Bismillahirramanirrahim



Majlis Akiqah merupakan satu majlis yang sunat dilakukan pada hari ke tujuh selepas kelahiran bayi. Kat negara kita selalunya ia diiringi dengan majlis bacaan Rawi dan Marhaban. Rawi ialah bacaan berlagu yang menceritakan detik2 kelahiran Rasulullah hingga beliau membesar. Marhaban pula selawat ke atas junjungan besar Nabi kita Muhammad S.A.W. Selepas itu diiringi dengan majlis mencukur jambul. Menurut pendapat yang ashah, sunat mencukur rambut anak itu selepas menyembelih binatang aqiqah.

Sebenarnya walaupun bercukur tu sunat tapi kita dilarang melakukan qaza’ (قزع) iaitu mencukur sebahagian sahaja dari kepala bayi tersebut [Bujairimi ala al-Khatib: 4/437-438]. Ada hadis Rasulullah S.A.W dari Abdullah bin Umar yang maksudnya :

“Sesungguhnya Nabi S.A.W telah melihat seorang kanak-kanak yang dicukur sebahagian rambutnya dan ditinggalkan sebahagian yang lain, lalu Nabi melarang mereka berbuat demikian dan Baginda bersabda: “Kamu cukur (rambut itu) kesemuanya atau kamu tinggalkan kesemuanya (tidak mencukurnya).”

(Hadis riwayat Abu Daud)

Jadi kalau kita melakukan majlis bercukur ni walaupun tidak bercukur sepenuhnya semasa majlis tersebut, kita masih boleh selesaikan selepas selesai majlis tersebut. Alang2 kita buat perkara yang disunatkan oleh Islam seelok2nya buatlah dengan sempurna. Layan sedikit Majlis Akiqah Nurhadirah Husna bt Muhammad Fuad yang aku shoot minggu lepas :)



Aku shoot untuk majlis Akiqah bukan baby potraiture. Jadi tak dapat habiskan masa lama sangat ngan baby sebab dia tidur dan mak ngan ayah diapun sibuk melayan tetamu yang hadir..:)

Manusia akhir zaman sekarang ni ramai yang akan cari agama bila ada kelahiran atau kematian je. Bila badan sihat tak pernah menjengah masjid dan surau, tak pernah solat berjemaah. Sibuk ngan kerja dan aktiviti sosial serta bangga dengan pencapaian diri dan usaha mencapai urusan dunia. Rasa dia boleh hidup sendiri tanpa bantuan orang lain. Lebih teruk suka pandang rendah kat orang-orang yang mengi’marahkan masjid dan surau.

Tapi bila dia atau ahli keluarga meninggal dunia, barulah sibuk mencari ‘orang-orang masjid’ untuk untuk uruskan jenazah seperti kafan, sembahyangkan dan tanam mereka dalam kubur. Orang2 tu juga yang banyak sedekahkan mereka al-fatihah dan doa kepadanya. Kawan2 yang selalu dibangga-banggakan tu mungkin hanya ingat dan bersedih paling lama seminggu je. Itupun belum tentu mendoakan atau sedekahkan kebaikan kepada si mati. Wallahu’alam..



Nota kaki : Manutd baru takde sorang player utama pun dah main entah apa2. Chelsea takde Cole, Bosingwa, Calvalho, Essien pun rileks je boleh menang lawan diaorang :) Kalau ada mau kena 5-0 MU, hehe.


Wassalam.


Mohd Faisal bin Hj Mohd Rahim aka Acaii
Photographer
Email : faisalhjrahim@yahoo.co.uk
Blog : http://blog.faisalrahim.com
Old Website : http://faisalrahim.fotopages.com

Thanks for Comments

hidayahyassin – hehehe, takpelah..pasni boleh belajar rerajin,hehe..:)

tapi tak sempat pun nak belajar sgt…banyak keje2 ofis dgn kemas mengemas je belajar…org belajar guna kamera, sy dok ulang alik amek makanan la itu la inila…hmmm…

