Musim kahwin dah tiba :)

Bismillahirramanirrahim



Bismillahirrahmanirrahim

Salah satu perkara yang unik kat negara kita ni ialah terdapat macam-macam musim walaupun kita tak duduk kat iklim 4 musim,hehe. Kita ada musim durian, musim cuti sekolah, musim tengkujuh dll termasuklah musim kahwin ni. Sekarang nampaknya dah masuk musim kahwin. Mulai bulan Oktober ni sampailah akhir tahun nanti memang ramai yang akan melangsungkan perkahwinan termasuklah sahabat2 aku:)



Kalau kat kampung tu bila tiba musim kahwin ni satu hari kekadang sampai 4-5 buah rumah nak pergi. Memang tak payah masak kat rumah. Kekadang sampai membawa ke malam sebab biasanya area tempat aku kenduri kahwin makan masa 2 hari (Sabtu hingga Ahad). Tu belum majlis rewang lagi. Keluarga pengantin sekarang ni mesti dah mulai sibuk mengedar kad kahwin, renovate rumah (hehe) dan membuat persiapan majlis.

Pengantinpun apa kurangnya, cuti kerja dah tentu makin habis dek menyiapkan keperluan kahwin, beli barang2 hantaran, mencari pelamin, katering dll. Sambil tu tidur tak lena memikirkan majlis yang bakal berlangsung serta menanti penuh debaran saat bakal menjadi raja sehari. Tapi kekadang yang paling selamba bakal pengantin lelaki yang kekadang boleh rileks je sampai buat bakal pengantin perempuan geram, hahaha. Saat ni lah perlunya bertolak ansur serta mengelakkan berlaku pertengkaran ataupun bermasam muka :)

Apapun aku doakan semoga semuanya berjalan lancar. Belanja mengikut kemampuan dan jangan terlalu berlebihan hingga membazir dan membebankan dikemudian hari. Sebenarnya kehidupan selepas berumahtangga tu lebih penting dan patut menjadi keutamaan kepada semua pasangan. Insyaallah selepas ni akan banyak entry kahwin sehinggalah habis musim kahwin ni,hehe. Tahniah untuk semua!!


Nota kaki : Selamat bekerja juga kepada sahabat2 photographer, caterer dan butik2 andaman yang pastinya sibuk nanti. Buat yang terbaik untuk pelanggan kalian semua, chaiyok2!!

Wassalam.


Mohd Faisal bin Hj Mohd Rahim aka Acaii
Photographer
Tel : +60122767662
Email : admin@faisalrahim.com
Blog : http://blog.faisalrahim.com
Old Website : http://faisalrahim.fotopages.com

Thanks for Comments

ejal – salam jal, alaaa korang budak2 tanjung tiap2 minggu ada job on call je,hehe..:) no ko ada kat hp aku yang maxis tu jal, aku takde no ko sebab hp tu dah arwah,heheh..:) takpe, nanti aku beli hp baru ye,hehe

mucid – slm mucid, terima kasih sudi singgah sini ye…:) sy banyak amik gambar kat sini sebab sy tinggal kat area sini,hehe..:) boleh je nak amik gambar kat kelantan, cuma kena tambah kos transportion je lah..:) thanks ye.

nurul aini – salam kak, hehe..hdd tu ada kat rumah banting sana kak, sy ada kat kerinchi :) nanti kalau balik kampung sy copy pastu mail akk ye..:)

asrarfiza – Alhamdulillah, semuanya berjalan lancar..:) aitt, nak jalan2 mana yang?hehe..

jivebumz – salam awk, aah yang dapat kad jemputanpun ramai je..:) kalau kat kampung nak rewang lagi, nak kondangan lagi,hehe..

salam acai.sje nk tny..sy tgk awk byk amek kt area kl..kalo kt kelantan blh x? :)

Salam Bro,peh mst masyuk giler ni time musim-musim kawen ni kan..Bile ko nak ajak aku Tag lagi ni…Aku jadi tukang pegang kamera lagi 1 pun jd ler..hehehe..

