Bismillahirrahmanirrahim

Aizatul & Firdaus, Shah Alam

Alhamdulillah, sedar tak sedar kita dah sampai ke penghujung tahun 2013. Kejap je masa berlalu dan umur kita bertambah lagi. Tanpa sedar dosa dan pahala kita juga berkadaran dengan peningkatan usia kita tersebut. Namun, hakikatnya pertimbangan dosa pahala sebenarnya tiada kaitan dengan umur. Tidak bermakna orang yang lebih berusia amalannya lebih banyak dari yang lagi muda dan sebaliknya.

Sepanjang perjalanan ke tempat kerja hari ini hujan lebat turun mengiringi perjalanan. Kelihatan beberapa kemalangan melibatkan pelbagai jenis kenderaan. Betapa dekatnya kita dengan kematian. Aku selalu diingatkan, Allah tak perlukan sebab untuk mematikan kita.

Allah boleh matikan kita bila-bila masa sahaja. Kemalangan, sakit kronik, lemas, dibunuh dan sebagainya itu hanya satu cara untuk kita mati. Jika tak mati dengan cara itu, kita tetap mati dengan cara yang lain. Janganlah terlalu terkejut dengan berita kematian. Allah telah takdirkan kematian itu kepada mereka. Mungkin kita bakal mati dengan cara itu juga. Masa mati itu tidaklah penting. Tetapi amalan yang dibawa ketika mati itu memberi implikasi syurga dan neraka kepada kita. Kita kena berusaha ke arah itu. Wallahua’lam.

Wassalam.

Thanks for Comments