Wedding Lina & Fazli

Bismillahirramanirrahim



Kali ni aku nak update pasangan Lina & Fazli yang diadakan di Pangkalan Gate Tambahan, Ipoh. Ni merupakan kali pertama aku amik gambar kat area Ipoh. Lina ni seorang cikgu di Port Dickson :) Dia merupakan sahabat lama aku sejak dari belajar dulu lagi. Family Lina ni memang meriah dan ceria semuanya. Asyik gelak je sampai kekadang takde papepun boleh gelak, hehe. Aku rasa kalau nak buat satu album telatah diaorangpun boleh :P

Tapi walaupun family Lina ni rajin gelak tapi Lina ni kalau depan kamera memang pemalu. Kalau takde kamera bukan main lagi, sekali angkat kamera terus bertukar karekter pendiam dan pemalu. Macam Ultraman plak bleh bertukar. Jarang aku jumpa spesis camtu :) Kalau nampak pose gelak2 tu bayangkan juga berapa banyak kali aku kena buat lawak ngan diaorang, hahahaa. Layan dulu gambar diaorang ni sikit.


Sesi Outdoor kitorang buat kat Stesen Keretapi Ipoh lama. Mula2 aku ingat stesen ni terbiar lah dan ada landasan lama semua tu. Sekali sampai rupanya stesen tu masih ramai orang cuma bangunan dia memang klasik dan berciri british dulu2 kala :) Jadi memang selamba gaban lah aku shoot kat situ sambil orang ramai melihat. Terasa macam artis pun ada masa tu, wakakakaka. Ingat senang ke nak asingkan orang awam kat tempat ramai orang ni, hehe.

Jadi tak dapatlah aku nak shoot diaorang ni kat landasan keretapi sebab landasan tu masih digunakan. Aku kalau boleh tak mahu masuk akhbar jadi terkenal sebab menyebabkan pengantin dilanggar keretapi KTM tu, hahaha. Layan sikit gambar outdoor diaorang di stesen keretapi.


Sekarang aku dah belajar sikit2 camne nak pose pengantin yang susah nak senyum ni. Sebenarnya memang ada dikalangan kita ni yang susah nak senyum, jadi style2 ceria kekadang tak sesuai sebab nampak dipaksa dan gambar tak neutral. Benda tu bukan senang sebab nak pastikan mood dan emosi tu ada dalam setiap gambar yang diambil.

Insyaallah aku akan perbaiki lagi benda-benda camni supaya dapat jalankan tugas lebih baik pada masa hadapan. Kalau korang perasan aku tak pernah buat ayat-ayat marketing kat blog ni suruh pilih aku dsb, hehe. Sebab aku memang tak reti. Biarlah orang menilai hasil kerja aku sendiri. Cuma yang aku boleh jamin, aku akan buat yang terbaik dan berikan 100% tenaga dan kemahiran aku kepada setiap client2 aku :)



Nota kaki : Tarikh 1.1.2011 aku dah tak available. Orang yang bertanya dah letak booking untuk tarikh tersebut. Thanks.

Nota kaki 2: Selamat menyambut Maulidur Rasul kepada semua umat Islam. Mari kita sama bykkan selawat ke atas kekasih Allah ini, Muhammad Rasulullah S.A.W.



Wassalam.


Mohd Faisal bin Hj Mohd Rahim aka Acaii
Photographer
Email : faisalhjrahim@yahoo.co.uk
Blog : http://blog.faisalrahim.com
Old Website : http://faisalrahim.fotopages.com

Thanks for Comments

amrufm – thanks bro amfu sudi singgah sini..:) huisshhh siot je..aku masih byk lagi kena belajar dan for sure gambar aku masih ketinggalan berbanding gambar2 ko amru..thanks bro atas sokongan!!

carneyz – waaaaaa, lamanya tak dengar khabar,hehe..:) moga sihat2 ye carneyz..ooo sy faham maksud carneyz tu,hehe..sbnrnya gambar ats katil tu sy anggap macam gambar2 biasa dalam bilik pengantin..kalau pengantin amik gambar dalam bilik pengantin guna pose2 biasa sy cuba cari kelainan,hehe..tapi takde nak amik gambar yang tak sepatutnya atas katil tu,hihi…:) thanks carneyz..

