Majlis Persandingan : Syuhana & Hisham

Bismillahirramanirrahim



Kali ni aku nak update Majlis persandingan pasangan Syuhana & Hisham yang diadakan di Dewan MBSA, Shah Alam. Sebenarnya ni kali pertama aku amik gambar dalam dewan sebesar ni. Kira satu cabaran gaklah bagi aku yang masih mentah ni. Sebab tu aku ajak member2 aku kerul sebagai second photographer, cot, shairulfaiz dan zakuan. Selain membantu diaorang juga dapat tingkatkan aku punye confident level,ceewahh.

Majlis ana ni berlangsung dengan meriah. Tetamu yang datangpun sangat ramai dan diaorang juga mempunyai adik beradik dan saudara mara yang meriah dan sporting :) Senang je aku nak buat kerja dengan kerjasama mereka. Halakan je kamera terus pose bergaya. Sampai kalau aku halakan lens tele (lens panjang) tanpa body kamerapun diaorang boleh posing gak,hahahaa. Oh ya, lagi satu pelamin diaorang sangat cantik, aku suka!! simple dan menarik. Layanlah sikit gambar diaorang ye.


Sebenarnya ambil gambar dalam dewan ni nampak macam senang. Tapi bagi photographer ia memerlukan kemahiran dan gear yang sesuai untuk hasilkan gambar dengan baik. Dalam keadaan syiling dewan yang terlalu tinggi, syiling yang bewarna gelap atau lampu dewan yang kurang memang faktor yang mencabar sebab sukar untuk gunakan flash dalam keadaan tu.

Kalau tak caya cuba korang guna compact camera amik gambar guna flash dalam dewan. Subjek tu mungkin nampak terang tetapi mesti latar belakang orang tu gelap kan? Pastu kalau tak guna flash mesti gambar tu gegar dan tak sharp plak kan? hehe. haaa, situasinya samalah. Cabarannya nak gunakan flash tapi cahaya nampak seimbang antara subjek dan background. Ada masa aku buat tutorial pasal ni :)

Aku cakap camni sebab aku pernah nampak gambar wedding kawan aku kat dewan yang camtu. Photographer tu guna direct flash dan gambar member aku semua gelap padahal dewan tu terang benderang sebenarnya. Baju pengantin semua overexpose dan detail hilang sebab terlebih cahaya. Jadi berhati-hatilah pilih photographer korang kahwin ye,hehe. Layan sikit gambar outdoor plak.


Untuk akhirnya, tahniah kepada pasangan pengantin. Selamat menjalani kehidupan berumahtangga buat korang berdua. Cepat-cepat dapat baby tau. Ana, jangan garang sangat ngan Sham ye,hahaha. Mohon maaf buat seluruh ahli keluarga pengantin sekiranya terdapat kata2 atau gurauan saya dan teman-teman yang yang tidak menyenangkan hati. Terima kasih di atas layanan yang sempurna dan baik. Tunggu album siap ye na, hehe.



Nota kaki : Tempahan untuk bulan Jun 2010 tinggal satu kekosongan je lagi. Sapa beri deposit dulu aku akan utamakan. Bulan-bulan lain masih lagi available. Maaf atas kelewatan membalas email korang ye. Aku takde internet kat rumah :P


Wassalam.


Mohd Faisal bin Hj Mohd Rahim aka Acaii
Photographer
Email : admin@faisalrahim.com
Blog : http://blog.faisalrahim.com
Old Website : http://faisalrahim.fotopages.com

Thanks for Comments

kak qaseh – salam kak, moga akk sihat2 hendaknya ye..alaa sypun samalah kak, selalu singgah blog akk tak sempat nak tinggal jejak..bizi sangat selain internet line problem kat sini..maklumlah sy takde internet kat umh,huhu..:P

Zana – Salam zana, terima kasih sudi singgah ke sini ye :) waaa, dah ada dslr, baguslah tu. Sebenarnya itupun kamera yang baik juga. Untuk normal used sebenarnya dah sesuai, lelagi dengan bantuan SB600. Kalau nak tahu sypun guna sb600 je untuk semua gambar2 sy kat sini.

Kalau dalam dewan, seeloknya kita ada body yang boleh boost sampai iso tinggi dan tak banyak grainy.Kalau dewan tu ada syiling memang cantiklah sebab dapat bounce kat syiling tu. Tapi kebanyakkan dwn mmg takde syiling yang rendah untuk cahaya tu pantul balik.

Jadi kalau nak direct pastikan flash tu dikawal manual (kalau tak tahu guna ttl balancepun takde). Shutter pastikan jangan tinggi sebab kalau tinggi lebih 1/100 sec gambar belakang mesti gelap.Kalau ada fast lens yang aperture bleh sampai f2.8 lagi bagus, guna je aperture besar tu. Kalau tak just guna yang terbesar kita ada cam f3.5.