Sis Honey – Salam sis, terima kasih atas penerangan yang panjang lebar sis..:) sangat hargainya..betul tu salah satu cara paling cepat belajar melalui forum2 photography yang memang banyak dah ada sekarang ni..:)

hidayahyassan – hehe, kena rajin kalau nak pandai..:)

hidayah yassin – hehe, biasalah tu wak..biasanya kalau baru beli kamera baru memang bersemangat tapi bila dah rasa cam reti guna ramai yang putus asa..:)alaaa dulukan kerja ngan photographer hebat mesti ada ilmu tentang benda tu gak kan?hehe

Kak Kujie – Waaaaaaaaaaa, rasa terharu ada blogger terkenal masuk sini..thanks kak kujie ye..kat kg sayapun sama kak cuma kalau lelaki tu belah malam..ni yang jenis buat belah siang..:)

thanks sis….d cuba la nanti. masalahnya malas lebih ni…hahaha…thanks for both of you.

SisHoney says:

salam hidayah,

benda paling penting masa beli dslr dan sbg begginner kena rajin baca manual dan rajin try n error.

sis mengambil masa yg agak lama juga guna P.tapi pelan2 kayuh dah semakin paham.

rajin2 masuk forum2 sebab disana mmg ramai yg sudi nak share ilmu dgn kita.atau kita kena geledah dalam forum tu tentang topik2 yg dah dibincangkan.

experimen dgn kamera kita.mula2 memang taktahu dan tak akan tahu kalau kita tak mencuba.apa salah membazir shutter count demi kepuasan :).canon mmg xleh tau sc melainkan ada cd ke hape xsilap sis.otai2 tahu la.

flash plak kalau nak shoot wedding pun mmg kena ada la untuk indoor tapi kalau sekadar hobby tak perlu pun xpa.

alang2 dah beli rajin2 la shoot yer.boleh asah bakat dan skill.dan kita juga kena tau sbb utama kita nak beli dslr ni.minat?nak buat bisness?kepuasan?atau skang ni sesiapapun mampu pakai dlsr :)

*cai tumpang jawab yer…sharing is caring *

Kujie says:

Salam Acai,

kat kampung Kak Jie majlis macam ni semua lelaki…

ye, lama tak berkongsi khabar kan? sibuk la skrg ni…mcm musim pulak, kalau sibuk semua pun sibuk sekali…hehehe…

beli masa puasa lepas tapi guna pun bila perlu je sebab tak tahu nak guna sangat…

dah guna mode P tapi still tak faham jugak. rasa mcm kena faham betul2 baru boleh tahu beza kan?

kdg tgk gambar lepas amek, kenapa warnanya terang2 belaka pulak? huhuhu…

lagi satu mcm mana nak tau satu2 kedai tu ada custom album? mcm mana nak edit gambar jadi saiz 8×12, etc? sy langsung dah lupa semua tu…haha…

awe – salam awe, itulah..akupun selalu ingat camtu..bila selalu gembira dan berada kat atas ken ingat bawah gak,huhu

hidayah yassin – salam, waa lama tak dengar khabar..:) waaa, dah beli kamera dslr ye? bagus2..

Sebenarnya kalau nak terangkan satu persatu memang tak cukup kat sini sebab banyak nak kena terangkan. Secara ringkasnya aperture tu nak kawal cahaya yang masuk dalam kamera..f22 (cahaya masuk sikit) f2.8 (cahaya masuk banyak)..

Benda2 yang kena kawal dalam amik gambar ni saling berkait..aperture, shutter dan ISO..Kalau mula2 belajar boleh guna mode P dan tengok camne kamera baca persekitaran (setting iso, aperture, shuter dsb)..dari situ kita boleh belajar dan eksperimen.

Flash tu penting untuk bantu pencahayaan terutamanya kat tempat2 yang kurang cahaya. buat masa ni belajar dulu basic2 tu baru invest kat equipment lain..:)

awe says:

Bila kita gembira masa tu lah ujian akan datang pada kita lebih besar lagi. Jadi bersedialah kita semua. Ingatan untuk aku jugak.

salam…harap sihat hendaknya…

nak tanya, boleh terangkan pasal aperture dan yg seangkatan dengannya tak? sbb currently tgh guna canon 1000d so tak reti sgt kegunaan semua2 tu…

tau2 on n shoot n shoot je…apa beza kalau tak guna flash n guna flash? cukup ke kalau guna apa yg ada? maksud sy masa beli dibekalkan sekali dgn IS je…

kalau beginner mcm sy, apa sy perlu belajar dan tahu? sebab kalau boleh nak guna semaksima mungkin…

skrg ni guna bila perlu je n terasa rugi sangat2…canon ni tak boleh tahu dah bape kali guna shutter mcm nikon ke?

