Majlis Bertandang Shahidan & Hanifah

Bismillahirramanirrahim



Musim cuti sekolah ni memang ramai orang mengadakan majlis perkahwinan. Masa buat Outdoor kat Putrajaya Sabtu lepas lebih 20 pasangan pengantin aku jumpa kat sana,hehe. Memang trend pasangan zaman sekarang buat outdoor dalam majlis perkahwinan mereka. Macam-macam gaya photographer aku jumpa :)

Kali ni aku nak update Majlis Bertandang pasangan Cikgu Shahidan dan Cikgu Hanifah kat Kampar, Perak. Aku ditemani sahabat aku Kerul Shukor sebagai 2nd photographer. Kalau takde dia mati kutu aku drive jejauh sorang-sorang. Bapa Cikgu Shahidan ni kira orang penting jugalah. Sebab tu dalam majlis tu dihadiri Dato’ Seri Nizar Jamaluddin, Mat Sabu dll. Terkejut aku diaorang datang :)



Selepas habis majlis kitorang buat outdoor kat sekeliling Pekan Kampar. Kesian aku tengok pengantin keletihan masa outdoor,hehe. Tapi memang best sebab diaorang bagi kerjasama penuh. Photographer ni memang akan bersemangat dan lebih kreatif kalau pengantin beri kerjasama tau :) Walaupun kekadang macam nak patah tulang belakang sebab keletihan,haha.

Oh ya, ni aku nak kongsi ‘the making’ gambar last tu. Kekadang balik dari shoot gambar mesti badan aku gatal2 sebab baring dan guling2 kat atas rumput dan tanah :P tu belum sengal dan sakit badan lagi. Tapi aku tak kisah asalkan dapat hasikan gambar terbaik untuk client aku,ceewaah.

Untuk akhirnya, terima kasih kepada Cikgu Shahidan yang hire aku untuk merakamkan detik berbahagia dalam hidup beliau. Semoga ikatan yang terjalin berkekalan sampai ke syurga,amin. Terima kasih kat Kerul yang banyak membantu aku. Tunggu album siap ye cikgu :)


Nota kaki : Bulan Jun ni genap 6 bulan aku amik gambar perkahwinan. Baru lagi. Masih banyak benda yang aku kena belajar. Sila beri teguran dan kritikan supaya aku boleh maju ke depan ye kengkawan. Terima kasih atas sokongan semua :)

Info tambahan: Cikgu cakap Dato’ Seri Nizar Jamaluddin tu datang sebagai tetamu dalam majlis ni. Dia sepupu belah emak Cikgu Shahidan..:)

Wassalam.


Mohd Faisal bin Hj Mohd Rahim aka Acaii
Photographer
Tel : +60122767662
Email : admin@faisalrahim.com
Blog : http://blog.faisalrahim.com
Old Website : http://faisalrahim.fotopages.com

Thanks for Comments

fazamania – slm bro, aah mmg ada..:)

zool – adalah zool,hehe..

kui – slm awk,hehe..:) thanks ye awak..

OrgLama – Salam, terima kasih kerana sudi singgah sini ye..Waa, really appreciate ur comment..Insyaallah akan cuba diperbaiki pada masa hadapan..masa ni memang over excited sbb baru dapat lens ni,hehe..

Composition awak not bad.. cuma awak terlalu gemar gunakan fisheye tak kena tempat. Utk wedding potraiture ingatlah yg pengantin itu adalah subject. Boleh gunakan persekitaran utk menambah kesan dramatik tapi jgn sampai kerana kemaruk dgn fish-eye menyebabkan subject jadi distorted, nampak macam hantu galah dan sebagainya.. as a rule of thumb, 80-90mm tetap focal length yg baik utk potraiture..

tak tahan tgk mata ikan keli ni..hehehehhe…

aku plg suka gambo yg duduk dlm hutan.. ala2 mcm bermimpi pon ada.. mcm dlm filem dulu2..eh tp filem dulu2 b&w kan? ha kira dulu2 tapi ada kaler lah… :)

Hazreen Rashid – Salam bro..alaa, takde hal..:) kita sama2 belajar..

peveyhack – slm sifu,hehe..semuani belajar dari ko gak pevey..thanks bebanyak..:)

Hazreen Rashid – hehe, akupun tak reti sangat sbnrnya..tapi kalau pakai diffuser tu tengok jenis gak..cam Gary Fong tu cahaya dia lebih lembut berbanding ngan omnibounce..

Kalau pakai diffuser tu sbnrnya cahaya tu diselerakkan kesemua arah..kiri, kanan depan, belakang dan atas..jadi ia sangat berbeza ngan bounce flash ke atas..

Cahaya harsh tu sbnrnya bleh dikawal kalau guna manual flash..tak kisahlah kita guna apa kat atas flash tersebut,hehe..in fact, kalau kita guna flash directpun sbnrnya bleh dapat gambar yang well-balance dan tak harsh asalkan kita tahu kawal jumlah kekuatan cahaya tu..biasa aku start dengan 1/8 kekuatan cahaya..:) harap membantu skit..

thanks bro. sangat2 membantu. tambah tanya satu lg soalan. kalau pakai diffuser dan bagi strong flash upfront dia tetap akan bagi kesan harsh shadow ke?

sorry tanya banyak sangat. saya ni baru belajar. :)

mrozaidi – slm bro, thanks sudi singgah sini ye..thanks..