Good luck!! tak faham leh tanya lagi..:)

one – salam awk, terima kasih ye :) sbnrnya gambar kahwin ni 90% adalah gambar typical,tak tahu dah nak bezakan style camne lagi,keke..erk, kenal yang serba merah? yang mana satu?

atong – hahahahha, siot je ko tong..:) mana de terkenal beb, aku ni macai je,keke..thanks juga atas support kengkawan..hidup jawa!!! haha

charmsixecho – salam bro, thanks sudi singgah sini dan komen. Aku masih belajar lagi ni, sama2 kita belajar supaya cepat terer ye,hehe.thanks bro.

lizpersona – salam liz, terima kasih. Itulah memang pengantin malu2 kucing je,hehe..err malu ke si ana tu?hahahha

jimi – waaa, ko pun ada facebook gak ke jimi? ingat ko bizi wat proggramming je,kekeke..orait nanti aku add ko ye..aku rasa kalau nak beli kamera cari yang ramai member2 ko pakai. 2ndpun ok jimi. bagi aku dari beli entry level kamera cam D40, D60 better terus ke D80 2nd hand. Byk function yang lebih. Tapi kalau ramai member pakai canon, beli je canon sebab senang nak belajar..:)

salam…
saya baru 1st time tgk site ni..lawa2 gamba..sy pn baru je pgg dslr, mampu pakai d40, memula bli x dpt guide dr sesape pon..nyesal plak skali pk, x byk lense yg lei suit auto,manual nie payah sketla, banyka nak kena blaja lagi..sesekali wat la tutorial sal apperture ke,shutter ke ek..lei bg tips x cene nak amik gmbar dlm dewan?saya de body d40+lense standard d40 tuh + 50mm + sb600.nape x lei direct flash??akk sy kawen 14hb ni wat kat dewan, saje nak tembak2..tq ek..

lama x tinggal jejak kat sini..
akk ade lalulalang kat sini cuma x sempat bk bagi salam…:P
harap acai sihat2 selalu…

salam..Tahniah en acaii makin lama makin meletup dan terhangat dipasaran.gambar makin lama makin cun peminat pun dah makin ramai kat blog nie..
…hidup jawa untuk jawa satu malaysia..

gambar not that impressived as compared to before but some are oustanding and marvellous..yg ada amik ramai2 tu..kenal dia orang yg serba merah tu?

Salam Sal,
Nnti add aku kt Facebook. Seng nk komen2..haha..
Pastu aku nk tanya nih, kamera ape palg terbaik ang rasa bagi beginner mcm aku? sbb nk beli nh.

chaiyukkk!!!
bijak u n team mengadaptasikan pictures n environment….nampak real n xkaku w’pun hakikatnya bride n groom still malu2…….

Kak Azieazah – Salam kak zie, kekekek..sajalahnak bagitau diaorg kak supaya tak tersilap macam kawan saya tu.Menyesal tak sudah.Disebabkan nak jimat sangat jadilah camtu kak zie,huhu..Sianlah takde kenangan gambar yang lebih baik.

cik pingu – Salam cik pingu, alaa insyaallah lama2 pandailah. kena rajin practice. abgpun tak pandai lagi ni, byk kena belajar.

Salam dindaku ESAL..

“ Jadi berhati-hatilah pilih photographer korang kahwin ye,hehe..”

ayat tu suatu ayat yang ikhlas tu, walaupun ada nada macam iklankan diri sendirik jer.. hahaha…

Kalau dah bulan Jun dah penuh, bulan berapa ler Kak AZIE nak kahwinkan anak niiii…hahahaha..

masjamian – salam bro, hahahhaaha waras wae sih..ooo, dapat gak ko ke sana ek..diaorang pakai baju warna apa kat sana ek? cantik tak?hehe..kalau ada blehlah kongsi nanti..thanks bro..

jimi – salam jimi, waaaaaaaaaaa lama gila tak jumpa ko..weh, tak datang sini lagi ke jimi? dahlah rayapun tka sempat nak mintak maaf kat ko,hehe..apapun ko masih ada no aku lagi kan? nanti kalau ada pape (nak kahwin ke) jangan lupa bagitau aku ye,hehe..kelate tu dekat je lah,haha..hope business makin kencang..:)

ejal – thanks ejal, nanti kalau aku ada shoot dewan lagi aku bagitaulah ko ek jal,hehe..jal, ko bagi jelah kat ajey..ngan atong aku jarang jumpa..ajey kekadang main futsal ngan aku,hehe..huyooo, nak kahwin member aku sorang ni,hehe..tahniah jal, insyaallah aku datang nnti..

