:: Fashion & Urban Street Outing ::

Bismillahirramanirrahim





Kali ni aku nak promote sikit satu outing yang dianjurkan oleh sahabat-sahabat aku. Aku juga terlibat secara langsung sebagai Technical Assistant dalam outing kali ni. Untuk outing kali ni kitorang dapat pujuk beberapa otai dalam bidang ni yang mempunyai pengetahuan mendalam dalam bidang fesyen dan mempunyai client dikalangan model dan artis terkenal.

Tema outing ni adalah Fashion & Urban, maksudnya kita akan belajar shoot di jalan-jalan serta bangunan di sekitar Kuala Lumpur. Peserta akan diajar tentang composition, lighting, pengarahan model dan sebagainya secara langsung daripada otai2 ini. Benda2 tu secara tak langsung akan dapat bantu kita memperbaiki kelemahan kita ketika mengambil gambar menggunakan kamera DSLR.

Peluang belajar secara santai camni jarang ada. Lelagi dengan kehadiran ramai photographer hebat dan berbakat sekaligus dalam satu outing, Kalau korang pandai memang terlalu banyak ilmu akan korang dapat nanti. Dengan investment yang minumum ni juga korang ada dapat t-shirt FREE dan makan tengahari. Dengan niat yang betul untuk menuntut ilmu, aku percaya selepas outing ni akan memberikan perspektif berbeza terhadap gambar-gambar yang korang ambil nanti. Insyaallah.


Nota kaki : Mak ngan abah aku dah selamat sampai ke tanah suci mekah untuk mengerjakan umrah. Sbnrnya aku sangat teringin untuk ke sana menjadi tetamu Allah. Mari kita sama2 simpan azam dan tekad untuk ke sana sebelum kita mati nanti.


Wassalam.


Mohd Faisal bin Hj Mohd Rahim aka Acaii
Photographer
Email : faisalhjrahim@yahoo.co.uk
Blog : http://blog.faisalrahim.com
Old Website : http://faisalrahim.fotopages.com

Thanks for Comments

Firdaus – hahaha, aku tak terlibat secara langsunglah weh..mana layak lagi aku nak buat benda2 camni,huhu..sbnrnya aku lagi kagum ngan ustaz sifoo ni tau..:)

atong – hahaha, orait, papehal roger aku weh..

Mr Fathi – Salam bro..:) alaa, pinjamlah sapa2 punye DSLR fathi,hehe..:) Chot ada hal lain masa tu, kalau tak memang dah ajak..time bincangpun memang dia ada sekali..semoga kita dapat sampai mekah juga satu hari nanti,amin..

wahh bestnyer event fotog2 ni..tapi takde DSLR la…pastu takde kepakaran dlm hal2 fotog ni…kepingin aku…

Apsal Chot Touch tak masuk???dia tu hebat bai…ataupun dia/beliau taknak masuk event tu?

alhamdulillah selamat mak kambek bapak sampei nang mekah kono…siji dino mengko,kito pulak seng dadi tetamu Allah…

muiz- salam muiz..:) yok lah kang..melebu..tapi angger enek kerjo lain orak opolah,hehe

sishoney – salam sis sahabatku..:) aah sis, biasalah kekadang kitapun dah tak boleh jangka bila kita bizi dan tak,hehe..:) tapi kalau ada perancangan awal mybe boleh buat benda2 yang kita nak kan sis..:) tu lah sis, photoblog sispun dah bersawang gak,hehe..cepat update!! thanks sis , semoga kita sama2 dapat jadi tetamu Allah,amin..

salam sahabat,

macam lama je sis xmasuk sini kan.terlepas beberapa entri nak komen tetapi tetap setia membaca.semakin hari semakin busy,so inilah hebatnya dunia pekerjaan tak sama mcm kita zaman study dulu kan cai.nak pegang reket pun dah hampir bertahun tergantung.wah.bestnya ada outing mcm ni.nanti sis try tgk jadual tapi rasanya mcm masih belum boleh lagi.sekuranya2 pertengahan april atau awal mei baru sis akan kembali stabil dengan kerja-kerja opis sis.photoblog pun dah lama bersawang :(.

bestnya bila dgr org menunaikan umrah.sama-sama kita doa kita akan segera mungkin menjadi tetamu Allah ye cai.sampaikan salam sis buat cik isteri :)

airizz – salam aida..:) aah, diapun join sekali..kitorang memang se geng dari dulu,hehe..:)

atong – salam tong, alaaa ponteng je kerja tu tong,bukan selalu ada benda2 camni,kekekek..

awe – cayalah awe..:) alaaa gear tu takpelah awe, boleh je nak pinjam body aku nanti masa tu,hehe..:) kalau confirm jomlah, jumpa nanti..akupun nak belajar gak ngan diaornag ni,hehee

fathiyyah – salam thia..:) dah reply mail tu thia..thanks thia ye..

Wooo..best!! Aku nak ikut sensei..tapi aku punya gear ni okey ke nak ikut outing cam ni?? Tapi aku aku memang nak ikut…

Sensei aku makin mantop..dah ada team yang teguh dah mcm ni..bangga aku…moga makin maju sensei.