TT Photographer

Bismillahirrahmanirrahim.

Salah satu cara paling mudah untuk belajar amik gambar ialah dengan join TT (Teh Tarik) geng photographer. Kat forum yang aku join memang ada TT bulanan dan mingguan yang diadakan di sekitar tempat tinggal aku. Kat TT ni biasanya akan jumpa photographer yang lebih senior yang sudi berkongsi apa juga perkara asalkan kita tak berat mulut untuk bertanya. Selalu aku join TT Shah Alam (bulanan) dan TT Bangi (mingguan) untuk jumpa sahabat-sabahat sealiran ngan aku.

Kalau bernasib baik mungkin akan jumpa photographer terkenal dan established. Kalau artis terasa macam jumpa dan duduk semeja ngan Siti Nurhaliza lah,hahaha. Tetapi kat TT ni juga kena tahan racun2 yang tidak baik untuk kesihatan. Contohnya racun dari kawan-kawan supaya membeli lens yang best-best, kamera yang hebat-hebat, iPhone, PSP maupun laptop high end spt Dell, Acer, Hp, Compaq Macbook Pro, hahaha. Ia boleh membuatkan budget bulanan kita lari dengan jumlah yang tidak terjangka dan menakutkan sekali..:P



Sebenarnya benda camni amat membantu bagi photographer baru seperti aku. Aku berterima kasih kepada semua yang pernah tolong aku sebelum ni. Sekarang kalau ada orang tanya, aku akan cuba membantu mana yang aku reti walau akupun masih belajar lagi. Ia sebagai cara aku membalas jasa orang yang pernah membantu aku sebelum ni. Semoga photographer melayu terus maju, chaiyok2!!

Wassalam.

Nota kaki : Gambar datang dari pelbagai kamera yang aku tak ingat pemiliknya. TQ kengkawan.



Mohd Faisal bin Hj Mohd Rahim aka Acaii
Photographer
Tel : +60122767662
Email : admin@faisalrahim.com
Blog : http://blog.faisalrahim.com
Old Website : http://faisalrahim.fotopages.com