Wedding Fathiyyah & Umair

Bismillahirrahmanirrahim



Alhamdulillah esok kita semua akan berpuasa. Sebenarnya puasa ni mudah. Sebab tu ada orang yang jarang solat pun boleh berpuasa penuh sebulan. Menjaga lidah, mata dan pancaindera lain ketika berpuasa sebenarnya jauh lebih susah dari berpuasa tu sendiri. Walaupun dari sudut fiqah ia tidak membatalkan puasa tapi ia boleh sahaja menghapus pahala berpuasa dan tidak memperoleh apa-apa melainkan lapar dan dahaga. Nau’zubillah.

Kali ni aku nak update majlis perkahwinan Fathiyyah & Umair yang diadakan di Gombak. Fathiyyah ni merupakan sahabat blog aku dari dulu lagi, sebelum aku start amik gambar pun :) Dia bakal menjadi seorang doktor dan masih belajar di timur tengah sana. Umair pula kerja di Kerteh, Terengganu. Masing-masing pemalu sungguh bila berjumpa, hehe.

Satu yang aku agak terkejut masa datang shoot majlis nikah dan sanding ialah ramai sangat member2 dia hadir. Aku rasa dari sekolah rendah, menengah sampai universiti semuanya datang, hehe. Layan sikit gambar-gambar dari majlis tersebut.


Majlis walimah diadakan pada keesokkan harinya. Macam masa majlis nikah tetamu yang datang memang ramai sangat. Rasa meriah je sepanjang majlis berlangsung. Fathiyyah ni sebenarnya seorang yang macho tau, hehe. Maksudnya dia hampir tak pernah pakai high heel, makeup tebal2, pakai aksesori wanita sangat dsb. Sebab tu ramai member2 dia mengusik dia semasa majlis tu. Bayangkan juga dia pakai G Shock Mini masa pakai baju sanding tu, hehe.


Aku tak dapat shoot banyak masa outdoor sebab kitorang keluar dah lewat sangat. 6:45 petang baru sampai di lokasi outdoor. Jadi boleh shoot tak sampai setengah jam. Lokasi outdoor di ISTAC kat Jalan Duta tu. Lawa sangat tempat ni tapi bukan senang2 boleh masuk situ. Terasa rugi sangat sebab tak dapat shoot banyak sebab hari dah gelap, huhu.


Untuk akhirnya, terima kasih kepada seluruh keluarga Fathiyyah di atas layanan yang baik sepanjang aku menjalankan tugas di sana. Terima kasih juga kepada sahabat aku Halil yang follow majlis nikah pada malam tu. Selamat menjalani kehidupan berumahtangga buat Fathiyyah & Umair. Kena banyak bersabar sebab duduk jauh pasni :)

Aku juga nak mengambil kesempatan sempena kehadiran Ramadhan ni memohon maaf atas segala kesalahan sepanjang aku menulis di sini. Aku hanya manusia biasa yang selalu melakukan kesilapan. Kalau apa yang aku tulis mengguris hati sesiapa aku juga memohon maaf. Tidak pernah terniat melakukan begitu. Semoga ibadah kita diterima Allah sepanjang bulan ini. Selamat menyambut Ramadhan al-Muraba’ semua!!



Nota kaki : Aku cuba display gambar guna cara baru. Komen ye kalau tak elok dan tak berkenan di hati :) Blog aku ni tak elok tengok dalam Internet Explorer (IE). Ada lagi ke orang guna IE ni? hihi


Wassalam.


Mohd Faisal bin Hj Mohd Rahim aka Acaii
Photographer
Email : faisalhjrahim@yahoo.co.uk
Blog : http://blog.faisalrahim.com
Old Website : http://faisalrahim.fotopages.com