haha musim kawin! betui tu ramai sangat yang kawen start bulan nie.. setiap minggu full nak pegi majlis kawen kawan2 untuk bulan nie saja… dan seterusnya jugak laa..

musim kawin dah tiba…

alhamdulillah, majlis kita aritu berjalan lancar…syukur;)

yea!! musim kawin ni leh lah kita berjalan-jalan jgk ye..kira pakej lah tu, heheh

Kak Masy – sy dah ada beberapa jemputan bulan ni.tapi nampaknya kena datang malamlah sebab tak dapat hadir majlis sbb kena shoot gambar,huhu..

Kerul Shukor – Slm kerul, aah akupun dah lama tak datang sebagai tetamu,hehe..kekeke, siot je ko..syyy, takde orang tahu lagi nih,hehe..

thia – salam thia,hehe..orait, tunggulah entry2 akan datang ni ye..:) kan best kalau wedding thia kat cairo sana, bleh jalan kat sana,hahahaha :P

Firdaus – Slm bro firdaus, selamat hari raya bro ye..:) insyaallah aku akan cuba buat yang terbaik..tapi jgnlah expect terlalu tinggi, aku budak baru belajar lagi,hihi..

aku dah lama datng kenduri kahwin sebagai tetamu nk makan²..hehehe..

p/s: caii..best x kahwin..thehehe..pasni mmber kita ni akn mnganas dgn adanye teman baru di bahu kiri/kanan..go nikon!!!

akulensa – Salam bro, thanks :) sekarang mesti ramai photographer bizi ngan job masing2..alhamdulillah rezeki tu kan bro..:) buat yang terbaik jom, chaiyok2!!

peijan – hahaha, aku dah agak dah kalau ramai jumpa dan belum kahwin mesti soalan tu yang kuar..aku ada cadangan, akalu depa tanya jgn cakap lum sampai lagi, ko cakaplah “doakanlah untuk aku ye” itu lebih positif dan manalah tau cepat dapat jodoh,ehhe

Sishoney – salam sis, waaa hebatlah sekarang sis ni dah bleh access fb ngan hp,heheh..:) bagus sis dah ada keyakinan amik job..apapun buat yang terbaik sis..semoga perjalanan lancar sis ye..:) chaiyok2!!

cots – hahahah, siot je ko cots..bleh jelah nak ngeteh wei..mana de orang ada job malam2 wei,kekek..kalau ko free nanti aku ajaklah shoot sesama aku,ehhe..

cemut sana sini – salam puan cemut,hehe..:) alaa, jgnlah expect tinggi sangat. orang masih belajar lor,heheh..:) thanks cemut for ur support!!

Kak Azieazah – Slm kak zie, yaa sangat betul kak..lagi seronok kalau majlis tu dibuat secara bergotong royong sesama penduduk kampung:) tapi semua tu kekadang perlukan komitmen, tenaga dan masa yang banyak yang tak semua orang sekarang mampu nak buat. Lagipun orang sekarang kurang skit nak bermasyarakat,hehe..

Waaa, awalnya kawan akk tu buat persiapan kahwin,hehe..baguslah, supaya tidak kelam kabut dengan persiapan last minit kan kak:) semoga semuanya berjalan lancar nanti,amin..Betul kata akk, kekadang memang ada gaduh2 skit sebelum majlis sebab masing2 nak tegakkan pendapat sendiri..tapi tu lah sebenarnya ujian awal dalam perkahwinan tu kan?hehe

thia – Slm thia yang berada jauh di perantauan,hehe..:) nak baca apa ye thia? :P

nurul aini – slm kakku, berita baik nih. gambar akk dapat gak recover skit tapi tak semua sebab ada damage sector kat hard disk tu :(

kak, kalau nak beli kamera dslr kena tengok tujuan penggunaan dia..kalau untuk normal use entry level dslrpun dah ok:) tentang brand tu sebenarnya tak kisah sangat sebab dua2 bleh hasilkan gambar dengan baik..

