Tentang hidup

Bismillahirrahmanirrahim Kadangkala tanpa kita sedar masa berlalu begitu pantas sekali. Ada kenangan 5-10 tahun dahulu yang masih segar dalam ingatan kita. Malah dari satu sudut ada ketikanya kita tidak sedar perubahan ketara fizikal ayah dan ibu kita sendiri walaupun selalu berjumpa mereka. Kalau dulu ayah dan ibu kita punyai kudrat yang kuat bekerja untuk menyara keluarga, menjaga makan minum kita, … Read More

Entry Hari Ibu

Bismillahirrahmanirrahim Malam tadi selepas solat Isyak, aku duduk makan dengan mak berdua kat dapur. Aku perasan rambut mak dah mula beruban keputihan. Sungguh, aku tak pernah sedar pun sebab jarang duduk rapat-rapat dengan mak begitu. Mak dah nampak berusia sekarang dengan garis-garis tua halus di mukanya. Patutlah mak selalu mengadu keletihan skrang. Banyak berehat. Masih ingat lagi semasa kecik dahulu, … Read More

Pengorbanan Ibu

Bismillahirramanirrahim Sebenarnya hati aku sangat tersentuh melihat gambar seorang ibu yang melawat anaknya yang dituduh membunuh baru-baru ini. Benarlah kata orang “Kasih ibu sepanjang jalan, tak terkira sepanjang masa, hanya memberi dan tanpa harapkan balasan..” Sembilan bulan bukanlah tempoh yang singkat mengandungkan seorang anak. Kemudian berjuang melahirkannya dengan susah payah dan kesakitan. Selepas itu membesarkannya dengan bermacam dugaan hidup dan … Read More

Anak buah aku dah setahun :)

Bismillahirramanirrahim Weekend lepas aku sempat balik ke kampung untuk hadir majlis hari jadi anak buah aku sorang tu, Nur Amni Nabihah. Kejap je dah setahun budak kecik tu :) Selain tu ada majlis doa selamat sempena rumah baru adik aku dah siap sebelum raya,hehe. Kitorang sekeluarga berbuka puasa bersama-sama dan sambut besday tu di rumah baru adik aku tu. Sebenarnya … Read More

Majlis Pertunangan Liya & Farid

Bismillahirramanirrahim Sebenarnya dah lama aku tak amik gambar majlis bertunang. Kali ni aku shoot pasangan Liya & Farid yang melangsungkan pertunangan mereka di Taman Sri Putra Banting Sabtu lepas. Liya ni peramah sungguh orangnya dan senang nak bekerjasama walau tak pernah jumpa :) Rasa selesa je aku buat kerja. Liya dan farid ni geng kereta Gen2 tau. Jadi masa family … Read More

Kasihnya Ibu dan Ayah

Bismillahirramanirrahim Kekadang dalam kesibukan kita bekerja seharian, kita sering terlupa kedua orang tua kita lebih-lebih lagi bila tidak berada di sisi mereka. Kita sering lupa doakan kesejahteraan dan kesihatan mereka semasa mereka sihat. Tetapi bila tiba masa mereka sakit tidak bermaya, baring di hujung ruang tamu, tidak seramah dulu dan menderita kesakitan barulah kita terasa kehilangan mereka. Gambar sabahat aku … Read More

Main ngan anak buah :)

Bismillahirrahmanirrahim Dah lama aku tak tunjuk gambar anak buah aku. Dia sekarang dah pandai jalan guna walker :). Tapi skill dia terbaru ialah pandai buat merajuk kalau nak sesuatu,hehe. Dah pandai nangis olok-olok kalau tak dapat apa yang dia nak. Kalau dia ada kat rumah, rasa meriah je kat rumah. Kalau takde memang sunyilah. Korang tengoklah muka dia buat-buat merajuk … Read More