Main ngan anak buah :)

Bismillahirrahmanirrahim

Dah lama aku tak tunjuk gambar anak buah aku. Dia sekarang dah pandai jalan guna walker :). Tapi skill dia terbaru ialah pandai buat merajuk kalau nak sesuatu,hehe. Dah pandai nangis olok-olok kalau tak dapat apa yang dia nak. Kalau dia ada kat rumah, rasa meriah je kat rumah. Kalau takde memang sunyilah.

Korang tengoklah muka dia buat-buat merajuk dalam gambar kat bawah ni :) aku suka acah-acah dia nak angkat dia pastu sengaja tak angkat,haha. Korang layanlah gambar dia sikit ni.



Haa, ni dia ngengada nak pegang kamera aku :) Last-last aku bagi gak pegang lens aku setelah err 5 minit dia berusaha,haha. *jahatnya aku.


Hayati lagu ni : Buatmu Ibu (Ae-man)
[audio:http://blog.faisalrahim.com/audio/www Ae-Man – Buatmu Ibu.mp3]

Kekadang bila tengok budak-budak membesar ni, barulah kita lebih hargai pengorbanan ibu dan ayah kita membesarkan kita. Lelagi bila kita tahu kita dibesarkan dengan keadaan serba kekurangan. Betapa susahnya mereka mencari rezeki dan bekorban semata-mata nak besarkan kita adik beradik. Berikan kita makanan, perlindungan dan pendidikan hingga kita besar. Mereka tabah hadapi karenah kita dari kecil hingga besar.

Tapi malangnya, ramai yang lupa semua pengorbanan mereka tu bila dah besar. Aku sedih bila baca blog seorang remaja yang mengutuk ibunya sendiri sebab tak dapat penuhi keinginannya, subhanallah. Minta dijauhkan dari perkara-perkara camtu. Nabi kita sendiri letakkan taraf ibu sangat tinggi.

Sebab tu kalau boleh selepas solat kita doakan kesejahteraan mereka dunia akhirat. Sambil tu bayangkan raut wajah mereka yang redup dan sayu bila kita sebagai anak melupakan mereka. Percayalah dengan restu mereka hidup kita lebih bahagia dan kita senang masuk syurgaNya,amin.

Wassalam.



Mohd Faisal bin Hj Mohd Rahim aka Acaii
Photographer
Tel : +60122767662
Email : admin@faisalrahim.com
Blog : http://blog.faisalrahim.com
Old Website : http://faisalrahim.fotopages.com

Thanks for Comments

hahaha…ni pun anak buah aku gak…ibu cantik..anak pun cun..mesti kenung tersenyum lebar..hehe

aku dah x sabo sgt nk jumper ko ni… tp risau ganggu ko nk ngapal lafaz akad nnt.. huhu.. yok la medang.. aku tgh turn kt rtb ni.. :)

cikgu jawe – slm cikgu,hehe..anak cikgupun muka jawe gak ek,hihi..:)

Glizzy – slm bro, alaaa memain je bro..pastu aku mesti angkat dia punyelah,hehe..thanks bro..

snm – slm falin, sesama falin..kalau anak sendiri mesti lagi best punyelah..

Ash – slm bro, alaa nak pelik camne ash,hehe..DSLR ash pun bleh je nak dapat gambar camtu lah..kalau dalam low light dalam rumah naikkan je iso sampai tahap yang boleh diterima kamera..tapi kena pastikan gambar masih ok lagi..:) jadi kuranglah blur tu,hehe..waaa, wes ngomong jowo jugak ash kie,hehe..

izda – waaaaa, sabar2 muiz, nanti dapatlah tu tak lama lagik,hehee..bila nak jumpa ni..nak tengok kamera baru nih,kekeke..

one – slm one, hehe..anak ys nanti lagi comel kot one,hahahaa..alaa, biasalah tu budak2 one..time dia kecik je ni mmg best main2 ngan dia..kalau dah besar dah pandai lawan cakap mesti dah tak best sangat,kekeke..sharelah gambar gak one..:)

haha comeiii..kalu kata anak cik fesal pun caye..
sama a ngan budak kecik kat rumah..banyak mulut tak padan kecik,tengok orang nak suh pangku bia dia keadaan berdiri..
itu cite awal bulan 3..
ada gamba dia berusaha nak meniarap kat “rumah” org

bestnyer tgk baby.. ahaks..huhu… pic mmg mantop.. hoho makin x sabo aku nk berguru ngan en.acai ni.. :)

salam acai. duh. rindu anak buah plak tetibe. HAHAH. agak pelik rr, cane nk dpt shot yg clear cmni eh? kne pakai mode ape? shutter speed brape ape sume? konfius gile nk men mnde alah tu. sbb biase kalo time try² nk amek gegambor cenggini, mesti cam tak sharp. mesti ade blur sket² here n there. btw, bocah cilik wedok iki kok lawo bangat sih.

salam :) ni baru anak buah, wak :D klu anak sndr? hahahahaha :D

btw, thanks for ur sharing! :)

harap2 anak ko esok cumel camtuh gak. tp mesti rupa jawa gak kan. gerenti lah. haha!

dyla – slm dula, hehee..comel macam aku tak?hahaha..dia lum tau lagi kamera, tapi jab lagi mesti pandai posing depan kamera,haha

siti – slm ti,hehe..amin ti, mudah2an..

azim – slm bro,hehe..anak ko mesti dah lebih kurang anak buah aku ni zim..nnti aku nak ajar dia kameralah,hahaha..

ibu amni – wei, ko pun masuk sini gak,hehe..haaa zim, ni mak amni nabihah tolong jawabkan,hehe..

saudari – slm awk, terima kasih ye..:) aah, awkpun mesti tak sabar ada anak sendiri kan,hihi..amin atas doa awk tu..:)

ya ampun, chumel gilak anak buah saudara… tapi kan bila tengok budak kecik ni seronok je kan!!! gamaknya…

pape pun,
semoga adik saudara mendidil Amni menjadi wanita yang berguna satu hari nanti..

ko mengigatkan aku kat anak aku.. brp bulan anak sedara ko ni (brp kali tanya daaa)..

suka aku tgk gmbr 1st.. expression dia tu yg best.. moment org kamera panggil.. ehehe