Cuma lebih baik kalau beli kamera yang ramai member2 sekeliling pakai. Sebab akan lebih cepat belajar dan boleh tukar2 lens, speedlight dan aksesori lain bila perlukan. Kalau kita pakai Canon dan semua member pakai Nikon nanti susah plak sebab setting2 semua agak berbeza..

Sebelum beli, rasa dan pegang2 dulu mana yang lebih selesa kat tangan dan mengambil gambar..sebab ada orang yang lebih selesa pegang kamera nikon dan ada juga yang lebih selesa pegang canon,hehe..:)

Kat malaysia ni ramai orang pakai nikon :) tapi pengguna canonpun dah ramai..

salam caii…aku xsabar nk tggu entry ko pasni…1 lagi mst dh ssh nk ajk ko ngeteh sbb ko kn biz..wakakakakkakaka..bile mau ngeteh wei…

salam cai..sis komen via hp cap ayam je ni.sis dah kt melaka.hehe.btl2.musim kawen dah mula.kalo ikut istilah kami musim mengawan.hahaha.saje2 suka.sis pun da ada 2-3job musim kawen ni.tp pas shoot je terus sok2 terbang meh melaka..then kami mlm sis fly blik penang.jumaat shoot akad nikah plak.insyaALLAH.even sis just shoot utk kwn2 tp sis nk lakukan yg tbaik.thanks ye

Salam ESAL..

Majlis kahwin antara majlis yg paling seronok dihadiri.. kdg2 lebih seronok dari pi dinner kat hotel2 yg penuh protokol tuh..

Syabas juga buat ESAL yang mendpt pendapatan sampingan bila tiba musim orang kawin..

Seorang kawan yg bakal kahwin juga ujung tahun, sudah mula buat persiapan setahun lebih awal. Kagum tengok dia, yg sangat cool dan selamba.. sbb dia bergerak step by step tak kalut pun..
Tp betul kata ESAL, dia cukup bengang dan geram sbb tunang dia (lelaki ler of courseee….) lebih selamba derrrkkkk dari dia..

Tu yang kadang2 “darah manis” jadi darah pahit tuh.. hahahaha…

murah rezeki ey bro..bes nye kan..ari2 ade job kawen gitu..xsabar nk tgk pic yg bro snap..addict dah neh.

OOO FAIZAH TU SENIOR OR JUNIOR ACAI? ACAI AMACAM GMBR KAWIN AKAK ADA JUMPA TAK? LAGI SATU NAK MINTA PENDAPAT KAMERA SLR NIKON OR CONAN WISH ONE BETTER? ADIK AKAK CONTINUE STUDY INSYAALLAH BIDANG PHOTOGRAPHY BARU BELI KAMERA TP NIKON. OK TAK AGAK2?

syafirol – slm wan, waaa siot je ko ek..:) akupun minat hasil2 kerja ko lah wan..mari sama2 kita buat yang terbaik untuk pelanggan kita:) kena fit kan badan ni wan, nak bergerak banyak time majlis nanti,hehe..

aku menanti hasil kerja hg yg pasti menjadi idaman kalbuku. aku nak tiru mungkin x dapat. Selamat berjaya dan bekera seikhlas hati biarpun penat atau berkecil hati.

kurzz – hahaha, mula2 aku nak cakap musim camtu jugak tadi, tapi tak sopanlah plak,hehe..:) paham2 je dahlah..Akupun nak mintak maaf zahir batin gak kurzz..tak sempat nak jumpa ko kan puasa lepas,huhu

acai…erm selain di panggil ‘musim kawen’ ader gak kata2 nakal yg kata ‘musim mengawan’ gak *hehehe mmg nakal sungguh kan kata2 tu kn….:P ape2 pun “Selamat Hari Raya Maaf Zahir & Batin yer acai…*kita dlm bulan perayaan lagi ye tak..:)