Majlis Perkahwinan Suziana & Musa

Bismillahirramanirrahim


Sehari selepas majlis pertunangan Liya & Farid aku amik gambar majlis perkahwinan pasangan Suziana & Musa plak. Sebenarnya ni job sahabat aku Qayyum. Aku sekadar tempel2an sahaja membantu mana yang patut, hehe. Aku suka sebenarnya ikut photographer2 berpengalaman supaya dapat belajar tentang perkara yang aku tak tahu. Jadi aku bleh improve diri aku setiap masa..:)

Suziana ni sebenarnya adik kepada kawan aku masa sekolah rendah dulu. Dari sekolah rendah tak pernah jumpa dia lagi sampailah aritu,hehe. Pastu dia juga sepupu kepada member-member photographer aku belah Tanjung Karang sana iaitu Ajey, Ijal dan Atong. Korang layanlah gambar ni sikit ye.


Aku memang orang kampung. Jadi kalau aku amik kat area kampung ni memang semangat tu lain macam sikit walaupun sebenarnya amik gambar kat rumah kampung ni lebih susah dan mencabar. Sebab keadaan rumah yang kekadang tak ada syiling, dinding kayu berwarna terang dsb. Kalau photographer yang kurang berpengalaman mesti muka pengantin tu nanti ikut warna cat kat rumah tu atau warna syiling :)

Kalau pink, maka pinklah jua muka mereka berdua,kekeke. Sebab tu aku perlukan cabaran berbeza-beza supaya aku boleh belajar benda baru. Belajar dari kesilapan. Ia lebih mudah dari belajar di atas kertas tanpa praktikal. Chaiyok2!!

Wassalam.


Mohd Faisal bin Hj Mohd Rahim aka Acaii
Photographer
Tel : +60122767662
Email : admin@faisalrahim.com
Blog : http://blog.faisalrahim.com
Old Website : http://faisalrahim.fotopages.com

Thanks for Comments

salam senpai :)
ni buat falin teringat OP yg amik gmba masa kwn falin kawen 2 thn lps. Op tu agknya bdk bandar,x pnh amik job kt kg..so dia sgt2 excited smpikan setiap tingkap, ruang tamu, bilik semua2 lah kt rumah kwn tu dia suh posing. tp hasilnya sgt2 menarik & warna pun semua naik :)

kerul shukor – thanks kerul..:) aah, yang kedua last tu over sebab aku terpusing dial command tu ke aperture priority..:) pastu angkat kamera main shoot je..skali aku terkena duit syiling terus tak brani duduk depan tu,kekeke..

mdnurie – thanks bro singgah sini..:)sila beri tunjuk ajar ye..

inda – thanks ye inda dan terima kasih sudi singgah sini..

one – slm awk, thanks ye atas pandangan tu :) *suka!! err sudut camne tu wak? tak faham sangat,huhu..sorry..

kak azieazah – slm kak zie, alhamdulillah semua sihat..terima kasih kak ye..kalau ada kekurangan kak zie tegur2lah ye..jangan risau, kalau kak zie sambut menantu nanti sy bleh bg special price tau,hihi..

kak qaseh – slm kak, waaaa akk dah pandai bermadah nampak,hihi..:) thanks kak ye..ni terpengaruh cerita korealah tu,haha..

zam – thanks bro..akupun pernah jadi benda sama..lelagi auto white balance kat D80 tak best sangat..skali dah reti guna kelvin barulah ok skit..:)

Sarah – Betul tu sarah..sebab kalau pancarkan flash secara tak langsung cahaya yang sampai kat pengantin akan ikut cahaya yang dipantulkan dari dinding, syiling dan sebagainya..sbb tu mmg akan pengaruhi gambarlah..:) alaaa, sama jelah sarah..tapi awk kat kampung gak kan,hehe..kalau tak trill lagi senang sy nak berkreatif kat temerloh sana,ceeewahhh.keke

Salam ESAL..

pekabor? orang rumah sihat? :D

sejak dulu Kak AZIE suka dengan cara kerja ESAL dan kengkawan…
ALL the BEST, dik..

(*uishhh aku nak sambut menantu nanti, nak panggey korang ler amik gambar…)

salam cik fesal
gambar 2…fuyyoo
pic 5… meriah.. cuma kalau boleh lagi detail pada sudut2 atau fokus2 tertentu bukan ke lebih lagi dramatiknya?(org pandai merapu jek hehe)

Betul kata awak Acai. Kalau di rumah kampung, warna dinding semua tu memang akan mempengaruhi gambar. Tapi gambar kawin di rumah kampung la yang jauh lagi happening. Baru terasa aura majlis tu! Sayangnya, walaupun rumah saya di kawasan kampung, tapi rumah saya bukan rumah papan. Nanti tak thrill la waktu majlis saya nanti. Hahaha.

~ aku suka la tone kaler hang acai
~ mmg mencabar kenduri di kampung, aku penah gambar menjadi kuning ja.

chaiyok!!

Bila dasar suatu cita-cita bermula,perjalanananya menjadi sukar dan memerlukan pengorbanan yang banyak.

Aja-aja fighting…

* kekeke tetibe le palk hehehe

shairulfaiz – slm bro,kekeke..itulah..bagi org pengalaman cam ko mesti dah biasa hadapi masalah tu..dulu mula2 akupun slalu underexpose..tapi sekarang dah ok..:) berkat pertolongan kawan2..:)

sis – slm sis, thanks sis..alaa, idea tu kekadang mmg datang time majlis berlangsung..kekadang tak muncul2 gak,hihi..acai tak pernah shoot guna RAW sis..lagipun macam tak brape perlu sangat kalau dalam wedding ni..:)

amm – thanks bro..ajarin gue skali amm,hehe

Hasbullah Pit – Slm bro pit, lamanya tak dengar khabar org melaka ni..:) moga siaht2 hendaknya..macam ada pengalaman je cakap camtu bang?hahahhaa

salam incik sifoo,

wah.cai sentiasa segar dgn idea2 baru.yg buatkan anak murid sentiasa kagum.yg no 2 tu cai guna RAW ke.sis xpernah guna setting RAW tapi baru2 ni try bila kawan suggest.tapi kene beli kad 10gb kot baru cukup.

huhuhu baru ko tau acai..bila dpt shoot kat umah atap genting…hahah tue istilah bagi aku ( atap genting )heheheh sebab aku dh bnyak kali dpt..tp alhamdulilah semuanya jalan dengan lancar…so renung- renungkan dan selamat beramal

Kak Masy -kekekkekek, mana da orang cakap takmo amik gambar kak..ok jelah..:) kalau kat kampung tu terasa cam amik kat umh sendiri je,hihi..

cot – kekeke, orait bro..bleh je..nanti datang tt bawak pen drive..aku bagi texture ngan ajar ko skali..:)

haha…
bile jmpe ko t..
aku nk mntk tips texture kt ko..
jeles btul aku tgk cara ko main texture..
huhuhu

*texture kt gmbr² sblm ni..jeles siot..kekekkeke

cots – hahahha, aku berekperimentasi ngan warna skit..:) biasalah kalau bukan job sendiri blehlah cuba macam2..:)