Bismillahirrahmanirrahim,

AJP_6472

Masa aku bersekolah rendah dulu, sekolah kebangsaan abah bagi belanja RM0.50 dan sekolah agama petang RM0.40. Duit tu masuk kat sapu tangan dan ikat supaya tak hilang. Teringat aku masa nak membayar kat kantin, terkial-kial nak buka sapu tangan yang terikat ketat. Masa tu dapatlah beli air dan kuih atau nasi lemak.

Hari ni hari pertama GST. Dengan inflasi yang menyebabkan wang kita semakin kecil nilainya, harga barangpun turut naik seiringan. Kalau family aku dulu hidup zaman sekarang, mungkin dah jadi keluarga asnaf. Semoga dengan pertambahan cukai yang dikutip negara kita jadi lebih baik. Bagi peluang kepada kerajaan sebab mereka dipilih secara demokrasi.

Tetapi jika keadaan ekonomi bertambah teruk, hutang negara makin bertambah dan harga barang dan perkhidmatan tidak dapat dikawal, sampai masanya untuk bertindak bijak pada PRU yang akan datang. Ini bukan soal politik sebab aku ini non-partisan. Ini cerita tentang realiti semasa.

Aku update sikit wedding Hanis & Fatin yang diadakan di Klang sebelum ini. Sesi outdoor kitaorang buat kat area Bukit Tinggi. Akupun lupa apa namanya:)

hanis1
hanis15
hanis14
hanis13
hanis12
hanis11
hanis10
hanis9
hanis8
hanis7
hanis6
hanis5
hanis4
hanis3
hanis2

Aku doakan semoga kedua pasangan yang saling bercinta ini berkekalan bahagia sampailah ke syurga, amiin. Tahniah korang. Terima kasih sebab hire aku untuk majlis korang berdua :) Insyaallah nanti aku update lagi.

Thanks for Comments