Tips : Group Foto Keluarga

Bismillahirramanirrahim



Aku minta maaf sebab belum dapat upload gambar majlis sebelum ni sebab kesibukan kerja sekarang. Kali ni aku nak cerita sikit tentang group photo keluarga dalam majlis perkahwinan. Walaupun nampak seperti remeh tapi kadangkala benda ni memang terlepas pandang oleh pasangan pengantin sebab melayan kawan2 yang datang ke majlis. Bila dah habis majlis baru sedar gambar ‘core family’ masih belum lengkap.

Teaser wedding kat Taman Andalas, Klang :)

Aku guna style note nak terangkan point aku :

  1. Pengalaman shoot majlis perkahwinan aku dah jumpa family dari pelbagai latar belakang dan karekter. Memang diakui kekadang ada keluarga yang susah nak berkumpul mengambil gambar keluarga sebab melayan tetamu majlis terutama Ibu dan Bapa. Benda tu memang biasa dan sebenarnya boleh diatasi dengan mengambil gambar pada akhir majlis apabila tetamu dah berkurangan.
  2. Cara yang boleh dilakukan untuk pastikan semua ahli keluarga ada ; pastikan ada seorang yang mengumpulkan adik beradik terlebih dahulu. Bila semua dah ada, barulah panggil ibu dan bapa di luar. Beritahu mereka ia hanya amik masa 1 minit sahaja. Jadi mereka boleh datang sebentar, amik gambar dan terus jumpa tetamu kembali.
  3. Kenapa aku cakap benda ni penting? Sebab pernah berlaku kepada seorang sahabat photographer yang dipersalahkan sebab gambar ahli family nya tak cukup dalam album. Mana mungkin photographer kenal semua ahli keluarga yang ramai. Beban untuk mengumpulkan ahli keluarga juga bukan terletak di bahu photographer. Mereka hanya sedikan ruang masa untuk sesi bergambar bersama pengantin dan mengambil gambar mereka di atas pelamin tersebut.
  4. Benda ni lagi crucial sekarang sebab pengantin ada sesi Outdoor di luar. Masa di rumah/dewan semakin singkat. Kekadang ada pengantin cakap tidak mengapalah sebab family sibuk tetapi sebenarnya bila dikenang kembali pada masa akan datang barulah menyesal takde gambar kahwin bersama keluarga sendiri. Benda tu takkan dapat diulang kembali.
  5. Kesimpulannya, tak kisahlah style apa photographer korang amik gambar ketika group foto. Asalkan semua pihak gembira, go for it!! tetapi kena pastikan ada family portrait untuk kenangan. Bagi aku, gambar seluruh ahli keluarga biarpun dalam pose tradisional jauh lebih berharga dari gambar ceria atau gila2 bersama kawan-kawan. Wallahua’lam



Nota kaki : Full entry majlis teaser kat atas ni akan datang tak lama lagi, stay tune!! :) Insyallah album2 client aku siap dalam bulan ni, chaiyok2!! aku sangat hargai kesabaran semua :)


Wassalam.


Mohd Faisal bin Hj Mohd Rahim aka Acaii
Photographer
Email : faisalhjrahim@yahoo.co.uk
Blog : http://blog.faisalrahim.com
Old Website : http://faisalrahim.fotopages.com

Thanks for Comments

gambar kawen saya masih guna filem masa tu tahun 2005. gambar kuarga belah suami ada tapi belah saya langsung tadek. bila kenang2 mmg kesal jugak sebab beberapa bulan lepas majlis kawen tu adik meninggal eksiden. lepas dua bulan adik meninggal abah pulak dijemput ilahi… mmg tadek kenangan di hari bahagia. sedih betul.

bagi tips tok nk gunakan setting yg betul pd mase n waktu yg seswai plk cai.angle n kretiviti dh ade, tp pic masih xmnarik.bagila3x…

din – salam din :) ececeh dah siap bersedia lagitu nak bekerja sama,hahaha..:) oooo, kalau camtu aku akan cakaplah ngan orang yang reti nanti,hehe..:) alaa, tak dapat shoot ko main bola ari sabtu aritu,huhu

zool – salam bro zool..:) betul tu..tapi nanti kalau kahwin kena gak amik gambar sekeluarga..supaya ada kenangan hari bersejarah dengan ahli keluarga..:)

Aku tak banyak sgt gambar keluarga secara keseluruhan.. Cuma gambar ketika raya.. Yang penting nampak cam seperti satu keluarga..

Wslm cai, skali tgk mm xcm, tp bile tgk tul2 bru la cam. hehehee.. tq cai, t bile da smpai msenye aku pun akn cube tuk memudahkan kije ko. hehehee..

kalo nk ckp jawe bole je tp kat sane pun bukan sume bole ckp jawe. huhuhuu..

bukan mmperkecilkan tp bg moral support tu cai. bakar smngt ko tuk kmbali spt dulu. hehehee..

Kak Azieazah – Salam kak zie yang dihormati, moga akk sekeluarga sihat2 hendaknya ye..:) betul tu kak..orang yang ada pengalaman ada sebab mereka cakap camtu kan kak..:) tak tahu camne nak jelaskan dengan perkataan tapi kalau menatap gamabr family pada hari bersejarah kita memang akan rasa puas sangat kan kak..:) terima kasih kak ye..

bahdin – salam din,hehe..lain ke muka daus din? hheheheh..insyaallah nanti kalau ko kahwin aku takkan lupa punye gambar family,kekeke..kalo ke sana aku cakap jawe je boleh ke din? cisss, berani ko memperkecilkan aku din,hahahahhahaha

Reen – hahahahhaahahhaa, baik baik cik reen..:) jangan risau akan di roger nanti..

amor_mie – salam kak..:)betul tu..family kalau boleh diutamakanlah..amik gamabr family pakai baju pengantin dan tak pakai lain rasanya,keke

zenn – salam bro, terima kasih bro..yaa betullah tu sebab tanpa family portait memang tak lengkaplah album kahwin tu,hehe..semoga terus maju jaya bro!!

