Bismillahirrahmanirrahim

Alhamdulillah, dapat aku coretkan sedikit kat blog ni. Kerja di kantor agak sibuk sekarang. Kita semua maklum, pilihanraya umum semakin hampir. Sana sini bercerita tentang politik dan pilihanraya. Teringat dulu entry politik dalam blog lama pernah cecah 700 komen untuk satu entry. Biasalah, ketika itu darah masih muda. Semangat masih tinggi. Asyik nak berdebat sahaja tegakkan apa yang diyakini. Emosi orang muda.

Tapi sekarang dah lebih tenang. Fikiran lebih jelas. Keutamaan dalam hidup telah berubah. Malah banyak perkara yang dahulu merupakan pendapat aku sudah tidak lagi releven sekarang. Banyak pertimbangan perlu dilunakkan dan guna bahasa baru yang lebih berakhlak. Betullah kata orang, kematangan itu seiring dengan usia. Walaupun perubahan tidak banyak tetapi ia penting untuk kita bergerak ke depan.

Teaser Syazreen & Wan, Serdang


Berbalik kepada politik negara, insyaallah aku akan ulas nanti sebagai seorang yang non-partisan. Kalau bukan kat sini mungkin kat personal blog aku. Tapi secara asasnya negara yang baik adalah negara yang Allah cintai. Negara yang mendapat rahmat Allah sentiasa menjaga kebajikan rakyat dan kezaliman dibanteras tanpa mengira pangkat dan darjat. Keadilan dirasai oleh seluruh rakyat.

Namun kena semat dalam fikiran, perbahasan dan perdebatan tentang politik negara sebenarnya tak banyak bawa manfaat kepada manusia secara umumnya. Negara tidak masuk syurga. Tapi setiap insan iaitu kita yang akan dihitung amal kebajikan. Walaupun kita dipihak yang betul tetapi kalau amalan solat dan zakat masih diremehkan, akhlak masih teruk, menyambung fitnah manusia lain dan putuskan ukhuwah manusia ia tetap dihitung sebagai dosa dan dipertanggungjawab kelak. Wallahua’lam.



Wassalam.

Thanks for Comments
DIN45R says:

hehe mane bole xsinggah caii.. aku kerap gak singgah cuma xtinggal jejak jee.. sempat xsempat mesti nak singgah.. aku kan follower@peminat ko. hehehe

Acaii Jawe says:

Din – Hahaha, macam2lah ko din:) Thanks ye.

ciksab says:

salam bro acai.hee..will be waiting for the ulasan regarding politik tuu..jgn lambt2..kang dah pilihanraya..hehe..
neway moga dimudahkan urusan utk photography and life :)

Acaii Jawe says:

ciksab – Salam cik sab:) moga sihat2 hendaknyanya. Terima kasih ye masih sudi singgah sini,hehe. Insyaallah nanti akan tulis sebelum kita mengundi,ceewah:) maybe kat blog personal. Ada link kat atas tu. Thanks ye.

DIN45R says:

Assalamualaikum. kabare caii? pergh.. lame xtinggal jejak.
hehe.. betul caii.. aku xminat politik dan xminat bedebat.
cukup sekadar ambil tahu. ibaratnye cam dalam video ni.. hehe..

http://www.youtube.com/watch?v=3xXkA6wrxKU

Acaii Jawe says:

Din – Salam din, lama tak nampak ko kat sini:) Terima kasih banyak2 din sudi lagi singgah sini,hehe. Samalah kita din dalam pendirian ini

zool says:

betul tu bro.. bila dah berusia ni kita lebih open.. tak terlalu ikut emosi dan mengikut membabi buta.. hehhe

Acaii Jawe says:

zool – Salam bro zool:) Moga sihat2 hendaknya. Betul tu zool. Sebenarnya dah penat nak habiskan masa kat perkara yang tak produktif:) Kita ambil tahu tapi tidak keterlaluan.