Wedding Fathiyyah & Umair

Bismillahirrahmanirrahim



Alhamdulillah esok kita semua akan berpuasa. Sebenarnya puasa ni mudah. Sebab tu ada orang yang jarang solat pun boleh berpuasa penuh sebulan. Menjaga lidah, mata dan pancaindera lain ketika berpuasa sebenarnya jauh lebih susah dari berpuasa tu sendiri. Walaupun dari sudut fiqah ia tidak membatalkan puasa tapi ia boleh sahaja menghapus pahala berpuasa dan tidak memperoleh apa-apa melainkan lapar dan dahaga. Nau’zubillah.

Kali ni aku nak update majlis perkahwinan Fathiyyah & Umair yang diadakan di Gombak. Fathiyyah ni merupakan sahabat blog aku dari dulu lagi, sebelum aku start amik gambar pun :) Dia bakal menjadi seorang doktor dan masih belajar di timur tengah sana. Umair pula kerja di Kerteh, Terengganu. Masing-masing pemalu sungguh bila berjumpa, hehe.

Satu yang aku agak terkejut masa datang shoot majlis nikah dan sanding ialah ramai sangat member2 dia hadir. Aku rasa dari sekolah rendah, menengah sampai universiti semuanya datang, hehe. Layan sikit gambar-gambar dari majlis tersebut.


Majlis walimah diadakan pada keesokkan harinya. Macam masa majlis nikah tetamu yang datang memang ramai sangat. Rasa meriah je sepanjang majlis berlangsung. Fathiyyah ni sebenarnya seorang yang macho tau, hehe. Maksudnya dia hampir tak pernah pakai high heel, makeup tebal2, pakai aksesori wanita sangat dsb. Sebab tu ramai member2 dia mengusik dia semasa majlis tu. Bayangkan juga dia pakai G Shock Mini masa pakai baju sanding tu, hehe.


Aku tak dapat shoot banyak masa outdoor sebab kitorang keluar dah lewat sangat. 6:45 petang baru sampai di lokasi outdoor. Jadi boleh shoot tak sampai setengah jam. Lokasi outdoor di ISTAC kat Jalan Duta tu. Lawa sangat tempat ni tapi bukan senang2 boleh masuk situ. Terasa rugi sangat sebab tak dapat shoot banyak sebab hari dah gelap, huhu.


Untuk akhirnya, terima kasih kepada seluruh keluarga Fathiyyah di atas layanan yang baik sepanjang aku menjalankan tugas di sana. Terima kasih juga kepada sahabat aku Halil yang follow majlis nikah pada malam tu. Selamat menjalani kehidupan berumahtangga buat Fathiyyah & Umair. Kena banyak bersabar sebab duduk jauh pasni :)

Aku juga nak mengambil kesempatan sempena kehadiran Ramadhan ni memohon maaf atas segala kesalahan sepanjang aku menulis di sini. Aku hanya manusia biasa yang selalu melakukan kesilapan. Kalau apa yang aku tulis mengguris hati sesiapa aku juga memohon maaf. Tidak pernah terniat melakukan begitu. Semoga ibadah kita diterima Allah sepanjang bulan ini. Selamat menyambut Ramadhan al-Muraba’ semua!!



Nota kaki : Aku cuba display gambar guna cara baru. Komen ye kalau tak elok dan tak berkenan di hati :) Blog aku ni tak elok tengok dalam Internet Explorer (IE). Ada lagi ke orang guna IE ni? hihi


Wassalam.


Mohd Faisal bin Hj Mohd Rahim aka Acaii
Photographer
Email : faisalhjrahim@yahoo.co.uk
Blog : http://blog.faisalrahim.com
Old Website : http://faisalrahim.fotopages.com

Thanks for Comments

pergh… ni rupanyer hasil dia. tensen x dapat join smpai habis sbb naik kete org len. huhu. ble la bleh ‘tag along’ lagi. nway, selamat menghidupkan ramadhan, kerana ramadhan thn depan belum tentu kita sempat rasai :)

(:
Cik fesal, nak request nasyeed2 atau lagu2 bermesej kesederan jiwa yg best tapi jarang sgt mainkan IKIM . hu best tu sambil layan blog cik fesal pose2 ni(sambil lyn blog lain he3)

sishoney – salam sis, selamat berpuasa untuk sis juga ye..:) terima kasih sis..:) hahaha, siot je sis..insyallah kalau acai available mesti acai datang punyelah sis..:) tapi kena bagitau awailah,hihi..sis, kat mac takde ie lah,hahaha..