Salam cai
waa.. daus ke tu?? hmpir xcam ak. sian photographer tu, xpsl2 dia dipersalahkan… mmg gmbr family ramai2 adalah yg paling pnting. nk tak nk part2 cm tu kena amik tau gak la cai. cm ape yg piiown gtau.

waa.. berkobar2 nmpknye acai nk kuruskan bdn.. berjayakah acai kembali tegap spt dulu?? hehehee.. *chaiyo’ cai.. =)

Salam Jumaat dindaku ESAL.

Setuju, gambar ketawa ceria, gurau senda candid bersama kawan2 tak akan sama nosltagia atau nilai memorinya jika dibanding bergambar tenang, senyum bahagia bersama ahli keluarga, apatah lagi bersama AYAH IBU di hari bahagia kita…

Alangkah rugi, majlis meriah, warna warni tapi bila semak album, cuma nampak secebis jer wajah AYAH IBU, itupun candid semasa kalut layan tamu…

Sedih…!

Salam sifoo..bagus la artikel ni..suka2 kakakaka..perkara penting yg semakin dilupakan..

harap2 photog x lupe nk shoot family group ni, biar la pengantin xnak pun sbb gambar kawin xkan lengkap tanpa gambar family.. beto x..?

betulkn aku kalau aku salah..biase la, bapak budak baru belajar…

zaidi – hahahhahaha, ilang tapi bukan disengajakanlah zaidi,kekek..sabtu ni insyaallah aku turun..kalau tak main aku amik gambar..:)

awe – waaaaaaa lupa plak aku..last minit aritu dia main lastman,hehe..takpe, kita boleh berlatih lagi..aku kena kuruskan badan lagilah kalau nak fit cam dulu,hahahaha

amy – salam amy, terima kasih sudi singgah dan tinggal komen ye..:)

Mana ada daus main winger lagi sensei…nampak sangat dah lama tak join the team..hee…hee. Daus sekarang kita punya the best lastman. Mantop oooo….

Zaidi yang winger…ngan aku nih hahh…tak tahu lak aku leh lari2 lagi tak..uhuuu

Aku nak belajar wat custom plak ni..dah ada try buat sikit2…

shafirol – sifoo, orait..:) pape calling2lah..ahad confirm ada kat kampung tu..:)

awe – salam awe, hahahahhaha iyeaa itulah dia daus winger pasukan bola sepak LZS tu,kekeke..hampeh ko awe, mana aku hilang, ada jelah cuma komitmen kerja je yang menghalang,ceewahh..:P aah, ahad ni kat rumah daus kat kajang..insyaallah boleh jumpa kat sana..:) kerul shoot..

Gambar Daus Fuan ke tu Caii?? Ada gaya Norman Hakim tak kawan kita tu…lepas ni lagi sorang team bola aku ilang kelibatnya kat padang selepas ko..hee..hee

Ahad ni kat umahnya kan?? Aku nak angkat si daus tu ngan kawan2 suruh kerul ambik gambar lambung2 pengantin…boleh tak??

syafirol – salam sifooo, yaaaaa betul sesangat sifoo!! benda tu boleh hampir kepada wajiblah sebenarnya,hehe..cuma bila sampai masa nak group foto kebanyakkannya dah berpecah dan diluar kawalan kita nak suruh kumpulkan, hehe..pernah dapat family berbelas-belas orang adik beradik :) jenuh nak tunggu semua cukup..benda camni memang perlukan kerjasama penuh dari keluarga pengantin..thanks sifoo atas tunjuk ajar..:) sabtu ni amik basikal tak?

perkara sunat semasa mula kenal dengan pengantin, tanyalah dia, ada berapa beradik, anak ke berapa.
perkara harus, minta dia kenalkan atau tunjuk ahli keluarga.
perkara x dituntut tapi ok – minta dia tunjukkan album family.

gambar sifuu mantap la..terbaek..

atan ahmad – salam bro atan, thanks sebab setuju ngan aku!! :)

ejal – waaaa ejal, wes suie orak weroh? waras porak? aritu nak ajak ko gak amik gambar kat klang ni tapi ko amik gambar wati ek? ngan atong je lah time nikah,hehe..

salam abam acai..setuju sangat dengan kenyataan ko tu..walau nak buat pose tonggang terbalik sekali pun pose2 wajib ni la yang mesti bt dl…kalau x buat,xde plak kenangan nnt kan..hidup jowo..

kak masy – hahahha, peribahasa baru kak :) berani tu memang berani..tapi time bayar tu yang tak berani,hahahaha

Abg Heri – Salam bang, tahnsk sudi singgah sini dan beri komen..:) pertama kali ni rasanya,hehe..sangat betul..sebab tu sy suka pose standard dulu pastu baru nak pose yang gila2 tu,hehe

Agree on that. Gambar family stail pose dulu kena ada, dan pose gila2 pun elok juga ada. Buat 2-2 sekali. Sbb yg gila2 ni utk kenangan masa pendek, kalau pose stail skema pulak utk kenangan masa panjang hingga ke 7 keturunan..hehehe

betul.. jgn sampai kawan2 dikendong, keluarga pula keciciran. hahahha

klu berani, hired la photog smpi malam. pic dgn family amek mlm lak. haaa brani brani? :D