Update Kerja Kahwin

Bismillahirrahmanirrahim, Ya Allah lamanya aku tak update blog ni. Mohon maaf aku agak bizi kebelakangan ini. Ya, aku masih lagi shoot gambar wedding sesekali. Ni aku update dululah teaser beberapa wedding yang aku shoot dari last update lepas. Aku rasa macam sikit tapi banyak juga rupanya,hehe. Semoga semua pasangan ini diberikan kebahagian, ketenangan, kegembiraan dan kemudahan dalam menjalani kehidupan berumahtangga. … Read More

Yana & Saufi, Pantai Kelanang

Bismillahirrahmanirrahim, Aku nak kongsi tazkirah yang aku dengar pagi semalam. Ustaz bagitau bagaimana nak tahu keadaan hati kita dengan bertanyakan beberapa soalan. Hati di sini bukanlah tentang masalah kesihatan, tapi kondisi hati kita dalam beragama. Contohnya, bagaimana perasaan kita apabila mendengar orang lain menceritakan kebaikan seseorang yang lain? Jika kita rasa gembira, alhamdulillah kita sebenarnya mempunyai jiwa yang tenteram dan … Read More

Amirul & Nani, Kelanang

Bismillahirrahmanirrahim, Kongsi tazkirah pagi tadi. Ustaz bagitau bila ada orang berkata buruk kepada kita, sebenarnya ia mungkin satu cara Allah menegur kita agar dapat turunkan lagi ego yang tinggi dalam diri. Ego ini kita tak sedar membesar dalam diri. Bila kerap orang memuji, tanpa sedar ego kita meningkat. Sebab kita akan sentiasa harapkan pujian serta penghargaan orang lain dalam setiap … Read More

Wedding Isma & Halim

Bismillahirrahmanirrahim Kali ni aku nak update majlis perkahwinan Isma & Halim yang diadakan di Kebun Baru, Telok Panglima Garang. Isma ni ofismate aku dan Halim ni pun sebenarnya ex-ofismate gak merangkap ketua pasukan bola sepak ofis kitorang, hehe. Selagi aku tak update ni budak2 ofis asyik tanya je :P Ada cerita best masa majlis nikah diaorang ni:) Oleh kerana Isma … Read More

Belajar hormati majlis orang lain

Bismillahirrahmanirrahim Kalaulah aku jadi angkasawan negara mesti time aku bersanding ramai yang mengata sebab aku gemuk dan buat kenduri kat kampung je, hahaha. Takdelah, kekadang pelik gak orang berkata sana sini tentang majlis orang lain. Sepatutnya beginilah begitulah dan sebagainya. Semuanya berdasarkan apa yang dirasakan terbaik pada pandangan kita tanpa pedulikan citarasa dan kesukaan pasangan tersebut :) Teaser wedding Isma … Read More

Wedding Najwa & Azrul, Banting

Bismillahirrahmanirrahim Dalam beberapa minggu kebelakangan ni, terdapat sahabat dan saudara mara aku yang telah kembali kerahmatullah. Baru 2 hari lepas aku melawat saudara wife yang meninggal dunia di Sungai Petani, Kedah. Perjalanan sepanjang malam tanpa tidur memang agak meletihkan. Tapi itulah putaran hidup. Kematian itu memang pasti. Tapi yang peliknya ramai orang yang nak merasai syurga tapi takut nak mati. … Read More

Perancangan Allah lebih baik

Bismillahirrahmanirrahim Teaser Najwa & Azrul, Banting Setiap manusia sudah pasti bercita-cita untuk mendapatkan sebuah kehidupan yang bahagia, selesa dan baik dalam hidupnya. Dalam membuat perancangan kehidupan itu tanpa kita sedar Allah juga telah merancang seluruh kehidupan kita. Perancangan Allah itu terlalu hebat. Kadangkala hikmahnya tidak kita nampak. Di saat kita mula menyalahkan takdir atas perkara yang hadir dalam hidup kita, … Read More

Nikah dan Outdoor Lia & Farid

Bismillahirramanirrahim Kali ni aku nak update majlis pernikahan dan outdoor pasangan Lia & Farid. Kalau korang follow blog ni dari dulu, aku ada shoot masa diaorang bertunang beberapa bulan lepas. Tapi Lia dah kurus skit sekarang sebab dah berdiet, kekeke. Senang amik gambar diaorang ni sebab aku dah kenal diaorang termasuk semua keluarga. Aku dapat shoot majlis pernikahan dia je … Read More