one – salam awak, lamanya tak dengar khabar..:) selamat berpuasa juga ye..:)

affizie – salam affizie – terima kasih ye..:) kalau nak tanya quotation boleh emailkan saya detail lanjut tentang majlis ye..:) takpun guna borang dalam ruangan kat blog ni. terima kasih ye..:)

din – salam din, hahaha, cayalah din..insyaallah aku mesti usaha melapangkan masa untuk sahabat aku sorang ni :) selamat berpuasa din..

wong jowo – hahahha, thanks pi, selamat pengantin, eh silap..selamat menyambut ramadhan gak pi..kenyang tak makan semalam buka?kekee

salam wahai sahabat,

selamat berpuasa buat caii dan cik isteri ye.mcm lama je sis xmasuk sini kan.maybe terlepas beberapa komen~hehehe

gambaq cai mmg semua best2.xdpt nak menidakkan ye.sbb tu mak sis cakap kalau sis nak kawen amik cai..cuma org glamer mcm cai susah nak available la ka..alhamdulillah murah rejeki kan

cai..sis guna ie lagi~hahahha

Salam kang..

Apik2 kabeh gambar nganten ne..
Terbayek…..
Kapan arek buko kambek konco-konco seng lain?hihi…
Selamat poso & ojo kelalen terawih..:-p

salam caii – aku sihat Alhamdulillah.. setakat ni berita cam tu lum ada caii. kalo ada InsyaAllah ko antara orang yang terawal ak gtau. org terhangat ni kene booking awal².
cukup bertuah sesiapa yg mndapat sentuhan ko. hehee.. terima kasih caii atas kesudianmu caii, aku terharu.. huhuu.. slmt berpuasa caii.. =)

jimi – salam jimi, waaaa lama sungguh tak dengar khabar :) rindu nak borak2 ngan ko,hehe..thanks jimi. dslr ok?hehe..selamat berpuasa jimi.

Reen – salam reen, hehehe..mana da saya taruk 2-3 ketul je,keke..kalau teaser memang skitlah..:) thanks reen..

fathiyyah – salam pengantin :) terima kasih sebab suka, hehe. selamat menyambut ramadhan thia, semoga berbahagia bersama insan tersayang :) good luck tau for this weekend ye :) semoga semuanya selamat,amin.

khadijah – salam khadijah, terima kasih sudi singgah sini dan tinggal komen ye. bolum pandai lagi nak jadi sifoo lah,hehe..:) thansk ye.

macam mimpi, tgk gamba sendiri kat blog ni. huhu

ada banyak nk komen
tp nnt email kot.

huhu betul la, rs nk kawen skali lagi. amik gamba banyak2 :D

suka sebab kali nie byk gambar :) selalu tgk 2 3 ketul jer … ekeke muka pengantin perempuan cam Ina Naim tuh… tp sweet :)

din – salam din, waaaa lama sungguh tak dengar khabar ko din. moga semuanya sihat2 ye din..:) ada berita gembira ke din? tak sabar aku nak dengar din,hehe..din, bagitau awal tau kalau ada tarikh, kalau free aku memang confirm pergi rumah ko kat johor sana tu dan tolak job2 yang datang..:) selamat berpuasa din ye.

Dhia – waaaaa salam kanda, lamanya tak dengar khabar juga. moga sihat2 bersama suami tercinta ye. tak sabar nak tunggu kat kedai2 buku berhampiran tau,nanti nak amik gambar,hehe..selamat menyambur ramadhan juga ye kanda, semoga ibadah kita tahun ni diterima Allah hendaknya,amin.

hesrey – salam bro hasrey, terima kasih ye. selamat menyambut ramadhan bro :)

Mr Fathi – Salam bro, selamat poso yo, ojo poso yang yok, pagi2 buka periuk,hehehe..:) otw bro..:)

asrar fiza – hehehe, baik puan..:)nanti tunggu awe umumkan tempat baru untuk buka puasa ramai2 tahun ni.

cot – hahahaha, nanti ada masa kita buka sama2 jom cot..aku nak blanje orang yang banyak tolong aku,hehehe..:)

salam dinda..
kanda singgah seketika untuk ucapkan selamat berpuasa dan menyambut ramadhan yang mulia. mohon ampun segala bicara n kata yang terasa :)

cot ni da mcm mengidam ikan masak stim je. musti feberet dia ni. hehehee..