harap boleh jawab…sori panjang sgt soalan..

one – salam awak,heheheh…ni marhaban orang perempuan..biasa kalau belah perempuan buat pagi atau petang..kalau lelaki belah malam..:) lelaki ramai je kat luar tu rewang,hehe..pastu diaorang buat doa selamat..jangan risau wak, mesti MU kalah ngna bayern nanti,hahahaha

Faiz Faiza – Salam awak,hehehehe..sekarang nape tak minat bola? best ooo, sukan paling best kat bumi,haha..amin, mudah2an boleh jadi pembela agama bila besar nanti..

Faiz Faiza says:

Mak aih, semua org terusik psl nota kaki tu ke? Potong stim la Acai. Nasib baik saya bukan makan tidur bola. Dulu-dulu suka sokong Arsenal. Dulu-dulu la…sekarang tada. Yg setia cuma pd badminton je & 1 lg sukan. Ayat sinikal (buat2 xfaham)- Pasal apa la duk rebut sebiji bola tu?

Ada tahnik @ ‘belah mulut’ sekali masa aqiqah bayi ni? Mudah-mudahan besarnya nanti jadi pembela agama…

one says:

slm..
tu la..ingat binti mohd en. fesal,tokojut den

gulai apa time aqiqah tu? nape x ramai jemputan lelaki?
**********
agk dah…
tu la refri..ish
betul la refri tu…letak mata kat kepala lutut tut tut tut..

takpe,B/Munic nanti elok la tu mat rani

cot – wakakakakakka…chelsea chelsea!! ko nak jersey chelsea ke cot? alaaa, janganlah malu2..MU tempat sendiripun tak boleh makan,hehe

cot says:

aaahhh…
maleh nk komen pnjg²..
lyn bnde lain lg best..
kekekekkee

Mr Fathi – hahahahhahaa, itu sudah tentu, ellagi time MU kalah ngan chelsea..akupun lupa bila kali terakhir chelsea kalah ngan MU..:P

Mr Fathi says:

dah agak dah mesti kat nota sikel tu tulis pasal Man Utd…benci aku…hehe

anak sopo ki???comel tenan…hehe
seneng atiku…

fathiyyah – Salam thia,hehe..yeaaa, kita boleh celet sebab team sama..orait, nanti reply mail thia tu ye..thanks thia..:)

fathiyyah says:

tergelak besar bc perenggan terakhir. walaupun dh lama tk tgk chelsea main, namun chelsea ttp maintain!

p.s: ada hanta msg kat inbox fb. ada dapatkah?

:)

Kak Azieazah – Salam kak zie yang dihormati, waaa lama juga tak melawat kak zie..sangat sibuk ngan kerja2 ofis ni kak zie,huhu..:) aah, bila sesekali hadir majlis camni memang rasa rindu nak dengar marhaban yang selalu dengar di kampung dulu..:) kak zie doakanlah ye,hehehe..

Kak Azieazah says:

Salam dindaku ESAL..

Lama sungguh Kak Azie tidak berkesempatan mengomen dan meronda di blog ESAL nih.. MAAF la. Sibuk skit..

Seronoknya dapat meraikan bayi baru lahir, dan memeriahkan majlis Akiqah. Jarang dapat peluang begitukan?

*Hmmmm… bila giliran ESAL nak timang cahayamata nih? :)

Sis Honey – hahahahahhaahhahahaha, eleh takde bintang apanya..kan semua player negara masing2 sis..:) chelsea pun dah berapa lama tak main full strength team tau..aritu byk kalahpun sebab guna keeper ke 3 tau,hehe..abislah MU lawan bayern rabu ni sis..:P

SisHoney says:

salam cai

uwekkkkkkkkkkkkkkkkkkkkk.eleh 5-0 konon..nyaris2 nak seri dah tu.ManU dah lama xdak bintang.ramai yg cakap manU akan teruk season ni.tapi we still top3.malas nak cakap.tapi xmustahil akan menang epl lagi~lalalalalalala.malas nak komen pasal lain2 sbb dah terusik dgn nota kaki cai tu