Salam Acai :) Firstly nak cakap ‘cantikkkk!’ esp gmbr dlm tunnel tu :p
secondly, saya rasa ada certain gambar yg mcm tak sesuai je nak letak kt web e.g. gambar pengantin baring atas katil… meby amik utk tontonan dorg ok kot (sbb dorg yg bayar kan, hahaha!) tapi utk tontonan ramai kurang sesuai. Bukan ke perkara dlm bilik tido tu spttnya rahsia antara suami isteri je kan, kang org kata pengantin ter’over’ pulak. Hehe. Just my two cents! Sori kalau tersilap cakap ke apa. ;)

Aku suka entry ni. Senyuman dan gelak tawa nampak natural gitew..hehehe..My fav mesti lah last picture

Keep it up ye Acai, gambo kau dah jauh lagi lawo dari gambo aku…

bro razif – salam bro, alaaa aku ni photographer picisan kampung2 je bro..takdenya nak mahal2,hehe..emm, bulan 5 dan 6 tu memang takde kosong lagilah bro,huhu..apesal aritu tak join amik gambar sesama kat broga?? hehe..aku sbnrnya segan sebab terlalu ramah,kekkee..

mnarik la cai pic ko snap..mesti mahal ni kn..ngeh3x.
26/6/10 dh ade org bokin lom??
dhla nk jmpa ms kt bkt broga hr rmai gile org.cne nk bokin ek??

din – salam maulidur rasul kembali din, thanks din ye..alaaa biasa2 jelah lagi ni..:) time ko nanti aku mesti paksa ko senyum din,kekeke..bila ni din, aku tak sabar tengok sahabat baik ni naik pelamin,hehe

Mr Fathi – yaaaa, memang hensem dia kan,hehe

awe – salam awe, thanks bro..insyaallah nanti kalau ke sana aku ajak ko skali..boleh shoot kat tempat ko amik tu..lawa gila tu,hehe..

one – salam awk, terima kasih atas komen yang panjang lebar tu,hehe..itulah kalau dapat buat camtu lagi memang dah buat cam sepet tu :P hahah, takpe, ada lagi 2nd leg kat tempat sendiri, hope boleh manang pasni,hehe

sishoney – salam sis, thanks sis ye..hahaha, mengarut je sis nak masuk paper camtu..acai bukan kayo sangatlah sis,hehe..:)

dapurmaktam – thanks sudi singgah sini ye..

Firdaus™ – salam sifoo, terima kasih ye..:) selamat menyambut maulidur rasul juga ye bro..semoga kita lebih menghayati pengorbanan dan perjuangan rasul tercinta kita insyaallah..

zam – salam zam ,thanks bro bagitau,hahahahaa..akupun boleh tak perasan..aku dah removepun kaki tu,hehe..

Salam sensei, gambar yang banyak memberi ilmu baru kat aku..hee…heee.

Lepas ni kat airport plak insyallah rezeki ko ambik gambar…bila nak gi taiping?? jgn lupa aku deh??

Salam maulidur rasul cai..

~ waa… keterujaan ak bile tgk gmbr2 yg ko amik ni makin bertmbh2 la cai. ko mmg superb la bro.
~ mmg susah ye kalo amik gmbr org yg xfotogenik/susah nk senyum kan cai. *mcm ak. sok gmbr ak ntah cm ne la agknye. agknye gmbr snyum bole dikira agknya. kire ko ada task tmbhn kene bg ak gelak/senyum la ye dak. hehehee..

salam maulidur rasul cai,

pergh…setiap kali entri.pasti cai akan dtg dgn style2 baru.tahniah cai.sis suka semua.ehem.dah ada booking 2011.lagi setahun.tahniah cai.semoga makin murah rejeki cai.leh beli umah cash.so leh jd glamer gak masuk paper :)

Salam Maulidul Rasul
gmbar yg o/door 7/9/10 dan yg last2 tu sume best. saya mengharapkan ciri sinematografi seperti dalam Sepet (sentuhan almarhumah tentu sekali) utk o/door pic no.2. mencari2 juga ciri2 antiquity tapi segar utk gambar yg lain. namun yg last sekali merangkumkan segalanya, bravo!
amacam pagi tadi? tu la kan lwn tok guru. kalau di stanford bridge lagi la keramat, memang dulu2 tempat si Jose tu selalu beramal. :))

