Bismillahirrahmanirrahim.

Ni sambungan dari entry lepas. Selepas majlis pernikahan Aleem & Nadia ada majlis khatam Al-Quran dan marhaban di surau tempat tinggal pengantin perempuan. Dah lama aku tak tengok majlis ni dijalankan.

Kalau dulu-dulu seingat aku majlis camni selalu dibuat sebagai simbolik seorang perempuan tu benar-benar bersedia memikul tanggung jawab sebagai seorang isteri. Bila tengok kemahiran asas seperti membaca Al-Quran baik, insyaallah beliau mampu membimbing keluarga dan anak-anak ke jalan yang diredhai Allah. Ni sedikit gambar di sekitar majlis tersebut.



Selepas majlis khatam tu, keluarga belah perempuan mengadakan jamuan makan di kawasan surau tu juga :) Sebab majlis kahwin sebenar akan diadakan di dewan Hotel Flamingo pada keesokkan harinya. Mungkin orang di kawasan tersebut tidak dapat hadir beramai-ramai. Jadi pasangan ni pun makan berhadap juga kat majlis tersebut.

Hari ni hari jumaat. Mari sama-sama kita banyakkan selawat ke atas junjungan besar Nabi kita Muhammad S.A.W. Aku sangat sedih bila tengok rancangan Remaja TV3 aritu pasal Maulidur Rasul. Dalam ramai-ramai remaja yang ditanya, hampir semua tak tahu tarikh lahir rasul tercinta kita. Rasulullah sendiri tak pernah lupakan kita umatnya hingga beliau hendak wafat. Entahlah, apa nak jadi lah ngah remaja sekarang.


[audio:http://blog.faisalrahim.com/audio/Antara Dua Cinta.mp3]
Antara Dua Cinta : Nazri

Nota kaki : Aku ingat nak taruk muka gila-gila kitorang selepas majlis tu, tapi macam seganlah plak,hehe. Tengoklah kalau aku tak malu, aku taruklah..:)



Mohd Faisal bin Hj Mohd Rahim aka Acaii
Photographer
Tel : +60122767662
Email : admin@faisalrahim.com
Blog : http://blog.faisalrahim.com
Old Website : http://faisalrahim.fotopages.com

Thanks for Comments
faisalhjrahim says:

nurul aini – slm kak, waaa thanks sudi singgah sini ye..:) alaa, sy salah seorang dari tag yang datang ngan peveylah..yang palin cute,hahahahaha *perasan. ok kak, nanti sy cari balik gambar akk tu sy send kat email akk ye..:)

Qayyum – slm yum, thanks bro..ko pun dah kencang skrg..lagilah dah kerja..blanje budak tt Bukit Cahngganglah wei,hahaha…takpe, lama2 ko mesti teracun punye ngan Mac,haha

cot – slm bro,hehe..aku dah upload tu..tapi amik yang zayd punye..sebab dia ngan kerul je yang amik gambar,hihi..

fairuzismail – wakakakakakak, aku dah upload kat atas tu,hehe..akupun amik dari zayd..ada lagi kat kamera kerul fairuz,hehe

fairuzismail says:

cai letak gambar theblog is found sket.. haha kalo malu bak kat aku.. aku post kat blog aku

cot says:

caii…letak r gmbr giler2 korg2…nk tgk…hahaha

Qayyum says:

cun bro,.
nice coverage,.
aku dah jadi follower ko,..tapi tang MAC tu susah x follow..haha

nurul aini says:

ada lagi tak gmbr2 akak kawin? alahai baru jumpa blog nie.

nurul aini says:

acai@budak jawa…kamu yg mana satu yer? alahai cantik giler laaa awk edit gmbr yg akak kawin ari tu. serius. nak lagi nak lagi. leh tak?

faisalhjrahim says:

cik serama – slm cik serama, thanks ye..aah, tapi sy lagi suka yang versi nazri ni,hehe..teringat dulu2 masa sekolah nyanyi lagi ni buat persembahan,ceewahh..:)

cik serama says:

salam…

gambar2 semua cecantik + lagu Nazri tu (Antara 2 Cinta) yang Saujana ada nyanyikan semula…banyak maksud lagu tu kan? keep up the gud work…