Cerita beraya di kampung

Bismillahirrahmanirrahim


Alhamdulillah, kebanyakkan kita dah mula kerja hari ni setelah bercuti panjang untuk beraya. Masing-masing dengan cerita raya yang tersendiri :) Akupun tak tahu jin apa yang merasuk aku sampai makan tak ingat dunia masa raya kali ni. Sampai segan nak taruk gambar kat sini sebab dah gemuk, haha.

Tahun ni aku beraya di Kampung wife di Matang Kunda, Bagan Datoh, Perak. Bila beraya kat sini teringat masa zaman membesar di kampung yang masih ‘suci’ lagi. Keadaan kampung yang hening dan sejuk ketika waktu pagi diselangi bunyi burung dan cengkerik, air parit yang jernih, masa berjalan perlahan, tiada bunyi kenderaan lalu lalang dan sebagainya. Jangan kata broadband, telefonpun kekadang takde line :)

Dah lama juga aku tak jalan kat rumah atas, bila berjalan boleh bunyi papan berkeriuk satu rumah. Kalau budak2 berlari-lari memang almari lama yang ada cermin tu pun bergegar sama :) Teringat dulu semasa kecil, kena jalan jinjit masa jalan kat atas rumah sebab abah tidur. Kalau berlari memang alamat kena rotanlah sebab gangu abah tidur, hehe. Ni sedikit gambar tempat aku beraya :



Kat kampung belah sini memang ada majlis kenduri tahlil arwah pada hari raya kedua. Jadi persiapan menyediakan juadah tu memang meriahlah. Lelagi dengan kehadiran saudara mara dari seluruh negara. Dengan hari lebaran ini, hubungan silaturrahim dapat dieratkan dan dikukuhkan. Saudara mara yang jauh dapat didekatkan. Semoga tradisi ini dikekalkan.

Satu hari nanti, mungkin bila dah bersara aku cadang nak duduk kat kampung camni. Hidup bermasyarakat, berbakti kepada tanah, bersolat 5 waktu di masjid berhampiran dan habiskan sisa2 hidup dalam suasana tenang dan damai dari kesibukan kota. Entahlah, walaupun mungkin ramai yang tidak suka tapi mungkin jiwa aku memang begitu :)



Nota kaki : Beraya di Banting dipenuhi dengan cerita Sosilawati je:) Terkenal Banting di seluruh negara. Jemputlah datang ke Banting semua ye, hehe.


Wassalam.


Mohd Faisal bin Hj Mohd Rahim aka Acaii
Photographer
Email : faisalhjrahim@yahoo.co.uk
Blog : http://blog.faisalrahim.com
Old Website : http://faisalrahim.fotopages.com

Thanks for Comments

acai, matang kunda tu kampung ayah aku weh (aku penah skolah duk sane setahun lebey), tok2 aku da takde, tp makcik aku ade yg tggal kat situ, kedai runcit yg dekat ngan sekolah tu kedai makcik aku, huhu…

wife ko anak siape eyh? mane tau aku kenal ke, heheh…

wah,aku mmg selalu usha2 gmbr2 ko.. mmg superb la..bangge aku jd ank jawe.. haha..

hahaa..best la idea en.acai nih! sy pon sbnrnye tpkirkn bnda yg sm.mau carik suami yg ade kg..okeh2..mau tapis resume yg ade kg jek.hahah..

Bro fisol – terima kasih bro..:) selamat hari raya.

one – salam awak, hehe, itulah mintak2 memang dapat duduk akt kampung satu hari nanti..:) memang hatinya camtu,hehe. Tapi betul gak tu, latihan untuk berasak2 di tanah suci nanti :)

Liya – Salam liya, terima kasih sudi singgah dan tinggalkan komen ye..:) Liya, apa kata pasni cari suami yang ada kampung,hehe :) dulu ada sorang sahabat saya yang memang orang bandar. Diapun merungut benda yang sama. Sekarang ni tiap2 tahun dia dapat balik kampung :P dia cakap baru seronok,hehe.

slmt hari raye en.acai!

se syu sgt tgk gmbr2 tu..xpnh rs braye kt kg cmtu..bkumpul sedare mara..dr kecik ayh jrg bwk kami blk braye kt kg.smp sedare mare pon xknl..usahkn yg jauh2,sepupu2 pon kalo selisih bahu blum tntu knl..

sy tringin sgt nk rs suasana cmni :( bl da besa2 ni ikut ati nk je blk kg sndri2..nk jmpa mereka sume..tp dah jd segan dah..camne nk buat ek..

