Bismillahirrahmanirrahim



Oklah, dah tutup cerita pasal raya. Masing-masing dah mula tumpukan kepada kerja yang tertangguh dek kerana sambutan raya yang panjang :) Sebenarnya konsep hari raya dalam Islam jelas menunjukkan bahawa aidilfitri adalah satu perayaan keagamaan. Ini bermakna jika ia disambut di atas landasan agama, maka hari raya yang diraikan itu merupakan satu ibadat.

Walaupun budaya kunjung mengunjung saudara mara dan bermaafan ketika hari raya tu tidak dilakukan pada zaman Rasulullah, tetapi budaya tersebut diharuskan dan digalakkan atas kebaikan yang terdapat dalam perkara tersebut. Semoga kemenangan kita selepas kembali kepada ‘fitrah’ dapat diteruskan pada bulan-bulan lain, insyaallah.

Aku upload sesi outdoor pasangan Umair & Fathiyyah yang diadakan beberapa hari sebelum Ramadhan lepas. Minta-minta tak down lagi blog aku ni :)



Alhamdulillah, walaupun tidak dikenali dalam industri wedding photography ni tapi rezeki tu tetap ada. Kalau boleh memang aku nak kekalkan low-profile dengan hasil kerja yang baik untuk client-client aku. Sebab tu dari masa ke semasa aku perbaiki kelemahan yang ada untuk jadi yang lebih baik. Ia merupakan satu proses panjang dan berterusan sampai bila-bila.

Untuk makluman semua, aku dah tak menerima tempahan menggunakan khidmat aku sehingga akhir bulan April 2011. Terima kasih kepada semua bakal pengantin yang booked awal untuk majlis korang:) Insyaallah aku akan buat yang terbaik untuk korang semua. Doakan kesihatan dan keselamatan aku sepanjang masa. Wallahua’lam.



Nota kaki : Entry akan datang, insyaallah aku nak tulis tips bagaimana pengantin nak bekerjasama dengan photographer :) tunggu ye.


Wassalam.


Mohd Faisal bin Hj Mohd Rahim aka Acaii
Photographer
Email : faisalhjrahim@yahoo.co.uk
Blog : http://blog.faisalrahim.com
Old Website : http://faisalrahim.fotopages.com

Thanks for Comments
bibimie says:

salam acai
gambar cantik mantap meletups… hehehe…
murah rejeki dah full sampai bulan april. semoga acai suksess… aminn…

amyn – salam min,hehe..jomlah follow aku shoot min,hehe

suria – salam suria :) waaa lamanya tak singgah sini. moga sihat2 ye. ada berita gembira ke wak?hehe

suria says:

salam acai… dah 3 tahun x singgah sini… wah!!! dah banyak perubahan..tahniah… cantik gambar tawin tu.. nak jgk leh…he2…

amyn says:

gambo lawa.
kasi turun ilmu sikit. :P

siti – Salam siti, amboi tak sabar nampaknya,hehe..:) insyaallah next week. hope semua persiapan berjalan lancar ye :P

siti says:

masih menanti entry utk nota kaki..:)

zaradarlin – Salam zara, terima kasih. Kalau salah tolong tunjukkan ye. Boleh kita sama2 belajar.

zainiabdullah – Salam abg zaini :) terima kasih ye..selamat menyambut lebaran dan maaf zahir dan batin.

zainiabdullah says:

terbaik as always…

zaradarlin says:

Salam, samat hari raya…cantek semua pic2 en faisal ni…untung2 boleh jd sifO sy..salam kenal dari sy…

one – hehehe, camne nak bagitau kalau ada open house, nanti abis rumah kena serbu kalau bagitau kat sini,hehe.

Xora – Salam Ixa, orait, tunggu ek..:) insyaallah next week.