waaa.. ada display guna cara baru tu memang terbaik r cai. semua aku suka.

rase seronok kan bila ramai dapat datang mase kita kawen kan caii. hehehe.. aku pun gitu caii, minta maaf atas segala salah dan silap. selamat berpuasa cai.. =)

Salam bro acai,

Fuh xsempat2 mase utk outdoor pun gamba mantop2! Terbaikk, saya pasti pilih! Huhu, btw salam ramadhan utk bro acai n sume blogger d sini`~

tensen aku tgk gambar ko..
wakakkaka…
psl jam tu mmg aku nk tny ko ms shoot outdoor baru ni…
tp lupe…
hahahha..
slamat pose caii..
jgn lupe ikan masak stim..
kekkeke

bro alel – betul, gamba no 5 mmg bikin kita semua terkejut, heheheh

bro acaii – saya pun temani kang, heheh…xde pun letak nama, ;)

bro awe – buka puasa kat mane? WONG SOLO? hehehheeee

selamat berpuasa…..

Comei n santai je persembahan terbaru dari ko sensei…watermark tu kena sentiasa kekal sbg trademark ko..

Maaf juga dari aku. Selamat berposo. Insyallah kalu ada masa aku anjurkan lagi berbuka ramai-ramai mcm tahun lalu…

sil – waaaaa ingat lagi entry tahun lepas ye,hehehe..:) terima kasih ye wak. selamat menyambut ramadhan al mubara’. semoga ibadah kita diterima olehNya tahun ni. jam tu memang cool kan?hehe

alel – salam lil,haha..terima kasih sudi follow aku pada waktu nikah tu ye..:) yang ko terkejut ye tu lil?kekeke..

xora – salam ixa, terima kasih.

1. hehehe, saje nak try watermark baru. waa best ada orang suka,hehe.

2. kekeke, ooo pakai IE eh? sebab saya ada buat satu code kat setiap imej tu. kalau buka guna mozilla firefox,safari dan lain2 semua boleh buka. tapi kalau guna IE memang tak nampak line tu. jadi tak berapa nice sangat sebab tak nampak border,hehe

3. hehe, terima kasih. Aah ixa, pengantin betul2 solat berjemaah dalam bilik pengantin selepas nikah. pastu baru batal air sembahyang..:) best kan,hehe. sebenarnya dapat buat camni sebab ada satu lens baru,hehe. kalau ada lagi 2-3 lens serta body kamera yang diidamkan insyaallah boleh lebih baik pasni.

thanks ixa!!

ada 3 perkara nak tulis:

1. eiii! a.acai dah ada watermark baru erk!? cun!

2. apa ni IE.. IE.. saya tgh buka blog ni pakai IE ;P

3. gambar semakin cantik! yg tu betul2 ke, pengantin sama2 solat?

oh, gambar jam tangan dan gmbr last tu memang terbaiklah!

ramadhan kareem kpd bro acaii. semoga dipermudahkan segala urusan. saya pun baru buat entri baru tentang ramadhan kali ni. hehe.

tiba2 teringat entri saya ramadhan lepas yg acaii pertama kali komen kat blog saya. sebab saya copy paste ekad lzs, dengan izin la tapi. kan. hehe.

syazana – salam syazana, hehehe..terima kasih ye sudi singgu :P itulah, sampai belah bertandangpupn dia pakai g shock time pakai baju pengantin,hehe..tapi ok jugak,hehe. selamat menyambut ramadhan juga :)

Akhirnya, yang ditunggu2 dah muncul. hehe. Superb ^_^

Mmg “macho” lah fathiyyah pakai g shock. adoi PUAN ni, ayu + macho ;D

Ramadhan kareem bro acai :)

kerul – hahaha, thanks kerul..:) aku ni senang ke arah gambar2 besar cam ko lah,hehe..:) selamat berpuasa juga kerul ye..ada masa kita buka sama ek.

waaa..gmbar sudah ada canvas²..cantik, watermark pun simple n cun..btw,slamat berpuasa acai, mohon maaf kiranya ada salah dan silap.nanti jom berbuke sesame weh..hehe

atong – salam tong, selamat poso kang,hehe..thanks atong..:)

kak masy – kak, tempat tu macam tempat research kot..:) ada pak guard jaga tempat tu,hehe..kitorang dapat masuk sebab mak thia tu ada link untuk masuk ke situ :)