Vinil – Salam bro, thanks bro :) aku masih belajar lagi nih..Aah dah tka banyaklah nak tukar2 lens..tapi tukarlah gak sebab main 50mm ngan fish eye dalam keadaan tertentu,hehe..sbb pakai tele kalau low light mmg susah skit..nak pastikan shutter atas 1/125, kalau tak gegar..kalau pakai 50mm bleh shutter 1/30pun ok lagi,hehe

weera – salam bro, tele tu sy pakai 80-200 f2.8 two touch..:) waaa, bleh je jadi geng..nanti kalau ada apa2 persolaan blehlah tanya ye..mana yang sy tahu sy cuba jawab..:)

abam acai…mantopppp…terbaek..aku rasa kn ikut ko pegi shot dlm dewan la..sbb bila dalam dewan mmg aku failed da..huuhu..

p/s: aku nak bg kad ni weh..nak aku pos bagi la alamat..ker aku kirim kat ajey ker atong weh…hehehe…

acaii…kabare? wes ngiseng? eh wes mangan?…sabtu lepas aku pg kuala kangsor umah syam ni. Tapi takle amik gambo dia pasal jaga anak sulong aku yg ligat tu… Budak syam ni nampak rock tapi baik punyee. Orang kalau expert dalam dewan ke gua ke bawah tanah ke sume boleh shoot. (haha…)

Bro achai… kacau sket lagik eh?
Tele tu pakai apa ye? 18-200? Sori ek. Saya pun Selangorian. Tp keje kat Sabah. Tak ramai geng utk kongsi minat fotografi ni. Harap la bleh jadi geng…

salam abam acai… huhooo.. gamba pelamin ngan yang 15 tuh smart…
yang last tuh pun kaw…
adeshh…
sakit mata tgk angle abam acai nih…

heheh lepas nih tak payah nak tukar2 lens dah la kan?

satu attach tele lens..
satu wide.. huhuhu

sishoney – salam sis, thansk sis ye..:) memang mencabar sis dalam dewan ni..nampak je macam senang,kekek..tahu sangat sis bizi time akhir tahun ni..maklumlah, dah hujung2 tahun ni memang cam tulah..kat tpt acaipun sama je..sian korang semua,hehe..sabar sis ye..

errr, sbnrnya acau ada je broadband ofis, tapi jarang bawak balik,hehe..malas, nanti main internet je kat umh..byk lagi kerja lain nak buat,ceewahh

awe- perrrghhh ko dah beli tiket ke awe? itulah pasal, dari tahun 1970 lagi kelantan tak masuk final..mesti ramai gila orang kelate tengok malam tu.negeri sembilanpun tak jauh sangat..mesti penyokong ramai nanti..jangan ada yang bakar stadium kalau kalah sudah,hahaha

cot – hahaha, thanks cots, sudi ikut aku time tu ye sampai 2 hari..:) nanti ad ajob sendiri jangan lupa ajak aku wei,hhahaa..akupun suka yang dari tempat parking tu,hehe

weera – Waalaikumussalam bro, terima kasih ye..Sy buat editing pakai photoshop je..biasanya main colour balance, level, masking, high pass, soft light, gradient cmpur2ah..sy pakai d80 je sblm ni..tapi job kali ni baru beli body tambahan d90,hehe..lens uwa tu pakai sigma 10-20 :)

Go gejet go…aku sentiasa doakan ko lebih berjaya cai..satuhari nanti aku pun ada simpan cita2 nak bukak kedai gambar. Ada bran?

Jom ke stadium bukit jalil sabtu ni..shoot candid penyokong N.S dan Kelate…mesti hevoc nyerr..aku rasa kelate ada peluang la tahun ni…insyallah.. maklumlah dah sejak tahun 1970 lagi…

salam caii,

rasa baru miss satu entry sis xkomen.tapi dah mcm bertahun plak.biasa la menteri2 kewangan ni bila hujung tahun mst busy.job kawen pun kena gak tolak.yg dah shoot terpaksa sabaq.

wah.mmg mencabar kan amik majlis yg besaq2 ni.sll mst lebih dari 2-3 org photoq.semakin jeles tgk mata ikan cai ek.

wah dag penuh bulan jun.habis kalo sis nak kawen xleh la bulan jun ek.huhuhu.takpe.pilih lain tahun bulan jun k :)

p/s:cai,tenet xdak kat umah.mtk tlg la cik isteri balaskan guna berukbad.kan caii dah lantik dia jd cik secretary :)

salam caii,

rasa baru miss satu entry sis xkomen.tapi dah mcm bertahun plak.biasa la menteri2 kewangan ni bila hujung tahun mst busy.job kawen pun kena gak tolak.yg dah shoot terpaksa sabaq.

wah.mmg mencabar kan amik majlis yg besaq2 ni.sll mst lebih dari 2-3 org photoq.semakin jeles tgk mata ikan cai ek.

wah dag penuh bulan jun.habis kalo sis nak kawen xleh la bulan jun ek.huhuhu.takpe.pilih lain tahun bulan jun k :)

p/s:cai,tenet xdak kat umah.mtk tlg la cik isteri balaskan guna berukbad.kan caii dah lantik dia jd cik secretary :)

Assalamualaikum….
Serius saya mengagumi hasil kerja bro ni. Warna hidup dan detail. Harap bro bleh kongsi rahsia editing bro ni.
Satu nak tanya, kali ni bro pakai gear apa ye?
Nampak mcm 10-20mm UWA je….
DSLR bro plak?
TQ atas perkongsian….

benci laa tgk gambo ko caii..
kekekekkkeke
aku suke gmbr yg ko shoot dr kwsn parking2..
smart…
kudoss caii..