Tentang hidup

Bismillahirrahmanirrahim


Kadangkala tanpa kita sedar masa berlalu begitu pantas sekali. Ada kenangan 5-10 tahun dahulu yang masih segar dalam ingatan kita. Malah dari satu sudut ada ketikanya kita tidak sedar perubahan ketara fizikal ayah dan ibu kita sendiri walaupun selalu berjumpa mereka. Kalau dulu ayah dan ibu kita punyai kudrat yang kuat bekerja untuk menyara keluarga, menjaga makan minum kita, persekolahan kita dan sebagainya. Tetapi sekarang dah berbeza.

Teaser wedding Ica & Akmal, Kuala Lumpur



Aku percaya masih ramai yang ingat zaman sekolah rendah ketika pakaian kita masih dibasuh dan digosok oleh mak. Dihantar ke sekolah oleh ayah. Mereka kuat dan bersemangat!! Tapi sekarang semua tu dah berlalu. Semakin dimamah usia, kudrat ayah dan ibu semakin kurang. Selalu mengadu tidak sihat dan sakit-sakit. Kalau diperhatikan dengan teliti, garis kedut dimuka mereka semakin banyak. Rambut putihnya dah memenuhi kepala. Senyumannya tidak selebar dahulu.

Sampai satu saat mereka meninggalkan kita selamanya baru kita sedar, tanda-tanda tu dah lama di depan kita dan tidak kita endahkan. Sebab kita tak sedar masa yang telah berlalu terlalu pantas. Tiada lagi ketawa mereka, senyuman mereka yang sebati dalam diri sejak kita lahir dulu yang menyerikan hidup kita.

Jadi nasihat aku, dikala kita mengejar hidup di dunia ni. Cubalah berhenti sejenak. Lihat betapa jauh kita dah tinggalkan orang yang kita sayang cuba mengejar kita dari belakang. Kadangkala mereka perlukan perhatian lebih dari yang kita jangkakan. Sesekali cubalah pandang mata ayah dan ibu kita dalam-dalam. Mungkin itu kali terakhir kita dapat berbuat begitu.


Nota kaki : Tunggu full entry majlis ni nanti.


Wassalam.


Mohd Faisal bin Hj Mohd Rahim aka Acaii
Photographer
Email : faisalhjrahim@yahoo.co.uk
Blog : http://www..faisalrahim.com/blo
Facebook : http://www.facebook.com/acaiijawephotography

Thanks for Comments

entri acai ni sangat menusuk-nusuk okayyyyyyy. sebak gile baca. sebab diya teringat yang sebelum ni diya perasan yang janggut dan rambut ayah diya dah putih2. diya pelik walaupun diya tahu tu uban tapi diya macam tak sedar yang ayah dah meningkat tua. senget tol, huhu. dan mak diya pulak lately kerap mintak diya mengurut kan. again, diya tak sedar yang mak pun dah dimamah usia. ferrr anak apetah diya ni (_ _”)

Salam diya, waaa lamanya tak nampak. Moga diya sihat2 hendaknya ye. Betul sangat apa yang diya cakap tu sebab kekadang mmg kita tak sedar benda2 tu semua walaupun ada di depan mata,huhu. Kita hanya mampu doakan semoga mereka semua diberikan kesihatan yang baik. Amin.

bibimie – salam kak,alahai sedihnya. Semoga mereka semua ditempatkan dikalangan orang2 yang beriman,amin.

Amor Mie – Salam kak, terima kasih sudi singgah sini ye.

Shahrul Fahmy – Salam, terima kasih sudi singgah sini dan tinggalkan komen ye :)

sishoney – salam sis, itulah sis. kekadang terfikir benda camtu gak. terutamanya bila lepas balik kampung aritu sis,hehee.

din – salam din, waras alhamdulillah :) alhamdulillah mak bapak e semuanya waras je din :) aku panggil nenek aku dulu embah. Tapi dah arwah semuanya :)

salam cai,

thanks atas ingatan cai ni.betul cai.kekadang bila dah busy sgt sampai nak sembang dalam seminggu pun xdak masa.*huwaaaaa* since pgg kamera,lagi xdak masa atas segala2nya

Tersentuh tul bila baca, sampaikan kadang bila kita makan best2 kat luar, terpikir juga apa yg mak, ayah & adik2 makan kat rumah… thanks Acai sebab igtkan saya yg kadang2 terlupa tetang hidup…

Salam cai – kabare cai.. waa.. lame xsinggah sini sejak aku xdapat masuk hari tu. huhuhu…

baru minggu lepas balik kampung jumpa makbapa maknyi aku semua.
Alhamdulillah sihat. makbp ko kabare cai?? *ko panggil nenek ko ape ek? aku panggil maknyi.. :)