Bismillahirrahmanirrahim

Semalam aku tengok rancangan di TV tentang masalah anak-anak yang lemah dalam pelajaran dan bagaimana mengatasinya. Ada ibu bapa yang sedih anak mereka lemah sebegitu. Subhanallah. Sebenarnya Allah maha adil dan perancangan Allah kadangkala tak sama dengan apa yang manusia rancang. Jujurnya pada pendapat aku, pelajar yang lemah dalam pelajaran dan ‘bermasalah’ pada usia remaja kebanyakkannya merekalah yang menjaga ibu bapa bila mereka dah tua kelak.

Banyak sangat contoh ini berlaku di sekeliling kita. Ibu bapa yang mempunyai ramai anak. Hampir semuanya belajar di universiti dan mendapat kerja yang bagus kecuali seorang. Satu hari nanti mereka semua akan meninggalkan ibu bapa di kampung cari rezeki di luar. Hanya sorang inilah yang menjaga sakit demam ibu bapanya. Menjaga rumah dan boleh diharap bila berlaku apa-apa kecemasan. Anak-anak lain yang berjaya semua bagi alasan kerja dan sukar mendapat cuti. Melawat ibu bapa jarang sekali. Nah, sekarang anak mana yang paling dapat banyak pahala & paling berbakti kepada ibu bapanya? Ibu bapa yang telefon tu mesti tak lihat dari sudut ini.

Aku update majlis bertandang pasangan Ain & Afi yang diadakan di Parit Jawe, Muar. Pertama kali aku sampai sini sebenarnya. Nak juga aku cari lokasi penggambaran cerita ‘Parit Jawa’ tu tapi tak berkesempatan,hehe. Majlis ini sebenarnya berlangsung serentak dengan majlis perkahwinan adik Afi. Jadi ada dua pasangan pengantin dalam majlis ni:)




Alhamdulillah majlis berjalan lancar. Biasanya kalau kali pertama buat majlis kahwin memang ramai sangat tetamu yang datang. Walaupun gerimis petang tu tapi dapat juga adakan sesi outdoor sebentar. Lokasinya memang cantik tapi tempat ni memang ramai orang lalu lalang. Jadi banyak main tight shoot je:) Tahniah sekali lagi atas ikatan yang terjalan. Pakat hidup baik-baik:) Semoga berkekalan bahagia dalam rahmat dan mawaddah sampai ke syurga,ameen. Jumpa next entry.

Wassalam.

Mohd Faisal bin Hj Mohd Rahim aka Acaii
Photographer
Email : faisalhjrahim@yahoo.co.uk
Blog : http://www..faisalrahim.com/blog
Facebook : http://www.facebook.com/acaiijawephotography
Twitter : http://www.twitter.com/acaiijawe

Thanks for Comments
Kerul Shukor says:

i jeles tgok bokeh u tau..nyampah~

Acaii Jawe says:

Kerul Shukor – Hahaha, sifuuuu. Sila tunjuk ajar lagi. Aku menggelabah juga sebenarnya takde tele ni. Ngah biasakan diri. Thanks sifuu.

ixa ixora says:

tu telur pindang ke? tengok pasu telir pindang, teringat masa majlis kawin saya dulu. ayah pun ada sediakan telur pindang yg dicucuk banyak2..

Acaii Jawe says:

Ixa Ixora – Aah ixa, kat Johor ni memang popular telur pindang. Pastu ada 2-3 tempat cucuk telur pindang tu:) Lama tak jumpa majlis kahwin kat sini,hehe. Thanks ixa singgah sini ye.