Pernikahan Farhana & Naim, Temerloh

Bismillahirrahmanirrahim

 

 
Semalam adalah hari ibu. Ramai juga menyambutnya bersama ibu tercinta. Tak kisahlah apa jua yang kita lakukan, yang penting kita kena pastikan ibu kita redha dengan kita. Ada yang menyambutnya dengan kek, ucapan dan majlis khusus. Namun untuk menggembirakan hati seorang insan bernama ibu ada banyak lagi cara lain. Ia berbeza mengikut keluarga dan tidak semestinya sama untuk semua.

Kita selalu dengar maksud Hadis Tirmidzi tentang redha Allah terletak pada redha kedua ibu bapa. Semakin usia kita bertambah setiap tahun dan meningkat dewasa, tanpa sedar usia kedua-ibu bapa juga semakin singkat di atas muka bumi ini. Jadi sesiapa yang masih mempunyai ibu bapa berbaktilah selagi hayat mereka masih ada. Satu hari nanti bila mereka meninggalkan kita, kita pasti rindu dengan senyum tawa, nasihat, kasih sayang dan sentuhan dari seorang ibu.

Kali ni aku nak update majlis pernikahan Farhana & Naim yang berlangsung di Taman Temerloh Jaya, Temerloh, Pahang. Rasanya ni dah kali ke 6 atau 7 aku shoot di Temerloh. Dah macam kat Klang je,hehe.
 

 
 
Keluarga Naim datang dari Penang dan Selangor. Walaupun jauh, tetapi ramai juga yang datang meraikan kedua mempelai ini untuk majlis ijab kabul. Memandangkan Farhana merupakan anak sulung dalam adik beradiknya jadi memang terasa kemeriahan majlis ini.

Alhamdulillah, dengan sekali lafaz Farhana menjadi isteri Naim yang sah. Mari kita semua doakan semoga kedua-dua pasangan ini hidup dalam aman damai dan bahagia sampai ke syurga nanti,amiin. Insyaallah nanti aku sambung majlis sandingnya pula. Wallahua’lam
 
 
Nota kaki : Selamat hari ibu juga kepada semua sahabat-sahabat yang juga merupakan seorang ibu. Semoga Allah rahmati dan berikan pahala yang besar untuk kalian memelihara ahli syurga insyaallah.
 
 
Wassalam.

Thanks for Comments