~ aku layan gambaq hang cun abih..
~ apasal gambaq kat atas katil tu nampak kaki hang la acai? kasi buang itu kaki..hehehe
~ salam maulidur rasul :)

Salam acai, thread kali ni gambar memang super duper power, walaupun ko dah banyak kali buat kelakar org susah nak senyum, tapi pada mata aku mmg dah cukup perfect dah hasil ni ;) ;)

apepun, Salam Maulidurrasul untuk acai dan family, serta semua pengunjung tegar blog acai…hehehe

2011 pun org dah book acai…mabruk! ;)

Mr Fathi – Salam fathi, thanks bro..:)angger arek jikuk nang stesen minyak orak luas tempat ne,hehe..kalau boleh memang dah buat,kekeke..pengantin lelaki memang cool!!

Kak Azieazah – Salam kak zie, terima kasih kak zie ye..:) sy kan memang suka bangunan lama, barang lama, lagu lama dan sebagainya yang lama,hehehe..:) selamat ebrcuti dan selamat menyambut maulidur rasul juga kak zie ye..semoga kita lebih cintakan rasul dan cuba mengikuti segala sunnah2 beliau,insyaallah..thanks kak zie atas sokongan ye..:) sy hargai sesangat tau..

atong – salam atong, hahaha, siot je..alaa biasa2 jelah..fulltime nanti takde EPF,kekke

cot – wakakakakkaka, huyooo cot ada awek dulu2,hehe..awek tu dah kahwin lum sekarang cot?hehe..ko nak kahwin bagitau awal2lah cot,hahahaha…

Salam dindaku ESAL..

wah sangat unik dan lain dari yg lain, bila shooting kat bangunan klasik mcm tu. Kak Azie memang pernah 2,3 kali lalu situ (tentulah) sbb naik ketapi ke utara..

Betul bangunan tu sangat “lama” tapi kelihatan teguh dan gagah, hasil tinggalan penjajah dulu..

Selamat bercuti esok ESAL..
Selawat dan salam ke atas junjungan Nabi kita..

*Hasil seni dan kebolehan kita bukan diri sendiri yang menghebahkan.. tapi,
ibarat orang berjual mee di pasar malam, tertulis di kadbod yg simple “Jika tak sedap bagi tau saya, kalu sedap bagitau kawan”

Lalu ia akan berjalan dari satu mulut ke satu mulut..

Selamat Maju Jaya ESAL…

sawah sudah,stsen ketapi sudah…apa lagi yg blom???stesen minyak???ahakss

selingan:memang best!!!cantik2 foto kau?tengok pengantin lelaki mcm malas je nak senyum???

ha’ah…
kat trg panggil cm²…
aku penah main ngn awek² ms main pondok² ngn kawen²…
mase kanak² lah…
wakakkakakaka…
gambar power root…
dah full ek???
abis² bile la aku nk kawen cani..
wakakakakkaka

Faiz Faiza – salam awk :) waaa, orang sana panggil ciku cak ye,hehe..:) kat sini tak taulah panggil apa..rasanya macam ‘cak-cak’ hehe

wah, 1st time komen awal2 ni.

2 org makcik tu main ‘ciku cak’ ke? alahai cerianya makcik2 tu.

*ciku cak-ini istilah org. Terengganu & Kelantan saja ke atau negeri lain sebut macam ni jgk ye?

Intrigcinta – salam sahabat, hehe, tarikh tu dekat 2 tahun sahabat..mesti ada yang belum terfikirpun sekarang masa tu diaorang dah kahwin,hihi..:) terima kasih ye sahabat..sila tunjuk ajar masa yang silap..

Salam Sahabat,

Wah tarikh 01.11.2011 dah ade yg book ke? agak2 tarikh 11.11.2011 dah ade org book x?

btw, pengantinnya manis sekali :) gambar pun superb…

Kak Masy – haha, memang boleh kalau orang semua tu lalu lalang ke apa..ni kalau dah semua orang duduk pandang pengantin amik gambar jadi pelik plak gambar tu,kekeke..takpe kak, byk lagi tarikh lain free,haha

ala baru nk buking, dah ade org plak. kene extend lagi laaaaa kawen akak ni hahahahaha

btw, apsal x amek je pic pengantin dgn latar blkg org ramai? cool wat ;)