Farah & Adnan, Dewan Perdana Felda

Bismillahirrahmanirrahim



Alhamdulillah, syukur kepada Allah kita dapat hidup lagi sampai tahun 2011 ini. Mohon maaf kepada semua sebab dekat seminggu blog ni tak boleh buka. Memang rasa bengong je sebab dalam setahun 2-3 kali blog down, haha. Bandwidth 60GB pun tak cukup lagi. Jadi mulai tahun ni aku tak stream mp3 dari blog ni :)

Seperti yang aku beritahu sebelum ni, aku nak update majlis perkahwinan Farah & Adnan yang diadakan di Dewan Perdana Felda, Kuala Lumpur. Satu yang aku paling kagum dalam majlis ni ialah pelamin diaorang yang lawa sangat!! Siap ada air pancut atas pelamin :) Pelamin ni hasil idea Farah & Ibunya dan direalisasikan oleh Que Ariffin, seorang wedding decorator muda yang berbakat besar :) Konsep pelamin ni adalah ‘Crystal Garden’.

Terima kasih kepada Farah & Adnan yang beri kepercayaan kepada aku untuk shoot majlis diaorang ni. Farah ni anak terakhir Dato’ Ramli yang melangsungkan perkahwinan. Jadi majlis ni berlangsung meriah dengan kehadiran ramai tetamu dah VVIP yang bersama-sama menyaksikan majlis ini.

Layan sikit sekitar majlis diaorang ni.


Sebenarnya aku nak letak banyak lagi gambar tapi aku rasa jarang blog photographer taruk lebih 50 keping gambar dalam satu entry, hehe. Tapi korang boleh ‘Like’ page Acaii Jawe Photography kalau nak tengok lebih banyak gambar ye. Terima kasih kepada sahabat baik aku Kerul Shukor hensem yang jadi 2nd photographer dalam majlis ni :)

Orang hensem yang shoot malam tu,hahahaha. Thanks nan shoot gambar ni:)



Untuk akhirnya, terima kasih kepada seluruh ahli keluarga Dato’ Ramli yang memberikan kerjasama baik sepanjang majlis berlangsung. Tahniah kepada Pakcik Shukor sekeluarga dapat menantu baru :) Tahniah juga kepada kedua mempelai yang diraikan. Selamat menjalani kehidupan berumahtangga. Insyaallah jalan ke syurga lebih mudah melalui ikatan perkahwinan ini. Wallahua’lam.


Nota kaki : Selamat tahun baru 2011 kepada semua. Aku dengar ceramah semalam, kena ucap takziah sebab umur kita makin pendek dengan datangnya tahun baru :) Takziah semua!!


Wassalam.


Mohd Faisal bin Hj Mohd Rahim aka Acaii
Photographer
Email : faisalhjrahim@yahoo.co.uk
Blog : http://www.faisalrahim.com/blog
Facebook : http://www.facebook.com/acaiijawephotography

Thanks for Comments

Salam sal…nnt bila aku turn KL, boleh outing sama2 kalau ada freetime…heheheh…boleh ko turunkan ilmu kat aku…ala, macam masa kita dok kat Kangkar Pulai dulu…wakakaka….apa2 nnt, aku roger kat ko…btw, marbeles2 gambar ni…bila la aku dpt buat camni…huhuhuhu

Salam yoes sahabatku, insyaallah yoes, kalau datang KL sini bagitaulah yoes. Boleh sama2 berkongsi ilmu :) insyaallah ko mesti boleh yoes, ko dari dulu memang kreatif orangnya :)

salaam..waa,paatutla cam kenal je mamat tu..rasa cm pernah amik kan,time penantin pompuan men gitar tu..
ingat cik fesal tak masukkan gmbar dia,tercari2 gak..
ha2 mesti ada byk gmbr2 cam aritu

One – Waaa, kenal aja dia ni,hehe :) aah betullah tu diorang ni. Nasib dapat shoot masa diaorang punya majlis bertunang dulu. Dapatlah peluang camni,hehehe.

cantik vas gedabas pelamin tuuuuuuu!!! setuju dengan cot, kaler gambar2 acai shoot memang cun habis!!

din – salam sin :) terima kasih din. jangan puji aku lebih2 din nanti takut aku tak sedar diri,hahaha :) terima kasih atas doa din. semoga ko pun diberikan rezeki yang luas ek din. din, bia lagi?hehe

Salam cai – waaa… kangen laa lame xsinggah ni. dah boleh buka balik cayalah!! gambar terbaiklah!! walau sukar cam ne sekalipun gambar ko tetap lawa. handsome+baik+pandai amik gambar+pandai main bola+disukai ramai = terbaiklah.. :)

selamat tahun baru, semoga diberikan kesihatan yang baik
& semoga diluaskan rezeki cai.. amin.. :) *gambar last tu ko nampak kurus la. serius!! hehehee..

ajey – Salam wak, hahaha siot je lah ko wak. Thanks wak ye. Bila ko shoot kat sini weh? tak ajak tu..