Xora says:

Part Nota Kaki tu yg tak sabar! post penting tu!

one says:

sama2. open house never forget he3

cot – hahaha, siot je cot..:) terima kasih sebab follow aku aritu cot dan menyelamatkan keadaan,hehe. Lenkali aku nak ajak lagi,haha..:)

silent reader – Salam, terima kasih sudi singgah sini ye. Alhamdulillah, banyak yang buat tempahan awal :) Mudah2an saya bertambah baik dari masa ke semasa.

one – Salam one, terima kasih. Selamat hari raya, maaf zahir dan batin wak ye. Sebenarnya saya memang ke arah pose gambar2 simple camni,hehe. Lebih elegant dan sesuai untuk ramai orang dari muda sampai ke tua,hehe :) KAlau pengantin ceria dan overexcited baru boleh buat gaya gila2,hehe.

Nanny Zai – Salam untie, terima kasih sebab suka gambar saya walaupun bukan dari photographer pro,hehe. Nanti anak dara yang sorang lagi tu bolehlah saya shoot juga :P

Nak amik kesempatan ucap takziah untuk arwah yang tinggal di kawasan tersebut juga. Tak silap saya masa majlis thia aritu dia ada datang. Semoga ditempatkan dikalangan org beriman,amin.

bahdin – salam din..:)terima kasih din. Ni kat UPM din..nanti kahwin dah ada tempat outdoor lum din?hehe

Nanba – Kalau shoot kat sini jangan lupa hello2 cot. Sebab kalau orang luar tak ditemani orang dalam kekadang guard tu kacau. Aritu dia pun datang gak, nasib ada cot,hehe. Thanks nanba :)

cot says:

mmg best la compo ko ni caii…
juz gambar 2nd last…
mcm ibu jari kaki ko je kt bwh²…
keekkeke…

nanba : nak shoot jgn lupe ajak aku…klu x nnt pak guard dtg kaco…wakakakkaka

one says:

suka no 4.
no 4 dari akhir yg belah kiri pun suka. pose yg biasa2 yg menarik bg saya.
kali ni cik fesal byk gmbr ringkas dari segi gaya model. depa malu2 la tu. he3

silent reader says:

cantek2 gambar..
wah, dah penuh sampai april 2011..dahsyat. rezeki melimpah2..
keep up the good job! ;)

Nanny Zai says:

Bro. Acai,

Terima kasih di atas segala-galanya. Gambar semua cantik2. Semoga segala usaha mendapat keberkatan Ilahi.

aku pun nk shoot kat sini lar..takde chance lagi. compo ko best kali ni..suka bangat.

din says:

Salam cai – waaa… lawanye.. gmbr ni kat mane caii?? semoga sentiasa sihat di bawah limpah rahmatNya cai.. amin. :)

Salam sis, terima kasih sis..:) hope pasni dah tak down lagi. Kalau downpun dah backup semua database,hehe. Hanya blogger je yang tahu camne rasanya kan sis,hehe.

Terima kasih sis atas doa. Amin atas semua doa2 tersebut. Insyaallah kalau kita berkongsi akan lebih banyak yang kita akan dapat..:) hahaha, kalau sis punya pasal boleh di adjust sis,hehe..

SisHoney says:

salam cai,

dah kembali dgn cerita ceriti wedding ye.sis pun harap blog cai dah xdown kan.sbb kalau tgk kat fb mmg xdak feel mcm baca kat blog.kita kan BLOGGER cai.

insyaAllah sis doakan semoga cai dirahmati Allah selalu.diberi kesihatan yg baik dah ditambah2 ilmu dlm bidang ni agar dpt berkongsi bersama-sama.salah satu sebab yg buat cai lebih berjaya ialah perkongsian ilmu yg cai dpt bersama teman2.sbb tu bila org tanya apa2 sis juga buat benda yg sama even ada yg sindir bila sis berkongsi.bagi sis cikgu2/sifoo2 sis xpernah nak loket ilmu,kenapa plak sis yg hingusan ni nak kedekut kan.

ehem..dah fully booked sampai april tahun depan ke cai.alamatnya sis kena tangguh dulu la majlis sis kan (poyo je ~hahahaha)