima kasih kepada korang berdua. Ada satu gambar aku ambil dari atas pokok. Pertama kali aku panjat camtu. Dahlah kalau jatuh masuk tasik. Nasib pokok tu kukuh nak tampung berat aku yang tak berapa nak ringan sangat ni. Panjat tak sampai 2 meter termengah-mengah mengalahkan orang berlari. Gemuk punya budak!!

Layan plak sesi outdoor tersebut.

ain24

ain25

ain26

ain27

ain28

ain29

ain30

ain31

ain32

ain33

ain34




Untuk akhirnya terima kasih kepada seluruh ahli keluarga Ain & Zaide atas kerjasama yang baik sepanjang majlis berlangsung. Terima kasih juga kepada sahabat aku Cot dan Halim Wahid yang bantu aku sepanjang majlis ini. Tahniah untuk korang berdua. Berdua tu maksud aku Ain & Zaide, bukan Cot & Halim. Nanti korang ingat diaorang gay plak. Mari kita semua doakan kesejahteraan dan kebahagian pasangan pengantin baru ini :) Tunggu majlis bertandang diaorang plak pasni.



Nota kaki : Mulai dari entry ni aku terpaksa guna flickr untuk upload gambar2 dalam blog ni. Dengan cara ni bandwidth blog aku dapat dikawal dengan lebih baik. Boleh aku upload lagu lagi pasni :)


Wassalam.


Mohd Faisal bin Hj Mohd Rahim aka Acaii
Photographer
Email : faisalhjrahim@yahoo.co.uk
Blog : http://www.faisalrahim.com/blog
Facebook : http://www.facebook.com/acaiijawephotography

Outdoor Nury & Thaqib

Bismillahirrahmanirrahim



I never gone with the wind
Just let it flow
let it take me where it wants to go
’till you open the door there’s so much more
i’ve never seen it before
i was trying to fly
but i couldn’t find wings
but you came along and you changed everything

you lift my feet off the ground
you spin me around
you make me crazier crazier
feels like i’m falling
and i, i’m lost in your eyes
you make me crazier crazier crazier

i watched from a distance as you made life your own
every sky was your own kind of blue
and i wanted to know how that would feel
and you made it so real
you showed me something that i couldn’t see
you opened my eyes and you made me believe



Cinta selepas bernikah adalah satu cinta yang halal dan suci. Cinta dua insan biasa, yang berusaha menggabungkannya menjadi cinta luar biasa. Kita kena selalu sedar hidup kita ada hal lain yang mengaturkannya. Soal jodoh, soal mati, soal rezeki. Suratan tersebut telah terpahat sejak roh ditiup ke dalam rahim. Tidak ada seorang pun yang tahu bagaimana, berapa lama dan bila melainkan Allah. Tugas kita cuma berusaha terbaik dalam hidup kita. Wallahua’lam.



Nota kaki : Aku baru buka akaun di twitter. Sapa ada boleh follow @acaiijawe :)


Wassalam.


Mohd Faisal bin Hj Mohd Rahim aka Acaii
Photographer
Email : faisalhjrahim@yahoo.co.uk
Blog : http://blog.faisalrahim.com
Old Website : http://faisalrahim.fotopages.com