Reen – Salam reen, terima kasih ye :)

huhuh… kacak sungguh… terpesona aku melihat gambo2 tu… tempat tu mcm penah aku pergi.. tapi bila yer…???

awe – Salam awe, terima kasih :) minggu ni jangan lupa ek,hehe. Go Go Chelsea!!! hahaha

kak masy – salam kak, hahahahah. bagus2. itulah tujuan entry ni kak,ekkeke..

Kak Azieazah – salam kak zie, selamat tahun baru :) semoga akkpun diberikan kesihatan yang baik sepanjang tahun ni dan tahun2 akan datang :)

sinzfaiza – terima kasih ye:) waa, kenal ke si farah dan nan ni?hehe

Xora – Salam ixa, terima kasih ye. Terima kasih juga sebab cakap saya hensem,hahaahahhahaha.

idzwan.hj.abdullah – last tu gambar photographer ke bro?kekeke.

Halim Wahid – hahaha, thanks lim :) ada masa nanti follow aku lagi ek,keke

SAlam sensei…
Selamat tahun baru gakkk
Moga terus hensem…

Satu je aku nak pesan
Jgn berpaling tadah ngan team ‘biruuu’..haaa..haaa..ayat nganjing nih..

Gambar mmg yg terbaik….

suka gambar pengantin ni psal dia tak segan2 nak senyum lebar-lebar depan camera.

p.s mmg hensem la org yg shoot malam tu :P

farahnan – Salam farah, err ni farah ke nan?hehe. Tahniah sekali lagi untuk korang berdua. Maaf lewat sikit upload majlis ni sebab blog down,huhuhu. Orait, album OTW. Semoga rumahtangga yang terbina berkekalan bahagia hingga akhir hayat,amin :)

thanks acaii!! cantik gmbr gmbr nie semua…sangat suka!! tak saba tunggu album siap! =D…

siap beli songkok yer nak shoot gmbr..terima kasih ya!! =D

*senyum sampai ke telinga*

ehehehe…

cot – salam cot, terima kasih cot sebab cakap aku hensem. Selalu cakap aku gemuk je,wakakakakka. nanti datanglah umah aku weh, mandi kolam,haha

ejal – salam ejal, selamat tahun baru!! hahaha, ko jangan tak tau aku beli songkok ngan sampin baru tu jal,kekekek :) lagu tu aku kena tengok bandwidth gak. Kalau ok, aku taruk lagi,hehe.

SisHoney – Salam sis sahabatku :) terima kasih sis ye. Dia ngah gembira tu harini,hehe. Terima kasih juga sis atas komen dan ingatan. sis memang seorang sahabat yang baik tau!! semoga kita semua diberikan kesihatan yang baik dan diluaskan lagi rezeki yang halal pada tahun ni,amin.

salam sifoo yg hensem lg b’gaye….
kekekkee….
kaler ko mmg best lah….
serius…
mmg cun…
bile nk ajar ni…

*bunge dia cunlah….hehe

salam sahabatku acaii,

selamat tahun baru masihi buat cai dan fiza.salam kelahiran jua buat cik isteri.dan salam takziah sbb umur kita makin pendek.tambah2 sis dan fiza sbb kami lahir bulan Januari.tahniah cai.tahniah dan tahniah sbb dapat shoot di majlis yg sgt besar macam ni.maka lepas ni kamin ramai la golongan VVIP akan hirer cai,insyaAllah.nak komen pasal gambar?no need.because u always do ur best and always be my inspire.thanks atas segala nasihat dan teguran acai.sis doakan semoga di tahun 2011 cai akan terus dimurahkan rezeki dalam semua bidang dan juga kehidupan.

salam kang..terbaekkk la..siap berbaju melayu..mcm nak ambik pingat pun ada..hehehe…tp lagu dah takde..x perla,jnji gmbr ada…hhahahaha…