Report Outing amik gambar

Bismillahirrahmanirrahim



Waduh waduh, aku bizi banget minggu ni. Sampai tak sempat nak update blog ni. Kerja-kerja ofis makin banyak dan dalam masa sama aku kena uruskan kejohanan Futsal dan Bola Jaring untuk ofis aku Sabtu ni. Kejohanan tu melibatkan semua staff di seluruh Selangor di Ekstreme Park, Shah Alam. Kaki dah tak sabar nak sepak bola ni.

Aku nak cerita sikit tentang Outing yang kitorang buat di area Bukit Bintang, KL weekend lepas. Alhamdulillah semuanya berjalan lancar dan penyertaan sangat menggalakkan. Sebenarnya outing ni dianjurkan oleh sifu aku Peveyhack dan dibantu geng2 lepak kitorang kat Bangi. Aku bersama 4 orang sifu hebat jadi fasilitator untuk mengajar diaorang tentang basic photography. Kitorang dibahagikan kepada 5 kumpulan dan setiap kumpulan ada sorang model untuk mereka berlatih shoot dengan tema Urban. Layan gambar skit aku pakai topi gi kebun :)



Selain sama-sama dapat berkongsi ilmu dan merapatkan ukhuwah sesama peserta, ada beberapa perkara yang aku belajar. Antaranya belajar uruskan outing dengan baik dari segi promosi, makanan, model, lokasi dan perkara2 lain yang berkaitan. Semua tu mustahil dilaksanakan tanpa kerjasama yang baik dari semua kawan-kawan. Terima kasih kepada Pevey sebab beri kepercayaan kepada aku jadi fasilitator walaupun aku sangat baru dalam bidang ni.

Aku harap peserta outing ni dapat serba sedikit ilmu terutamanya pengalaman shoot dengan konsep urban dan fashion di kawasan seperti ini dengan menggunakan elemen dan asas photography yang betul. Terima kasih juga sebab support team kitorang. Insyaallah segala kekurangan akan diperbaiki selepas ini. Aku tak shoot langsung sebab pihak penganjur tak bagi bawak kamera langsung. Hp akupun takde kamera, haha.



Nota kaki : Apalah Manutd ngan Arsenal ni. Anti-klimaks betullah masing2 macam dah menyerah kalah. Dari manager, player sampailah penyokong pun sama. Semua redha Chelsea jadi juara, hahahaha.


Wassalam.

Mohd Faisal bin Hj Mohd Rahim aka Acaii
Photographer
Email : faisalhjrahim@yahoo.co.uk
Blog : http://blog.faisalrahim.com
Old Website : http://faisalrahim.fotopages.com

:: Fashion & Urban Street Outing ::

Bismillahirramanirrahim





Kali ni aku nak promote sikit satu outing yang dianjurkan oleh sahabat-sahabat aku. Aku juga terlibat secara langsung sebagai Technical Assistant dalam outing kali ni. Untuk outing kali ni kitorang dapat pujuk beberapa otai dalam bidang ni yang mempunyai pengetahuan mendalam dalam bidang fesyen dan mempunyai client dikalangan model dan artis terkenal.

Tema outing ni adalah Fashion & Urban, maksudnya kita akan belajar shoot di jalan-jalan serta bangunan di sekitar Kuala Lumpur. Peserta akan diajar tentang composition, lighting, pengarahan model dan sebagainya secara langsung daripada otai2 ini. Benda2 tu secara tak langsung akan dapat bantu kita memperbaiki kelemahan kita ketika mengambil gambar menggunakan kamera DSLR.

Peluang belajar secara santai camni jarang ada. Lelagi dengan kehadiran ramai photographer hebat dan berbakat sekaligus dalam satu outing, Kalau korang pandai memang terlalu banyak ilmu akan korang dapat nanti. Dengan investment yang minumum ni juga korang ada dapat t-shirt FREE dan makan tengahari. Dengan niat yang betul untuk menuntut ilmu, aku percaya selepas outing ni akan memberikan perspektif berbeza terhadap gambar-gambar yang korang ambil nanti. Insyaallah.


Nota kaki : Mak ngan abah aku dah selamat sampai ke tanah suci mekah untuk mengerjakan umrah. Sbnrnya aku sangat teringin untuk ke sana menjadi tetamu Allah. Mari kita sama2 simpan azam dan tekad untuk ke sana sebelum kita mati nanti.


Wassalam.


Mohd Faisal bin Hj Mohd Rahim aka Acaii
Photographer
Email : faisalhjrahim@yahoo.co.uk
Blog : http://blog.faisalrahim.com
Old Website : http://faisalrahim.fotopages.com