sy suke rumah tu..mak ckp umh arwah moyang cmtu la..tp sy xpnh jejak..ade la dlu kot time kecik2..haihhh…

salam cik fesal
hasrat cik fesal cm sama je yg saya damba2kan.
sekarang ni kerap pening bila tengok kesesakkan orang ramai dan kenderaan,rasa time tu gak nk balik.
Saya kira ini latihan untuk barasak di tanah suci mekah nanti yg lagi teruk.oh raya haji,nak balik kampung lagi yg x berapa kampung..

kak masy – salam kak, selamat hari raya dan maaf zahir batin gak kak. bila nak ajak pi umah sewa ni?haha. itulah, nanti kalau dah tak pergi tempat2 camni lagi mesti rindu,huhu..

din – salam din, alaaaa mintaklah kat abg ko din. aku nak lah juga tengok ko pakai baju raya dan suasana raya akt johor sana..:)

jimi – hehehe, alaaa takpe jimi ko makan banyak2. Sebab ko kan kurus betul, bagi berisi badan skit tu barulah nampak lagi macho dan hensem,haha

salam caii. selamat hari hari raya maaf zahir batin juge. aku xde kamera tu yg xde gambar raye. huhuhuu.. *gambar raya pd abg aku, xtgk lg.. :)

dh lama x braye kat kg since nenek2 sume dah meninggal. huhuh rindu nk lari2 kat umah atas. hadoihhh

org kg acaii ade yg kosong lg x? kg fiza ke? hahahahahahaa sempat lg tu

slmt ari raya acai :)

wassalam..

tahun ni beraya dengan sakit perut..sebab makan tak hengat..

hehe..weekend bila ade rumah? nak pegi beraya ni..siapkn duit raya tu.. ;)

salam faisal,

selamat beraya sebulan..buat open house jgn lupa jemput tu..hehe..;)

byk btol kereta..semua balik beraya la tu kot ye..

amyn – salam lebaran min..:) samalah aku, semua cerita pasal tu je,hehe..macam2 spekulasi aku dengar,hehe

sisHoney – Salam sis sahabatku, selamat hari raya sis..:) alaa untuk kita ada kampung gak walaupun tak macam tu sis,hehe. daripada takde kampung lansung..:) siannya lah sis bizi memanjang. Takde, takde rezeki nak jumpa beraya tahun ni. Insyaallah bila2 masa kalau singgah sini bolehlah singgah rumah :) selamat menghabiskan raya sis..acai memang sampai sekarang masih beraya lagi,hehe

cot – selamat hari raya cot..:) alaaa apalah photographer raya tak bawak kamera,haha. kena beli camera compactlah camni cot,hehe..:)

din – salam din, selamat hari raya, maaf zahir dan batin. Mana din tak nampak pun gambar raya ko,hehe. parit tu kalau ikut hari nak je ciblon tapi memandangkan banyak aktiviti untuk beraya tak jadi plak,hehehe..:) pelik plak orang kat situ kang tengok aku ciblon,hehe

salam wahai sahabatku acaii :-),

wahhhh.bestnya dpt amik kampung yg memang ‘real’ kampung cai.jeles sis.sbb sis xde kg yg betul2 kg mcm ni.kg sis dah mcam pekan.dah banyak sgt rumah.tahun ni sis xberaya sgt cai :(.sbb sis xsempat g umah kawan2 kg.kawan2 sekolah.dan kawan2 opis.kalau tahun2 sebelumnya sis la yg sibuk nak arrange konvoi beraya.

sis dah balik penang cai.sori tak sempat singgah dan contact cai.lepas msj cai pg tu.hp sis terus kena bar.nak p bayar pun xsempat.lain kali la nampaknya ‘myheart’ sis sampai ke puchong ye cai :)

selamat berziarah dan mengahdiri rumah terbuka ye cai

hahahaha.
tang beraya kat Banting tu aku sokong.
balik umah wak aku ari tu,itu je topik hangat.

tgk gambar parit tu teringat plak zaman godak parit dulu. hehehee..
ko dulu kejebur parit tak cai?? :)

waaa…
~ seronok bila dpt beraya ramai². tp bila ada yg dah balik nak main mercun, g beraye pun dah xde feel. huhuhu..
~ sayu je rsenye bila sedara mara yg dekat pun dapat jumpe tima raya je. huhuhuu..

waa…
best betul raye kt kampung cmni…
aku kt kg gak..
tp xdela meriah cmni…
hahaha..
yg paling best..
aku xde gambar raye…
sbb aku beraye tnpa bwk kmera..
wakkakakaka