Hazreen Rashid – Slm bro, terima kasih ye singgah dan baca blog ni,hehe..:)

ooo, aku jarang guna diffuser..biasanya kalau taknak bagi shadow terutamanya kat bawah mata atau perempuan yang pakai tudung..aku kena pastikan cahaya tu bounce kat tpt yang betul..aku tak pandai sangat..tapi selalu aku bounce ke atas dan dongakkan kebelakang skit flash tu..

Aku tak tegakkan flash 180 darjah..mybe dalam 160 darjah kebelakang :) jadi cahaya tu pantul kebelakang skit dan kembali dari arah depan muka pengantin..bukan datang dari arah atas..:) dan selalunya aku guna flash manual..dah tak pakai TTL sekarang..harap membantu skit..:)

Glizzy – waaaa, otai D90 sudah masuk sini,hehe..thanks bro..waa, gambar ko punyelah mantap baru 6 bulan?? tak cayalah,hehe..

ajek – thanks bro..:) sila beri tunjuk acai..berani naik gununglah minggu nih,kekekkeke…

fairuz – slm bro,hahahaha..siot je bau ikan..:) aah, aku amik yang 10.5mm tu..layan gaklah,hihi..betul tu, sama2 kita tingkatkan ibadah kita sama2 ye..mana yang aku buat salah tu ko tegur2lah ye..thanks bro..

salam bro.

saya ni suka baca blog awak senyap2 jer.
saya ada satu soalan, saya harap awak tak kisah utk jawab.
saya tengok banyak gambar2 indoor awak tak banyak shadow especially dekat bawah mata pengantin2 tu. biasanya saya tak suka bounce flash to the ceiling sbb masalah panda eye tu la. jadi apakah teknik flash saudara indoor? adakah 45 degree upwards with diffuser, direct with diffuser atau bounce to the ceiling gak with a few tweaks?

harap2 sudi membantu. terima kasih :)

wahaha..padanla ade bau ikan tadi..rupenye dah sambor mate ikan..hehehe
nikkor 2.8 ke?
teruskan menghasilkan gambar yg terbaek!

btw terima kasih aku ucapkan atas komen ko tu…..den hargai idea kau tu…samo2 kitp pertingkatkan kualiti ibadah kito.!

~Wow, dh siap guna fish eye ke sedara..? Baru 6 bln pn tp picts dh bapak superb.. Samala jgk kita 6bln..

(,”) Merci..

kak aseh – slm kak, hehe..memang penat sangat kak..tapi apa nak buat sebab kerja..kekadang dah nak tido or bangun pagi barulah terasa sakit2 badan tu..:) waaa, photographerpun takut hantu kaa?hahaha

memang sian nengok photographer ni…terguling sana..tercangkung sini… berpeluh2 mcm kena mandi hujan…

adik ipar akk hari tu amik gambar atas bukit kat umah..kat pokok getah jerr … kebetulan ade jirat cina dekat2 situ…akk soh derang amik gambar advanture kat jirat tu… photographer siang2 dah larikss…hehehheh

amm – wakakakaka, siot je ko amm..aku budak baru belajar lagilah,hehe..:) weii, ko nak tak gambar ko aritu,hehe..alaa, ko beli jelah kat sana nanti..agaknya lagi murah kot,hihi..

acaii dah ada 2 title nanti, satu sifoo 50mm.. latest sifoo mata ikan bawal in making.. wakakaka.. aku pon teracun sekali ni..

nanba – slm nanba,hehe..itulah, aku sbnrnya teracun nan kay tu..:)

juli dahlan – wakakakka, siot ko mdnurie guna nick lain,hehe..alaa, ni saja lah kononnnya nak buat kelainan,hehe..

khairilmustaaf – slm bro, thanks sudi singgah sini..thanks..gambar2 hangpun best gile..)

kerul shukor – kekekeke, belilah kerul..macam2 bleh buat..aku jalan2pun pakai lens satu ni je,hehe..:) insyaallah bleh geng skali nanti..kalau aku tak pakai bleh jelah nak pinjam,hehe

mata ikan bawal acai beraksi..bro,mmg aku dh trachun laa..ko la ni..xpe, tgu da rzki..InsyaAllah, apa² hal pun, aku suka otdor kat pekan ri tu..mmg klasik..hehhe

p/s: nak pinjam mata ikan leh..hihihi

shairulfaiz – kekek, siot je..ko yang makin mengganas paiz..:) wakakakkaa, brengsek ko kiss2 aku,hahahhahaha

Kak Masy – slm kak..aah kak diaorang mmg simple je..:) nak just meraikan tetamu yang hadir..takde pelamin2 semua..kalau ada mmg sy dah masukkan gambar2 camtu semua..:)

cot – ahahaha, baru ko tau camne penatnya jadi photographer..tu belum jadi OP lagi cot,hehe..weii, aritu akupun ada gak lah kat putrajaya..ko kat mana aritu? siot je nanba tak bagitau,hahaha

terbaik r cai….
baru ku tau penatnye shoot outdoor masa ikut nanba mggu lps..
penat siot..
mwahahhahaa

snm – ahahahahaha, takdelah pengantin sampai golek2 falin..photographer je..insyaallah nanti nak join skali..falin, stamina kena tinggi sblm outdoor tau..penting,hehee..saje bagitau awal2..

Sis honey – slm sis, thanks ye..cepat betul sis,hehe..acai tadi tertekan publish masa ngah draft entry nih..:P thanks ya