Outdoor Falin & Amin

Bismillahirramanirrahim



Hujung minggu aku sekarang sangat bizi ngan kerja sampingan dan kenduri kendara. Sampai kurang masa untuk berehat,huhu. Alhamdulillah aku masih sihat dan bebas dari apa2 penyakit berjangkit :P Kali ni aku nak update Majlis Perkahwinan Falin dan Amin yang berlangsung di UPM Serdang. Akupun lupa apa nama dewan tu. Besar dan cantik dewan majlis tu.

Sebenarnya aku datang sebagai tetamu je. OP majlis tersebut adalah sifu aku Peveyhack yang jadi sumber inspirasi aku ceburi wedding photography ni. Oleh kerana Falin ni adalah junior aku masa sekolah menengah dulu jadi memang takde masalah nak join tag ngan OP sebab masing2 dah kenal sangat.

Aku sangat suka gambar pertama ni..:) Antara gambar yang aku ingin dapatkan dari dulu. Layan dulu gambar2 outdoor diaorang ni. Kalau rajin aku upload plak gambar majlis dia,hehe. Aku bawa 2 lens je aritu, 10.5mm dan 50mm :)




Sepanjang aku kenal si Falin ni jenis mesra alam orangnya,hehe. Dia jenis yang kalau dia takde, orang akan terasa ketiadaannya. Suasana jadi senyap sunyi dan sepi. Tapi kalau dia ada memang kecoh dan meriah je. Alaa, korang boleh bayangkanlah orang camtu,haha. Kawan2 dia aritupun sangat sporting dan suka bergambar. Sampai kalau dihalakan lens tanpa kamerapun diaorg nak pose gak (kisah benar),hahaha.

Sebenarnya kalau sesi penggambaran dihadiri oleh orang2 seperti ini photographer pun seronok buat kerja. Pastu idea best macam2 boleh keluar :) Ia juga membantu hasilkan gambar yang ceria dan meriah kat sesuatu majlis tu. Sebab tu kemahiran lain yang perlu ada kat setiap photographer ialah PR yang kekadang sama penting dengan skill dan equipment yang mereka ada.

Sifu ngah cari idea,hehe


Bila ambil gambar bersama sifu ni kekadang baru kita boleh ukur kemampuan kita dan kelemahan yang perlu perbaiki dalam diri kita. Walau dah selalu ikut Peveyhack shoot sebelum ni tapi masih banyak benda baru aku belajar. Emm kalau ada masa nanti aku akan cerita tentang harga pakej perkahwinan dan photographer yang baik untuk majlis perkahwinan korang:)


Nota kaki : Minggu ni aku akan terima satu equipment baru, yeaay. Semoga ia bantu aku hasilkan gambar yang lebih baik lagi nanti,amin.

Wassalam.


Mohd Faisal bin Hj Mohd Rahim aka Acaii
Photographer
Tel : +60122767662
Email : admin@faisalrahim.com
Blog : http://blog.faisalrahim.com
Old Website : http://faisalrahim.fotopages.com